Wednesday 5 January 2022

Derma Kilat MANGSA BANJIR Pahang

Banjir yang melanda baru-baru ini telah menyebabkan banyak kerosakan dan kemusnahan di beberapa daerah di Negeri Pahang. Selain itu, sebahagian daripada mangsa juga turut kehilangan tempat tinggal serta barang-barang keperluan yang tidak dapat diselamatkan. 


Sehubungan dengan itu, Jingga 13 Malaysia akan membuat misi bantuan ke Pahang dijangkakan selewat lewatnya minggu hadapan. Oleh itu, Jingga 13 Johor berhasrat ingin membantu misi ini dan dari itu harap orang ramai dapat bantu menyumbang seikhlasnya. 

Segala sumbangan anda boleh disalurkan kepada : 


PERTUBUHAN KEBAJIKAN JINGGA 13 MALAYSIA 

NO. AKAUN : 1404 1010 093 156


Zabidie Abas

Koordinator Jingga13 Johor

Monday 3 January 2022

Program Kesedaran Kesihatan Jingga13 Sabah




SETIAP INSAN BERHAK UNTUK SIHAT




Jingga 13 Sabah membuka tirai tahun 2022 dengan mengadakan Program Kesedaran Kesihatan kepada Anak Jalanan di Kota kinabalu.


Seramai hampir 20 kanak-kanak jalanan di kawasan Kampung Air Kota kinabalu telah  mendapatkan  “Basic Check Up” yang telah diberikan oleh sukarelawan kesihatan Jingga 13 sabah.


Dalam program berkenaan pemeriksaan asas seperti kebersihan telah dilakukan. Jingga 13 Sabah akan melakukan Aktiviti susulan bagi memastikan kesihatan anak-anak jalanan inj terus di peduli.


Muafakat Prihatin Berani

Mohd Syahrul Shaffiq Bin Mohd Hanip

KOORDINATOR JINGGAWAN JINGGA 13 SABAH


KOORDINATOR PARLIMEN PENAMPANG JINGGA 13 SABAH 


























































#MuafakatPrihatinBerani

Misi Banjir 4 Jingga 13 - 2 Januari 2022


Bantuan Banjir Jingga 13 (Ahad- 2 January 2022)

1-Serahan set tilam,selimut,bantal

    *Jam 11.00am-12.30pm

    *Tempat: Dewan Orang ramai, Padang Jawa
























PIC:

Ajai 0182756187
Setiausaha Agung
Jingga13 Malaysia


#MuafakatPrihatinBerani