Friday 28 January 2022

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM BERSAMA PENYELARAS DUN LAYANG-LAYANG MEMBERI SUMBANGAN BUAH NENAS.

 




JINGGA13 SIMPANG RENGGAM YANG DIWAKILI KOORDINATOR SDR SUKRI BIN ZAKARIA DAN JINGGAWAN SDR FAIZ BIN ABU BERSAMA SDR FAIZUL ABDUL GHANI YANG MERUPAKAN PENYELARAS DUN LAYANG-LAYANG TELAH MENYERAHKAN LEBIH 350 BIJI NENAS KEPADA WAKIL PENDUDUK CINA EN SIM AH SHANG UNTUK DI AGIHKAN KEPADA PENDUDUK CINA SETEMPAT SEMPENA TAHUN BARU CINA.


KAMI MENGHARAPKAN TAHUN BARU CINA YANG JATUH PADA AWAL FEBRUARI INI MEMBERI SINARAN BARU YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.


GONG XI FA CHAI

MUAFAKAT PRIHATIN BERANI.


#jingga13 simpang Renggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

Jingga 13 Malaysia bersolidariti di Bukit Aman




Alhamdulillah hari ini Jingga13 Malaysia berkumpul selepas solat jumaat di perkarangan Ibupejabat PDRM, Bukit Aman.

Bersolidariti untuk DS Dr Wan Azizah Wan Ismail(Kak Wan) yang dipanggil oleh pihak polis bagi memberi keterangan berhubung buku TS Tommy Thomas.

Muafakat-Prihatin-Berani

#LawanTetapLawan




Wednesday 26 January 2022

Jingga13 Malaysia Ziarah Pusara Allahyarham Cikgu Fariz Musa Dan Menyerahkan Sumbangan Kepada Keluarga Allahyarham.


23 Jan - Marang, Terengganu. Jingga13 Malaysia yang diwakili Komrad Mikhael Ishkaandar selaku Pemangku Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia, Komrad Afzainizam Setiausaha Agung Jingga13 Malaysia, Komrad Liny Obliza Koordinator Jinggawanis, Komrad Joe, Komrad Black, Komrad Maz, Komrad Rahman, Komrad Yat telah menzirahi Pusara Allahyarham Cikgu Fariz Musa di Marang, Terengganu.















Kami yang ditemani oleh dua orang anak Allahyarham mengucapkan terima kasih diatas layanan mesra.




Kami telah menyerahkan sumbangan daripada Yayasan Aman dan para Komrad Jingga 13 kepada keluarga Allahyarham.




Semoga Roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Aamin Ya Rabaa'lamin.


Liny Obliza

Koordinator Jinggawanis

Jingga13 Malaysia

Tuesday 25 January 2022

Pertemuan Jingga13 Malaysia dengan Jingga13 Terengganu bagi membincangkan Hala Tuju!

 22 Jan - Kuala Terengganu.  Jingga13 Malaysia telah mengadakan perjumpaan bersama   Jingga13 Terengganu bagi membincangkan hala tuju dan bagi merapatkan lagi Ukhwah serta muafakat sesama komrad.



Kami disambut baik oleh Koordinator Negeri Terengganu iaitu Komrad Shahrul, Komrad Faizal, Pak Awi Sulong dan komrad Jingga13 Terengganu.

Turut serta wakil YB Azan Ismail, Tengku Din, Setiausaha Cabang Kuala Terengganu dan seluruh AJK Cabang.



Semoga Ukhwah dan persahabatan Kita berkekalan.


Liny Obliza

Koordinator Jinggawanis,

Jingga13 Malaysia.


C.C

Mikhael Ishkaandar

Pemangku Ketua Koordinator

Jingga13 Malaysia


C.C

Afzainizam Rahman

Setiausaha Agung

Jingga13 Malaysia

JINGGA13 MALAYSIA MENERUSKAN MISI PRIHATIN BANJIR DI PAHANG




22 Januari 2021 - Jingga13 Malaysia hari ini telah mengagihkan sumbangan seperti Toto, Bantal, Shower Gel, Ubat Gigi, Berus Gigi, Beras, Biskut, Mehoon, Al-Quran, Sejadah dll  kepada mangsa banjir di perumahan Bukit Rangin 2, Gading Jaya dan Bera.








Jingga13 Malaysia ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Yayasan Aman diatas sumbangan Al-Quran, pengankutan, sumbangan kepada keluarga Allahyarham Cikgu Fariz Musa juga terima kasih tak terhingga kepada YB Fuziah Salleh kerana menyediakan sarapan pagi dan tengahari, kepada YB Azan Ismail yang menyambut baik kedatangan Jingga13 Malaysia di Terengganu dengan menyediakan makan malam kepada komrad-komrad Jingga13 Malaysia dan Saudara Nizam Toha wakil YB Dr. Siti Mariah diatas sumbangan Test Kit COVID-19.










Juga kepada penyumbang yang lain MySurf, Abdul Rahman Bin Abdullah dari FS Faridah Enterprise, Encik Santhakumar dari Persatuan Sai Shine Malaysia, Encik Muhammad dari MAD Touch Builders, Komrad-Komrad dan penyumbang persendirian.


Tidak dilupa ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jingga13 Malaysia Komrad Mikhael, Pemangku Koordinator Jingga13 Malaysia, Komrad Ajai, Setiausaha Agung Jingga13 Malaysia, Komrad Zainudin, Bendahari Agung Jingga13 Malaysia, Komrad Liny, Koordinator Jinggawanis Jingga13 Malaysia, Komrad Joe, Komrad Black, Komrad Maz, Komrad Yat, Komrad Rahman.













Dan yang akhir terima kasih dan tahniah kepada Jingga13 Pahang, Khususnya Komrad Shahril, Koordinator Jingga13 Pahang, Komrad Bala selaku Koordinator Bera, My Care Pahang, Keadilan Cabang Paya Besar, Kak Lela dan Abang Lie sekeluarga atas hidang makanan tengahari, Kak Zariah wakil di Jaya Gading dan semua sukarelawan.

Semoga Allah SWT juga yang dapat membalas kebaikan dan semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga Mangsa.


J
azakallah Khairan Khatirah

Liny Obliza

Koordinator Jinggawanis

Monday 24 January 2022

JINGGA 13 SABAH MELANTIK KOORDINATOR ANAK MUDA (jinggawan) DAN TIMBALAN KOORDINATOR JINGGAWAN SABAH BAGI SESI 2022/2023.


Jingga 13 Sabah mengangkat ideologi dan fahaman bahawa anak muda adalah pelapis bagi memimpin Negara ini pada masa hadapan seiring dengan pelaksanaan kerajaan ketika ini dimana undi 18 sudahpun diguna pakai memberikan lagi peluang dan harapan untuk anak mudah menyerlahkan diri dalam melakukan pilihan bagi membina sebuah negara yang baik .


justeru itu, Jingga 13 Sabah melihat bahawa Saudara Shaffiq dan Brain adalah Calon yang terbaik untuk diangkat bagi memimpin serta menerajui Perjuangan Jingga 13 Malaysia bagi negeri Sabah. 

Diharap dengan adanya lantikan ini suara anak muda khususnya bagi negeri Sabah akan terus diangkat serta dibawa bagi meneruskan legasi Kepimpinan yang ada di dalam Jingga 13.

Dengan ini Jingga 13 Sabah mengucapkan tahniah serta selamat menjalankan tugas kepada Saudara Syaffiq dan Brain.

#Jingga13Sabah

#MuafakatPrihatinBerani


Edzha Zaini

KOORDINATOR JINGGA 13 SABAH.

TIMBALAN JINGGAWAN JINGGA 13 MALAYSIA.


Muafakat • Prihatin • Berani

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM BERSAMA PENYELARAS DUN N27 LAYANG-LAYANG DAN PIMPINAN CABANG KEADILAN SIMPANG RENGGAM MEMBERI SUMBANGAN TAHUN BARU CINA.

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM YANG DI WAKILI KOORDINATOR EN SUKRI BIN ZAKARIA , KOMRAD PUAN ZAINI DAN ENCIK VIJENDRAN BERSAMA-SAMA PENYELARAS DUN N27 LAYANG-LAYANG EN FAIZUL ABDUL GHANI,KETUA CABANG KEADILAN SIMPANG RENGGAM UNCLE WONG YUN CHIN SERTA AJK CABANG DAN RANTING(RENGGAM) BERKOLABORASI MEMBERI BANTUAN BERUPA BARANGAN KEPERLUAN ASAS,BUAH NENAS SERTA FACE MASK KEPADA LEBIH 20 PENERIMA ASNAF BAGI PERSEDIAAN MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.










TERIMA KASIH KEPADA MPN DAN MENTERI BESAR SELANGOR YANG TELAH MENYUMBANG BARANGAN ASAS DAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA PENYELARAS DUN N27 SERTA KETUA CABANG YANG MENYUMBANG NENAS DAN FACE MASK.

PENERIMA BERTERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN YANG DIBERIKAN,KAMI JINGGA13 SIMPANG RENGGAM MENGUCAPKAN "GONG XI FA CAI" DAN MENASIHATI MASYARAKAT SETEMPAT SUPAYA MENJAGA/MENGIKUTI SOP YANG TELAH DITETAPKAN.


MUAFAKAT PRIHATIN BERANI.


#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia