Friday 31 December 2021

𝗠𝗶𝘀𝗶 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗕𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿.

 Misi Banjir Dec 2021

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Mohon bantuan segera untuk mangsa banjir Selangor yang terkesan dan terjejas teruk, kami mengalukan sebarang bentuk bantuan kepada mangsa banjir. Sumbangan amat bermakna kepada mangsa banjir. Sila serah sendiri kepada penerima.

Moga Allah gantikan yg lebih baik mudah- mudahan.

Ini antara keperluan dan barangan yang diperlukan buat masa sekarang :

MAKANAN & MINUMAN

Air mineral 

Biskut atau roti kering 

Teh/kopi

Mee Segera

Beras

Gula

Susu pekat Manis

Makanan dlm tin

Telur


Peralatan Bantuan Kesihatan (Medical Aid Kit)


Kelengkapan kebersihan/penjagaan diri.

Sabun mandi

Sanitizer

Syampu

Tuala Mandi

Tuala Wanita(Sanitary Pad)

FaceMask

Sabun cuci rumah.


PAKAIAN


Telekung

Tudung

Kain pelikat


KEPERLUAN KANAK-KANAK/BAYI


Susu Bayi

Makanan Bayi


KEPERLUAN TIDUR


Selimut

Tilam

Bantal

Toto.


Jika ada yang berhasrat untuk menyumbang sila hubungi

atau hantar terus ke kawasan berikut.


Misi Banjir 1, Jingga 13 Selangor

010-958 7654

https://maps.app.goo.gl/7w1YfiMHAWUH17Wp7


Misi banjir 2, Jingga 13 Selangor 

0172631950

https://maps.app.goo.gl/5jwVJRVD9JnQiNYVA


Misi Bantuan Banjir 3 Jingga 13 Selangor.

https://maps.app.goo.gl/577JUh47wvZsAoHYA


Misi Banjir 7 Jingga 13 Selangor

017-624 8153

https://maps.app.goo.gl/Wrsjy5fXMwSkHh6A8


Misi banjir 8, jingga 13 Selangor

014-366 9326

https://maps.app.goo.gl/XQZDWYoeJpMG7m5BA

Ataupun boleh menyumbang terus ke Tabung Derma Kilat Mangsa Banjir Jingga13 Malaysia seperti didalam poster di bawah:





Jingga13 Malaysia membantu mangsa banjir di Pahang

 29/12/2021 

Pertubuhan Jingga13 Malaysia melalui Sukarelawan Jingga13 Pahang hari ini berganding bahu membantu mangsa-mangsa banjir Kampung Sekara Kertau Pahang Sukarelawan Jingga13 sedang membantu mencuci salah sebuah  rumah mangsa banjir.

Kampung Sekara Kertau yang agak terpencil dan belum menerima bantuan dari mana-mana pihak menjadi tumpuan utama  Sukarelawan Jingga13 untuk membantu.







Semoga mereka-mereka yang terlibat dengan musibah banjir ini diberikan kekuatan diatas dugaan yang datang dan sentiasa dimudahkan urusan mereka.

Aamin..

Pesanan dan perjuangan terakhir Allahyarham Cikgu Fariz Musa untuk rakyat akan kami jalankan sebaik yang boleh... Insya allah...

Demi Rakyat.

Al Fatihah

(dibaca)

#Banjir2021


Kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk mangsa banjir boleh buat sumbangan ke Tabung Bantuan Banjir Jingga 13 Malaysia seperti dibawah. 

Terima Kasih..




#Jimgga13

MUAFAKAT PRIHATIN BERANI

JINGGA 13 MALAYSIA





Wednesday 29 December 2021

Misi Bantuan Banjir YB Hassan Abdul Karim bersama Sdr Silvakumar Pegawai Khas YB Hassan dan JINGGA13 MALAYSIA.

Program sumbangan YB Hassan Karim ini telah diserahkan kepada NGO JINGGA13 MALAYSIA yang dipimpin oleh Allahyarham Cikgu Fariz Musa sewaktu hayatnya bagi mengenal pasti mangsa-mangsa banjir yang belum menerima bantuan dari mana-mana pihak sekali gus membuat penyerahan terus kepada penerima.



Sewaktu awal program ini dijalankan, kami dari KELUARGA JINGGA13 MALAYSIA telah dimaklumkan yang Allahyarham Cikgu Fariz Musa baru saja ditidurkan akibat jangkitan virus Covid19. Berpegang pada ajaran dan pesanan terakhirnya 'JINGGA 13 JANGAN PERNAH BERHENTI MEMBANTU RAKYAT YANG MEMERLUKAN' dalam sebak dan gelisah kami gagahi juga diri untuk meneruskqn program yang dirancang.

Bermula di Kampung Baru Hicom, Sukarelawan Jingga13 telah mengagihkan sebanyak 70 set bantuan kepada 70 keluarga yang memerlukan dan masih ramai lagi penduduk kampung tersebut yang mengharap agar ada lagi yang akan datang membantu. Kemudian Sukarelawan JINGGA 13 ke Perumahan Seksyen19 dan mengagihkan kepada 60 keluarga dari 477 keluarga yang memerlukan. Turut hadir membantu menyerahkan sumbangan kami ialah YB Khalid Samad, Ahli Parlimen kawasan dan selebihnya diserahkan ke Dewan Orang Ramai Jalan Cangkul untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Sumbangan berupa; barangan keperluan asas (barang dapur), hand sanitizer, pelitup hidung dan mulut, body shower, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, pembalut wanita, obat nyamuk, selimut bujang, bantal, dan tilam bujang.

Walaupun agihan sumbangan telah habis diedarkan namun keperluan pada mereka masih lagi tidak mencukupi kerana jumlah mangsa banjir ini terlalu ramai dan hampir kesemuanya memang perlu dibantu.

















Kepada Rakyat Malaysia yang dermawan, Dato-Dato, Tan Sri- Tan Sri,Badan-Badan korporat, NGO-NGO dan mana-mana Individu yang ingin menyumbang boleh terus berhubung terus dengan kami ditalian dan no. akaun yang tertera dibawah.👇🏻👇🏻👇🏻



Terima Kasih yang tidak terhingga dari kami kepada Allahyarham Cip kami Cikgu Fariz Musa, YB Pak Hassan Karim & dermawan serta sukarelawan yang selama ini membantu, menderma bagi kamiu di Jingga 13 di seluruh Malaysia bagi menjalankan aktiviti kebajikan kami. 

Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa semua... Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Fariz Musa yang telah pergi meninggalkan kita semua.,,

Aamiin Ya Rabbal Alaamiin..







Monday 27 December 2021

Majlis Yasin & Tahlil buat Almarhum Cikgu Fariz Musa.



Assalamualaikum wrh. wbt.

Majlis Bacaan Yasin & Doa Tahlil buat Almarhum Cikgu Fariz Musa.
Hari Isnin, Selasa & Rabu
27, 28 & 29 Disember 2021
Jam 9 mlm.
Google meet
Harap dapat sebarkan
Moga Allah rahmati...
Pimpinan : Ust.Dr, Badrulamin 🤲
#MuafakatPrihatinBerani
Jingga13Malaysia



Ucapan Penaung Jingga13 Malaysia atas pemergian Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia Allahyarham Fariz Musa



Sayu tatkala menerima berita pemergian saudara Fariz Musa pagi tadi. Saudara Fariz adalah pemimpin rakyat yang teruji, setia dan cekal dengan perjuangan rakyat bawahan.


Ia ternyata satu kehilangan besar buat keluarga KEADILAN seluruhnya.

Saya doakan keluarganya dikurniakan kekuatan serta ketabahan yang tinggi. Semoga ruh beliau ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

~DS Anwar Ibrahim

Sunday 26 December 2021

Jingga13 Malaysia melancarkan Tabung Prihatin Mangsa Banjir 2021

Melihat kepada bencana banjir yang melanda negara akibat dari ribut monsun Timur Laut, Jingga13 Malaysia kini melancarkan Derma Kilat Mangsa Banjir 2021. Antara yang terkesan dari bencana ini adalah dari negeri Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. 

 



Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam No.Akaun: 1404 1010 093 156 atas nama Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia. Setiap sumbangan hendaklah disertakan dengan bukti slip kemasukan dan di hantar ke nombor whatsapp Bendahari Agong Jingga13 Malaysia iaitu +6019-9833885

Kami di Jingga13 Malaysia amat berterima kasih dan menghargai setiap sumbangan Rakyat Malaysia dan akan berusaha menyalurkan bantuan tersebut secepat yang mungkin bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir!

Semoga dengan sedikit usaha kami dan rakyat Malaysia yang menderma ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka. 

Diharapkan pengorbanan rakyat Malaysia yang menderma untuk bencana ini akan dibalas oleh Allah SWT di dunia ataupun di akhirat kelak.. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin..