Thursday 3 February 2022

Jingga 13 Jasin menziarahi 2 buah keluarga

1 hb Februari 2022

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 kawasan Jasin telah menziarahi 2 buah keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Pulai, Serkam, Melaka.

Rumah pertama yang di lawati ialah Puan Khadijah Binti Abd Ghani yang sedang dialisis buah pinggang. 

Rumah kedua yang di lawati pula ialah Puan Bahiyah Mohd Ali yang sudah berumur 90 tahun yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan sakit lutut manakala matanya pula sudah tidak boleh melihat lagi.. Anaknya pula Puan Rohani Basri yang berumur 71 tahun juga sudah keuzuran kerana menghidap kencing manis, sakit lutut, asma dan darah tinggi.


Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah  Koordinator Jingga 13 Jasin, Saudara Ammar Firdaus,  Koordinator Jingga 13 Negeri Melaka Saudara Shah Kesuma Jaya dan ahli Jingga 13 Melaka Komrad Mohd Naim.


Terima Kasih juga di ucapkan kepada YB Allex Seah kerana berbesar hati menyalurkan sumbangan barangan keperluan dapur untuk meringankan beban 2 keluarga ini... 

Kepada sesiapa yang ingin membantu 2 keluarga ini bolehlah menghubungi nombor yang tertera ini: Salamiah Basri(01155524009,0172304009) dan Puan Khadijah Binti Abd Ghani (0108726252).

#MuafakatPrihatinBerani