SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Saturday, 19 October 2019

JINGGA13 PERLIS ZIARAH DUA PESAKIT STROKE , SALAH SEORANG OTAI REFORMIS DAN LUKISAN POTRET WAN AZIZAH

Tanggal 18 Oktober 2019 , Ziarah Jingga13 Perlis kali ini kami menziarahi dua rumah yang mengalami masalah stroke sebelah badan dan salah satunya rumah Otai Reformis.

Rumah pertama yang kami ziarah ialah rumah Pakcik Mohamad bin Abd Razak di alamat Kampung Ujong Batu Utan Aji Kayang Kangar Perlis.


Pakcik Mohamad menghidap penyakit stroke sebelah badan dan tidak boleh berjalan selama 10 tahun.
Pakcik Mohamad jugak mendapat bantuan JKM sebanyak Rm300 sebulan.


Jingga13 Perlis memberi sumbangan barang keperluan dapur kepada pakcik Mohamad dan isterinya semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.


Untuk rumah kedua yang kami ziarah ialah rumah Otai Reformis 98 Pakcik Abdul Halim bin Muslim di alamat Kampung Ujung Batu Utan Aji Kayang Perlis.


Pakcik Abdul Halim mengalami stroke sebelah badan dan beliau juga boleh melukis menggunakan tangan sebelah lagi.


Menurut cerita beliau dahulu beliau antara orang lama dari tahun 1998 dan beliau baru menyiapkan sedikit satu lukisan wajah Dr Wan Azizah baru-baru ini.


Team Jingga13 Perlis berasa bertuah dapat bertemu Otai Reformis 98 Perlis pada ziarah kali ini dan kami memberi sedikit sumbangan kepada beliau. Semoga belia cepat sembuh .

Kepada mana-mana pihak atau individu yang ingin memberi sumbangan barang keperluan dapur bolehlah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Encik Khairuddin Yusof di talian 014-6899091 dan Bendahari Jingga13 Perlis Puan Liyana di talian 017-4390805 untuk sebarang pertanyaan.
Kami mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang.

#Jingga13perlis
#Muafakat
#Prihatin
#Berani

Thursday, 17 October 2019

Jingga13 di forum “Kerajaan Baru, Adakah Naratifnya Baru?” anjuran ARK

Jingga13 Malaysia telah mendapat jemputan daripada ARK (Akademi Keadilan) ke Forum dengan bertajuk “Kerajaan Baru, Adakah Naratifnya Baru?”.

Forum tersebut diadakan pada 17 Oktober 2019 (Khamis)3 , jam 3.00 petang - 7.00 petang , bertempat di Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Penceramah Utama ialah Yang  Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat. Manakalan panelis forum ialah Yang Berhormat Hajjah Fuziah Salleh, Pengasas Akademi Keadilan, dan Prof. Madya Dr. Awang Azman, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya .




Alhamdulillah , Jingga13 Malaysia sudah ada akaun bank ! Terima kasih Bank Islam

Syukur ke hadrat Allah , akhirnya PERTUBUHAN KEBAJIKAN JINGGA13 MALAYSIA memiliki akaun bank setelah sekian lama berusaha mendapatkan akaun bank dari beberapa buah bank .

Terima kasih kepada Bank Islam Berhad yang telah memberikan kami membuka akaun.

Akaun bank Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia ialah 14041010093156. 

Sebarang sumbangan atau sedekah bolehlah disalurkan ke akaun tersebut.


Jingga13 ziarah famili Pn Farah Idayu kes " Teman ibu kais sampah " , perlukan penapis udara untuk anak beliau

Setelah kisah " Teman ibu teman ibu kais sampah"  oleh Harian Metro dan ditularkan oleh Jingga 13 Malaysia serta ramai pihak , benar-benar menyentuh hati dan perasaan sesiapa yang membacanya .


Pn Farah Idayu sanggup menyelongkar tong sampah dengan ditemani  anaknya berhampiran rumah untuk mencari barangan terbuang seperti kotak dan tin untuk menambah pendapatan keluarga mereka.

Anak kedua beliau , Nurfatihah menghidap masalah jantung Tetralogy of Fallot (TOF) atau penyakit jantung konginetal sianotik selain Major Aorfa Pulmonary Colateral Arteries (MAPCA) manakala adiknya Nuraisyah pula menghidap jantung berlubang (VSD), Duktus Arteriosus Terbuka (PDA) dan tidak boleh minum susu sebarangan, dia akan muntah dan cirit birit mengakibatkan nafasnya menjadi laju .

Mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada suaminya yang tiada pendapatan tetap sebagai pembantu pasar malam.



Atas dasar keprihatinan maka hari ini 16 Oktober 2019 Jingga13 Malaysia dan Negeri Sembilan  telah menjalankan program "Ziarah Prihatin"' ke rumah Puan Farah Idayu di Senawan , Seremban.



Turut hadir ialah Bendahari Jingga13 Malaysia merangkap Koodinator Panatia Kebajikan dan Prihatin Sdr Amizudin Ahmat   Koordinator Jinggawanis Sdri Liny Obliza  , Koordinator Jinggawan Sdr Johainizam dan turut hadir ialah Koordinator Negeri Sembilan Sdr Mohd Khairuddin Hashim bersama Komrad Jingga13 Negeri Sembilan berkunjung ke runah Puan Farah Idayu bagi menyampaikan sedikit sumbangan barang makanan dan wang untuk membantu meringankan kehidupan mereka .


Kedua-dua anak Puan Farah menerima rawatan di Hospital Serdang menyebabkan Puan Farah dan suami perlu berulang dari Seremban ke Serdang.
Puan Farah juga perlu menyediakan bilik khas buat anak-anaknya seperti yang disyorkan oleh doktor. Puan Farah memerlukan bantuan bagi membeli penapis udara untuk diletakan di dalam bilik khas kerana anak-anaknya perlu dijaga rapi.




Orang ramai yang ingin 
meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Ambank 8881031641971. Atau boleh hubungi Puan Farah Idayu di talian +6017-2381446.

Wednesday, 16 October 2019

ZIARAH PRIHATIN JINGGA13 PERLIS : HIBA MENDENGAR KELUHAN PENOREH GETAH

Tanggal 15 Oktober , Jingga13 Perlis terus masuk ke pelusuk kampung dan menjejaki keluarga asnaf yang kurang berkemampuan.


Petang ini kami menziarahi rumah pakcik Othman Mustafa di alamat Kampung Rambai  Padang Siding Pauh Perlis yang baru-baru ini dinaiki air akibat air sungai di tepi rumah melimpah masuk ke rumah.

Pakcik Othman yang menghidapi sakit jantung dan angin pasang hanya mengambil upah memotong getah di kebun orang.


Dulu pakcik Othman pernah dapat bantuan JKM tetapi setelah kami tanya sama ada masih dapat atau tidak sekarang anaknya mengatakan JKM sudah memberhentikan bantuan bulanan atas sebab pakcik Othman mempunyai bendang sedangkan bendang atas perkongsian adik beradik.

Kadang kala jika hari hujan pakcik Othman tidak dapat menoreh dan hanya dapat menoreh bila hari tidak hujan.


Jingga13 Perlis menyampaikan sedikit barang keperluan dapur untuk pakcik Othman dan keluarga.
Semoga dengan sedikit bantuan dari  kami dapat meringan beban mereka.


Kepada mana-mana pihak atau individu yang ingin memberi sumbangan keperluan harian boleh lah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Encik Khairuddin Yusof di talian 014-6899091 atau Bendahari Jingga13 Perlis Puan Liyana untuk sebarang pertanyaan.
Terima kasih kami ucapkan pada para penyumbang..


#Jingga13perlis
#Muafakat
#Prihatin
#Berani

Tuesday, 15 October 2019

Berita baik untuk anak-anak asnaf / anak yatim piatu yang ingin sambung pendidikan

Salam,
Mohon dikongsi Peluang Melanjutkan Pelajaran ke Program Pendidikan bagi Anak2 Asnaf / Yatim Piatu kepada sanak saudara dan sahabat handai yg berminat untuk menyambung pendidikan.

Sila hubungi Yayasan J’Keb Malaysia - 0341317610 atau Cik Shafirah ditalian +60 12 872 2957





Selamat menempuh peperiksaan SPM kepada seluruh pelajar- pelajar SPM



Monday, 14 October 2019

Sanggupkah anda membiarkan ianya berlaku - " Teman ibu kais sampah " , Jingga13 rayu belas ihsan rakyat Malaysia

Mahaizura Abd Malik
mahaizura@hmetro.com.my


USIANYA baru tiga tahun, tetapi Nuramanina seakan mengerti kepayahan ibu dan ayahnya bergolok gadai demi kelangsungan dua adiknya yang menghidap masalah jantung kronik.

Sepatutnya kanak-kanak sepertinya membesar dan ditatang penuh kasih sayang, tetapi anak sekecil ini sanggup ‘berkorban’ di saat ibu bapanya terpaksa mendahulukan keperluan dua adiknya.

Malah, kanak-kanak comel ini tidak pernah merungut apabila ibunya hanya mampu menyediakan nasi berlaukkan telur sejak adiknya dilahirkan kadangkala terpaksa ‘berpuasa’ kerana terputus bekalan makanan.


Tambah memilukan, setiap malam, selepas bapanya Mohamad Azroy Ali, 25, pulang bekerja dia setia menemani ibunya, Farah Idayu Mohd Shah, 29, menyelongkar tong sampah berhampiran rumah untuk mencari barangan terbuang seperti kotak dan tin untuk menambah pendapatan keluarga mereka.

Bagi ibunya, Farah Idayu, dia tiada pilihan kerana dua adik Nuramanina iaitu Nurfatihah dan Nuraisyah masing-masing setahun dan empat bulan memerlukan perbelanjaan besar selain perhatian lebih dan penjagaan rapi.

“Makan kami bercatu sampai orang beri ayam busuk pun kami goreng makan, kadangkala tambang teksi ke hospital pun saya terpaksa tebalkan muka meminjam dengan jiran tetangga.

“Jadi, saya rela selongkar tong sampah cari apa yang boleh dijual kerana saya bimbang jika tak anak-anak susah nak makan apatah lagi anak sulung, saya kasihan dia membesar tak macam orang lain badan semakin kurus sampai orang cakap saya tak pandai jaga anak.


“Kadangkala saya rasa anak sulung terabai, tetapi dia pandai berdikari...pandai ambil makanan sendiri dan rajin bantu saya.

“Mungkin dia faham (kedaifan keluarga) makan apa yang ada kadang-kadang hanya makan nasi bercatu dengan telur pun dia ok. Kalau tak ada (makanan) dia diam saja,” katanya ketika ditemui di rumah sewa mereka di Bandar Seremban Selatan di sini.

Menurut Farah yang berasal dari Mentakab, Pahang, setiap bulan mereka perlu menyediakan hampir RM1,000 bagi membeli susu khas buat dua anaknya itu.

“Anak kedua saya, Nurfatihah menghidap masalah jantung Tetralogy of Fallot (TOF) atau penyakit jantung konginetal sianotik selain Major Aorfa Pulmonary Colateral Arteries (MAPCA).

“Dia tidak boleh makan makanan pejal kerana dia cepat mengah apabila mengunyah yang menyebabkan badannya kebiruan. Jadi doktor mengesyorkan dia diberikan susu khas bagi menggantikan zat.

“Adiknya Nuraisyah pula menghidap jantung berlubang (VSD), Duktus Arteriosus Terbuka (PDA) dan tidak boleh minum susu sebarangan, dia akan muntah dan cirit birit mengakibatkan nafasnya menjadi laju.

“Kadang-kadang hendak membeli susu murah pun saya sampai tak ada duit, jadi saya cuba mohon bantuan dalam media sosial, tapi orang kecam.

“Bukan saya tak usaha, tapi dalam dunia ini saya cuma ada suami untuk jaga anak-anak, saya tiada keluarga, adik beradik mahupun mak cik, pak cik sebab saya anak yatim piatu,” katanya.

Farah berkata, mereka bergantung sepenuhnya kepada suaminya yang tiada pendapatan tetap sebagai pembantu pasar malam.

“Suami saya kerja pembantu pasar malam dengan upah RM50 sehari, kadangkala jika hujan upahnya berkurangan kerana tidak ramai pelanggan.

“Malam pula dia mengambil alih tugas menjaga anak kami, manakala pada hari cuti, dia tak sempat hendak rehat sambung lagi buat kerja apa yang boleh buat duit termasuk menukar minyak hitam kenderaan untuk menambah pendapatan.

“Sebenarnya sudah banyak kali kami turun naik jumpa pihak berwajib untuk dapatkan bantuan termasuk penempatan rumah awam, tetapi semuanya hampa sampai saya terfikir ini saja jalan terakhir dengan mencari barangan terbuang untuk bantu ringankan beban suami,” katanya sewa dan bil utiliti kerap tertunggak dan ditamatkan perkhidmatan.

Tidak cukup dengan ikhtiar itu, katanya, mereka juga bergolok gadai termasuk menjual kereta dan barangan rumah untuk kelangsungan hidup.

“Saya jaga anak dan usaha sebaik mungkin, bila saya susah saya cuba jual apa yang ada dalam rumah seperti sofa, televisyen...kereta semua untuk anak saya saja.

“Kadang-kadang saya sakit pun tak boleh pergi ke hospital sebab anak saya lebih memerlukan saya, saya cuma mengharapkan suami saja.

“Jika anak saya sakit ke apa ke saya tak mampu tengok, saya risau kadang-kadang malam hendak tidur pun saya takut sangat kerana nafas anak bunyi kuat, saya bimbang kalau buka mata anak saya dah tiada,” katanya.

Katanya, doktor memaklumkan tiada rawatan dapat dijalankan untuk menyembuhkan anak keduanya selain jangka hayatnya hanya mampu bertahan 15 hingga 20 tahun saja.

“Pakar mengesahkan tiada lagi harapan buat Fatihah kerana keadaannya kini 50-50, malah tiada ubat dan rawatan dapat dilakukan di Malaysia.

“Semakin membesar dia akan mengalami banyak komplikasi dan kerap masuk hospital kerana membiru, tidak boleh terkena panas dan pengsan kerana lemah imunisasi.

“Sebagai mak, tiada apa yang saya mahukan, Allah sudah tentukan jalan hidup macam ini, jadi saya terima dan reda.

“Cuma berharap satu keajaiban supaya Allah panjangkan umur anak saya beri masa lama sikit dengan saya pun alhamdulillah saya bersyukur.

“Harapan saya kerajaan sudi ringankan beban kami sekurang-kurangnya menempatkan kami di perumahan awam kerana dengan itu kami dapat jimat bayaran rumah RM500 sebulan,” katanya hanya Fatihah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan.

Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Ambank 8881031641971. Atau boleh hubungi Puan Farah Idayu di talian +6017-2381446.

TOLONG RAKYAT MALAYSIA , BANTULAH MEREKA WALAUPUN RM1 PUN . ADAKAH ANDA SANGGUP MEMBIARKAN MEREKA KAIS SAMPAH UNTUK MAKAN ? 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 6:45 AM

Dipetik daripada Harian Metro https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/506763/teman-ibu-kais-sampah

Jingga13 Melaka bina persefahaman dan kerjasama bersama Jabatan Kerja Sosial Perubatan , Hospital Besar Melaka

MELAKA, 14 OKTOBER - Santai bersama Ketua Jabatan, Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Besar Melaka, Puan Nazrah binti Bidin.


Kunjungan Jingga13 Melaka diketuai Koordinator Negeri, Shah Jaya Kesuma dengan misi memberi bantuan kepada yang memerlukan amat dialu-alukan oleh pihak jabatan tersebut.

Dengan penerangan ringkas tapi padat Jingga13 Melaka dan pihak jabatan masing-masing saling menyuarakan pendapat dan cadangan bagaimana untuk mewujudkan satu kerjasama yang baik demi kelangsungan hidup mereka yang memerlukan.

Antara intipati yang diutarakan adalah dari segi :

1. Memastikan pihak yang dibantu sememangnya  layak mendapatkan bantuan - telus dalam membuat penafsiran
2. Bantuan yang diberikan tidak disalah gunakan
3. Mengadakan satu perjanjian usahasama antara pihak hospital dan Jingga13 Melaka untuk mengadakan sebarang majlis bagi meraikan para asnaf di Melaka - dimulakan dengan program Back To School pada bulan Disember nanti.
4. Pihak jabatan akan menyediakan senarai nama pesakit dan Jingga13 Melaka pula akan membantu berdasarkan keperluan .

Moga semua komrad dapat bersatu hati dalam menjayakan misi Jingga13 Melaka.

Ingat, ular menyusur akar takkan hilang bisanya....

Sunday, 13 October 2019

ZIARAH PRIHATIN JINGGA13 PERLIS : KETABAHAN SEORANG IBU MENJAGA ANAK OKU DAN PENYAKIT KRONIK

Hari ini Jingga13 Perlis menziarahi 5 buah keluarga yang mempunyai anak pesakit kronik dan OKU.

Rumah pertama yang kami ziarah ialah seorang anak syurga bernama Muhammad Izzudin bin Mohd Azril yang berusia 5 tahun dan menghidap penyakit Cerebral Palsy,Microcephaly dan Global Deployment delay yang beralamat No 62, Jalan Cempaka Putih 2, Rpa Tambun Tulang 02600 Arau,Perlis.



Adik Izzudin dijaga oleh emaknya yang tidak berkerja dan ayahnya yang hanya bekerja di Kilang Shoruber.

Bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM350 hanya cukup untuk memberi susu dan barang keperluan nya sahaja.

Semoga dengan sedikit bantuan dari Jingga13 Perlis dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka.



Untuk rumah ke 2 kami menziarahi rumah adik Nor Adnisa BT Muhamad Nasir yang berumur 21 tahun dan tinggal di alamat No 43 Jalan Cempaka Putih 1,Rpa Tambun Tulang 02600 Arau,Perlis.


Adik Adnisa menghidap penyakit Dystonia Cerebral Palsy dan pernah menjalani pembedahan yang pertama kali di Malaysia iaitu Intrathecal Baclofea Pump.

Mereka menerima bantuan katil dari JKM dan setiap bulan perlu berulang alik ke Hospital Di Ipoh sementara dapat follow up di Kangar.

Pendapatan mereka hanya bergantung dengan ayahnya yang bekerja sendiri dan adik Adnisa memerlukan bantuan Pampers setiap bulanan.


Untuk rumah ke 3 kami menziarahi rumah adik Chryistan Dylan Anak John Kenedy di alamat Taman Intan Arau Perlis..

Adik Chryistan menghidap penyakit Kanser Leukimia B Positive ( Highrisk) yang memerlukan sebulan sekali kimoterapi di Hospital Pulau Pinang.

Mula-mula menyedari punca sebenar kanser ini adalah selepas adik Chryistan tiba- tiba jatuh  dan mula demam on off terus ke poliklinik berdekatan untuk ujian darah dan doktor mengesahkan adik Chryistan menghidap penyakit kanser dan memerlukan bantuan susu Pediasure setiap bulan.

Selepas mendapat maklumat Team Jingga13 Perlis terus memberi sedikit sumbangan barangan keperluan harian dan semoga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.


Rumah ke 4 yang kami ziarah ialah rumah adik Muhammad Aiman Haikal bin Syuhaidi di alamat Qtrs Loji Pembersihan Air Arau.

Adik Aiman menghidap penyakit Kanser Lymphoma dan memerlukan follow up 4 bulan sekali di Hospital di Pulau Pinang.

Sudah hampir 7 tahun menghidap penyakit ini dan Alhamdulillah dari hari ke hari doktor mengesahkan penyakit adik Aiman semakin pulih dan normal seperti biasa.

Sedikit sumbangan dari kami Team Jingga13 kepada keluarga adik ini dan semasa kami melawat rumah mereka baru sahaja kering dari banjir baru-baru ini..
Semoga keluarga tersebut tabah dengan ujian yang diberi.


Rumah ke 5 dan rumah terakhir kami ziarah pada pagi Ahad ini ialah rumah  adik Aniq Amsyar bin Azizan di alamat Kampung Guar Nangka Mata Ayer yang menghidap penyakit jantung berlubang dan urat saraf belakang ( tunjang ).


Menurut ibu nya Puan Mas Idayu hasil dari laporan doktor mengatakan jantung Adiik Aniq mempunyai 2 lubang dan urat saraf belakang adik Aniq mengalami masalah dan membantutkan pertumbuhan tumbesaran adik Aniq.

Buat masa sekarang  jantung berlubang adik Aniq tiada menunjukkan sama ada membesar atau pun tidak.

Adik Aniq mempunyai kembar yang sama umur dan kembarnya sihat dan sempurna seperti kanak-kanak yang lain.

Ayah mereka hanya bekerja sebagai pemandu lori E-Idaman dan adik Aniq dan kembarnya memerlukan bantuan Pampers dan susu bulanan sebanyak Rm600 sebulan.

Team Jingga13 Perlis terus menjejaki keluarga tersebut dan menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan dapur dan semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban keluarga tersebut.

Kepada mana-mana pihak atau individu yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga asnaf,pesakit kronik,ibu tunggal dan OKU boleh lah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis saudara Khairuddin bin Yusof di talian 014-6899091 dan Bendahari Jingga13 Perlis Puan Liyana di talian 017-4390805 untuk sebarang pertanyaan.

Jingga13 Perlis mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang mohon doakan agar segala urusan Team Jingga13 Perlis dipermudahkan segala urusan untuk membantu orang susah .

Puan Morsidah perlukan RM4 ribu untuk buat tapak baru dylisis , Jingga13 Kuala Langat rayu sumbangan orang ramai

13 Oktober 2019 – Jingga13 Kuala Langat yang di ketuai oleh Sdr. Johanizam Abdul Razak, Koordinator Jingga13 Kuala Langat telah melawat  Puan Morsidah binti Suderoh ( 47 tahun ) di rumah beliau , di Banting, Selangor. Puan Morsidah menderita kencing manis dan perlu menjalankan rawatan Dialisis sejak tahun 2014 sehingga kini.


Mula 2014 rawatan (Dialisis) dijalankan di bahagian belakang tapak tangan . Selepas 2 tahun setengah tapak untuk rawat Dialisis rosak dan mula buat rawatan Dialisis Air di bahagian perut menggunakan tiub, selepas 2 tahun bahagian perut terkene jangkitan kuman,  eliau telah membuat tapak di leher tapi tak boleh digunakan lama dan telah membuat tapak di bahagian dada. Kini Doktor sarankan agar tapak bagi rawatan Dialisis dipindahkan di bahagian bawah lengan.


Untuk membuat tapak baru, Puan Morsidah memerlukan lebih kurang RM4000.00. Puan Morsidah seorang Ibu Tunggal, tidak bekerja kerana sudah tidak dapat berjalan seperti biasa. Luka di bahagian tapak kaki juga tidak sembuh kerana kencing manis. Puan Morsidah tinggal bersama anak yang hanya bergaji rendah. Anak Puan Morsidah hanya mampu menangung kos belanja barang dapur dan perbelanjaan bulanan. Bantuan Zakat sebanyak RM400/Sebulan sehingga hujung tahun ini. 

Jingga 13 Kuala Langat merayu sumbangan bagi Puan Morsidah dapat membuat tapak baru bagi rawatan Dialisis  juga bagi meringgankan kesusahan  yang dialami oleh keluarga mereka. Sumbangan boleh terus ke :-

Morsidah Binti Suderoh
162058672051
Maybank

Tolonglah bantu Puan Morsidah !

Jingga13 Kluang sampaikan alat tulis kepada pelajar SPM SMK Kahang

15 Oct 2019 bermulanya peperiksaan SPM, Jingga13 Kluang atas sikap prihatin telah menyampaikan sumbangan alat tulis kepada semua pelajar SPM Sek Men Kahang untuk menghadapi peperiksaan SPM


Sumbangan telah dapat disempurnakan dalam satu majlis ringkas yg diadakan pihak sekolah tersebut. Guru Besar , YDP PIBG , Guru-Guru Kanan, Pelajar SPM dan Komrad-Komrad Jingga13 Kluang telah hadir bersama-sama.



Jingga13 Kluang mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM kepada semua pelajar SPM Sek Men Kahang dengan doa semua pelajar tersebut mendapat keputusan yang cemerlang.