Saturday 9 October 2021

JINGGA13 JOHOR DAN KOTA TINGGI MEWAKILI DS DR WAN AZIZAH SAMPAIKAN CEK SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM KEMATIAN BAPA KERANA COVID19 DI KOTA TINGGI

Selepas di Tiram Parlimen Tebrau Jingga13 Johor seterusnya bergerak bagai menyempurnakan majlis penyerahan cek sumbangan daripada YB DS Dr Wan Azizah Ismail , Pengerusi Yayasan Aman kepada anak yatim dan keluarga yang kematian ayah/suami akibat Covid19 di Kota Tinggi.

Bersama Jingga13 Johor dan Kota Tinggi, Komrad Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Johor dan Komrad Kamal , Koordinator Jingga13 Kota Tinggi telah mewakili YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail , Pengerusi Yayasan Aman menyerahkan Cek kepada Puan Hadayatunuha dan anak beliau di Felda Penggeli Timur, Kota Tinggi. 

Suami beliau telah meninggal dunia akibat pendemik Covid19 sebulan yang lalu. Arwah juga meninggalkan seorang anak kecil yang berumur setahun setengah. Adalah amat sukar apabila Pn Hidayatunuha tidak bekerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau akan berusaha mencari pekerjaan setelah pendemik ini selesai bagi menyara beliau dan anaknya yang masih kecil itu . 


Jingga13 Johor merakamkan ucapan takziah dan salam kedukaan kepada keluarga arwah. Semoga dengan sumbangan ini dapatlah meringankan perbelanjaan harian mereka.

Terima kasih yang setinggi-tingginya diucapkan kepada DS Wan Azizah Wan Ismail Pengerusi YAYASAN AMAN atas keprihatinan dan segera membantu keluarga ini. Inilah sikap dan tindakan Mantan Timbalan Perdana Menteri yang sentiasa peka dan simpati terhadap kedukaan rakyat terutama anak-anak yatim yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya .

JINGGA13 KOTA TINGGI ZIARAH KASIH KOMRAD FAUZIAH DALAN MISI JEJAK KASIH WARGA RMAS

Pada 5 Oktober lalu , Jingga13 Kota tinggi telah menjalankan misi Jejak Kasih Warga Emas . Setelah mendadapat perkhabaran bahawa Puan Fauziah Abd. Ghani yang merupakan Komrad Jingga13 telah di serang  Sakit Sktroke dan tidak berapa  Sihat , maka dengan segera Jingga13 Kota Tinggi tampil menghulur bantuan .

Jingga 13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Komrad Kamaluddin Md Simpol telah hadir menziarahi dan menghulurkan sumbangan barang makanan dan barangan dapur.

Terima kasih juga diucapkan kepada yang turut terlibat sama . Terutama Puan  Lin ( isteri Mayung ) , Komrad Micah  dan Aliz yang sudi menghulur bantuan peribadi dan sumbangan tunai. Tak lupa  kepada Amil Baitulmall Tuan Azhari Adam serta kepada terima kasih kepada semua .


MUFAKAT .PERIHATIN BERANI.

Friday 8 October 2021

YB ADUN TIRAM BERSAMA JINGGA13 JOHOR WAKILI DS WAN AZIZAH SAMPAIKAN CEK SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM PIATU , IBU BAPA MENINGGAL KERANA COVID 19

Yayasan Aman  dengan kerjasama Jingga13 Tebrau dan Jingga13 Johor serta Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram telah menjejaki waris keluarga kedua ibu bapa yang meninggal akibat Covid-19 dan masih mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah(masih belajar).

YB Gopalakrishnan ADUN Tiram bersama Saudara Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Johor telah mewakili dan menyampaikan amanah daripada DS Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi Yayasan Aman untuk keluarga waris tersebut telah diterima oleh anak kepada arwah di Ulu Tiram , Johor Darul Takzim .

Kedua-dua ibu bapa mereka telah pergi buat selama-lamanya kerana Covid 19 . Sungguh menyayat hati dan perasaan kita semua . Secara tiba-tiba mereka pergi me inggal anak-abak yg masih bersekolah dan ada yg masih lagi kecil . Semoga mereka kuat dan tabah menghadapi ujian Allah ini .


Turut hadir bersama adalah Setiausaha Jingga13 Johor Sdr Mohd Affendi Abas, Sdr. Shafie Mohd Shah Koordinator Jingga13 Tebrau, Shaddiq Zabidie & Sdr Azizan Mat Noh dari Pejabat DUN Tiram.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Dk Vicky dari Yayasan Aman yang juga Timbalan Koordinator Jingga13 Malaysia kerana memudahkan urusan keluarga ini.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban keluarga arwah.

https://www.facebook.com/100721128084476/posts/419185359571383/

Thursday 7 October 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI ZIARAH PRIHATIN SDR MAHMOOD DI FEKDA BUKIT BESAR PATAH KAKI KERANA KEMALANGAN

Jingga13 Kota Tinggi telah menziarahi Sdr Mahmood Muridan yang patah kaki akibat kemalangan di tempat kerja di rumah beliau di Felda Bukit Besar.

Disebabkan kecederaan tersebut, Doktor menasihati beliau agar tidak bekerja sekurang2nya selama 5 bulan. Beliau sebelum ini bekerja sebagai Tukang Rumah terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan. Dimana pendapatan beliau bergantung kepada jumlah hari bekerja iaitu kerja bergaji hari. Selama tempoh beliau tidak bekerja, beliau tidak punyai pendapatan langsung.


Atas keprihatinan, Sdr Kamaluddin Md Simpol koordinator Jingga13 Kota Tinggi bersama Amil Baitulmal Ustaz Azahari Adam telah hadir berikan bantuan. Sdr Mahmood dicadangkan untuk memohon bantuan sarahidup bulanan daripada Baitulmal agar dapat meringankan perbelanjaan seisikeluarga..

Insyallah segala2nya telah diuruskan dan perlu menunggu sedikit masa lagi menunggu kelulusan Baitulmal.


#MuafakatPrihatinBerani

JINGGA13 PAHANG WAKILI DS WAN AZIZAH SAMPAIKAN CEK SUMBANGAN YAYASAN AMAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM KEMATIAN BAPA KERANA COVID-19

Keprihatinan tanpa sempadan...kepedulian sesama insan 

Setelah berusaha membuat permohonan kepada pihak Yayasan Aman oleh Jingga13 Pahang bagi membantu anak-anak yatim yang kematian bapa kerana Covid19 . 

Hari ni (6 Oktober 2021) Jingga13 Pahang diwakili Koordinatornya Komrad Ahmad Sharil Ismail telah mewakili DS Dr Wan Azizah Wan Ismail , Pengerusi Yayasan Aman menyampaikan sumbangan berbentuk cek kepada Puan Zaidatul Akma Ishak yang kehilangan suaminya pada bulan Ogos baru-baru ini kerana covid 19. Arwah suami beliau telah meninggalkan 2 orang anak yang masih kecil . Apa yang berlaku amat terkesan kepada mereka sekeluarga sejak pemergian arwah suami / bapa .  

Di kesempatan ini juga kami menyampaikan salam takziah dari Pengerusi Yayasan Aman Datin Seri Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga selaku Penaung Jingga 13 Malaysia 

DS Wan Azizah Wan Ismail , sentiasa prihatin dan bersimpati terhadap nasib yang menimpa rakyat terutama anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pendemik Covid 19 . Sumbangan tersebut adalah inisiatif DS Wan Azizah agar anak-anak yatim tersebut terbela terutama kebajikan mereka . 

Moga sumbangan ini daat sedikit meringankan bebanan mereka .


#kitajagakita 

#jingga13pahang 

#jingga13Malaysia

JINGGA13 MALAYSIA HULURKAN SUMBANGAN IKHLAS BUAT KELUARGA ARWAH KOMRAD ARSHAD

Hari ini ( 7 Oktober 2021 ) bertempat di Bukit Jelutong , Komrad Mikheal Iskandaar Abdullah , Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia telah menziarahi ke rumah arwah Komrad Arshad yang telah pergi meninggalkan kita sebukan yang lalu .

Kehadiran Komrad Mikheal disambut oleh balu arwah yang berbesar hati menerima kunjungan daripada Jingga13 Malaysia . 

Dalam kesempatan tersebut Komrad Mikheal telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM600 sumbangan daripada komrad-komrad Jingga13 Malaysia bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga 

Semoga beliau dan anak-anak akan se tiada sabar dan tabah dengan ujian Allah ini . Dan diharapkan Allah mengampunkan dosa arwah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman . AL Fatihah . 

Yang patah pasti akan tumbuh namun tidak akan berganti . Pemergian arwah Komrad Arshad pasti diingati oleh teman-teman yg pernah mengenali beliau . 

Balu arwah Arshad turut mengirim pesanan ringkas yang berbunyi " Salam. Thanks again Mikhael for coming all the way out here n for the kind contribution. Pls relay my heartfelt thanks to those who contributed n doakan arwah too. It was good to meet up with arwah's colleague n trusted friend n to reminisce about arwah... dapatlah ubatkan rindu kita sedikit sebanyak. Take care and keep in touch. Widar " . 

Tuesday 5 October 2021

Jingga13 Simpang Renggam Bergerak Bersama Komuniti Segera Menghulurkan Bantuan Hasil Dari Maklumat Aktivis Setempat.

 Serahan telah disempurnakan oleh Koordinator Jingga13 Smpang Renggam Sdr Sukri Bin Zakaria dan ditemani Sdr Zamri bin Arbait Serta Sdr Ramli Bin Karim,Mereka adalah di antara aktivis masyarakat setempat yang aktif di Renggam.

Penerima Susu dan Lampin Pakai Buang untuk Kanak-kanak Puan Siti Nur Hakimah Binti Mami merupakan seorang Ibu Tunggal dua Anak yang falam kesulitan akibat kesan Pandemik Covid19.

Beliau berterima kasih fan bersyukur kepada Jingga13 Malaysia Dan Komuniti Setempat Di Atas Sumbangan Ini.

Kami mengharap sumbangan ini dapat memudahkan fan meringankan sedikit beban Puan Siti Nur Hakimah Binti Mami sekeluarga serta berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan sihat selalu.

MUAFAKAT•PRIHATIN•BERANI


#komunitibersatu

#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia


Jingga 13 Padang Besar sampaikan 20 kampit beras sumbangan Satu Creative kepada pengurusan Masjid As Sobirin , Gial

 Pada hari Ahad yang lepas Koordinator Jingga 13 Parlimen Padang Besar saudara Azzin Izzad  telah menyampaikan 20 kampit beras sumbangan Satu Creative kepada wakil AJK pengurusan  Masjid As Sobirin untuk diedarkan kepada asnaf yang terkesan akibat Covid 19.

Terima kasih diucapkan kepada Satu Creative yang sentiasa menyokong aktiviti Jingga 13 Perlis . Dan tidak dilupa juga  kepada pengurusan Masjid As Sobirin atas kesudian menerima sumbangan tersebut .


JINGGA13 KLUANG SIMPATI KEPADA SATU KELUARGA KUARANTIN POSITIVE PENDAMIK COVID 19 HULUR KOTAK MAKANAN

Pada 4/10/2021 , Alhamdulillah Jingga13 Kluang membantu satu keluarga di Taman Delima , Kluang yang di kuarantine akibat positive pendemik Covid19 .

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga tersebut. ningga13 Kluang merakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat yang sudi membantu menyalurkan maklumat kepada Jingga 13.        

*MUAFAKAT PERIHATIN BERANI"                                        

#kita jaga kita.                            #Jingga13Kluang 

JINGGA13 PAHANG. BERSAMA SKUAD KEADILAN PAHANG ZIARAH PRIHATIN PN HANISAH YANG SAKIT DIABETIS

Pn.Pn.anisah Muhammad dari Kem Padang Perdana , Kuantan telah dipotong kakinya kerana menderitai diabetis telah menarik simpati Jingga13 Pahang dna SKUAD Keadilan Pahang .


Jingga14 Pahang dan SKUAD KEADILAN Pahang telah menjalani Ziarah Peihatin  Pn Hanisah di rumah beliau dengan menghulurkan sedikit sumbangan barangan dapur dan barangan mandian bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga .

Jingga13 Pahang akan membantu mendaftar beliau ke Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mendapatkan Kad OKU dan bantuan bulanan bagi membantu Pn  Hanisah agar kehidupannya terbela . 




Monday 4 October 2021

JINGGA13 PENGERANG DAN JINGGA 13 KOTA TINGGI BERKOLABORASI MEMBANTU ANAK YATIM DI KG KELANTAN KOTA TINGGI JOHOR

Pada 3 Oktober 2021 , Jingga Pengerang diwakili koordinator komrad Ahmad Zaid manakala JINGGA 13 KOTA TINGGI yang diketuai koordinatornya komrad Kamaludin bersama  komrad Linda, komrad Aliz dan komrad Amil Azhari meneruskan gerak kerja membantu menumbangkan bantuan bakul makanan dan menyampaikan sumbangan derma kepada anak yatim yang telah kehilangan ibunya akibat kemalangan maut dilanggar oleh sebuah  bas  di Kota Tinggi kira-kira sebulan yang lalu. 



Atas nama keprihatinan, komrad Jingga Pengerang dan Kota Tinggi telah melancarkan tabung derma kilat sebulan yang lalu. Alhamdulillah hari ini dapat disampaikan kepada yang berhak menerimanya. 

Kesedihan masih lagi dirasai di rumah tersebut . Lagi sedih apa bila melihat anak-anak yatim tersebut . Mereka sekarang dijaga oleh nenek mereka yang sudah tua . Semoga Allah memberikan kekuatan , ketabahan dan kesabaran dalam mengharugi ujian daripada Allah SWT ini m 

Terima kasih atas bantuan semua. Mudah mudahan allah memberikan keluasan rezeki dan dipermudahkan segala urusan tuan2 dan puan2 dalam usaha kita membantu anak2 syurga ini. 



Moga kepada para penyumbang yang menyumbang menjadi sedekah jariah yang akan dibawa apabila kita menghadap allah nanti.. Insyallah. Kepada keluarga Terimalah Sumbangan kecil dari kami seadanya. Didoakan semoga anak2 ini tetap tabah dan kuat semangat walaupun telah kehilangan insan yang disayangi.








#MuafakatPrihatinBerani 

#jingga13pengerang 

#jingga13kotatinggi

#anaksyurga