Friday 24 September 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM MEMBANTU KELUARGA YANG DIKUARANTIN KERANA PENDAMIK COVID19

Atas dasar prihatin jingga13 Simpang Renggam yang diwakili oleh komrad Sukri bin Zakaria telah menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada sdr Yakob bin Jaafar atau lebih dikenali dan mesra di panggil Pak Akob yang sedang dalam proses kuarantin dirumahnya di Taman Sri Mawar simpang Renggam.

Pak Akob adalah salah seorang peniaga lama di Simpang Renggam,kedai makan Pak Akob pula terletak di perhentian bas simpang Renggam,kedai Pak Akob sememangnya menjadi tumpuan pengunjung terutama pada waktu pagi.

Semoga Pak Akob dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi dari Covid19,Pak Akob berterima kasih atas sumbangan yang diberikan.


Tiada gambar Pak Akob (SOP).


MUAFAKAT•PRIHATIN•BERANI


#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

Tuesday 21 September 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM BERSAMA PUSAT KHIDMAT PARLIMEN SIMPANG RENGGAM MENERUSKAN SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK TERKESAN COVID19.

Komrad Sukri Bin Zakaria Koordinator jingga13 simpang Renggam mewaklili bagi Pihak YB DR MASZLEE MALIK telah diamanahkan untuk menyerahkan sumbangan kepada En Arbayon Bin Haron yang tinggal berdua bersama isteri yang kurang sihat,En Azman Mustapha yang masih dalam tempoh kuarantin di rumah,Puan Samsiah Binti Sarip seorang ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap fan En Aidil Bin Limon yang juga tiada pendapatan tetap akibat dari pandemik ini.




Semoga sumbangan Dari parlimen simpang Renggam dapat menggurangankan sedikit beban Yang mereka hadapi waktu ini.

Penerima berkirim salam kepada Yb Dan berterima Kasih atas sumbangan.


#ybdrmaszleemalik

#parlimensimpangrenggam

#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

#muafakatprihatinberani

Monday 20 September 2021

JINGGA13 PAHANG AGIH SUMBANGAN KEPADA 20 KELUARGA DI KUANTAN

Jinggga 13 Pahang telah mengedarkan sumbangsn pek makanan kepada mereka yg memerlukan dari golongan asnaf,ibu tunggal,warga emas dan pesakit kronik .



Antaranya ialah saudara Raju yang mengidap kanser telah di behentikan kerja setelah sepuluh tahun bekerja di Lynas.

Sumbangan tersebut diedarkan di beberapa kawasan di Kg Baru,Bukit sekilau , Bukit Setongkol dan Taman TAS Kuantan . 

Menurut Komrad Shahril Ahmad , Koordinator Jingga13 Pahang , " Daripada 20 keluarga tersebut , Jingga13 Pahang telah berjaya memperolehi sumbangan tetap 13 keluarga setiap bulan yang dihulurkan oleh seorang hamba Allah . "

Semoga usaha dan sumbangan tersebut dapat meringankan penderitaan mereka semua . 














Sunday 19 September 2021

2 ORANG PESAKIT LUMPUH DAN IBU TUNGGAL YANG TIADA PEKERJAAN TURUT DIBANTU OLEH JINGGA13 KOTA TINGGI

 Jingga13 Kota Tinggi terpanggil untuk membantu 2 orang pesakit lumpuh yang tidak mampu bekerja namun perlu menyara keluarga. Kedua-duanya tinggal di Felda Bukit Besar, Kota Tinggi..


Pesakit pertama, Sdr Azmi bin Omar yang lumpuh akibat penyakit misteri dan masih tidak ditemui puncanya. Tidak mampu bekerja lagi dan hilang punca pendapatan samasekali. Pihak kami dimaklumkan beliau sentiasa membuat rawatan dan mencari kaedah perubatan termasuk cara tradisional. Ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Beliau telah membelanjakan lebih RM90 ribu untuk rawatan dan ubat-ubatan. Namun masih belum sembuh 


Pesakit ke 2, Sdr Mohd Yassin yang juga lumpuh dan tiada pendapatan. Isteri beliau yang sebelum ini bekerja sebagai Guru Agama Sandaran telah pun pencen dan tiada pendapatan bulanan. Beliau dibantu oleh anak-anak dan sedikit hasil sarahidup felda.

Beliau telah lama menderita penyakit lumpuh ini namun sejak kebelakangan ini kehidupan beliau bertambah rumit. Kenaikkan harga barang dan ubat-ubatan menyukarkan untuk beliau menguruskan kewangan dan makan minum.

Puan Jamilah bte Abdul Hamid merupakan seorang ibu tunggal yang duduk bersama 3 orang anaknya juga tiada pekerjaan dan pendapatan. Beliau duduk dirumah pusaka peninggalan arwah ibubapa. Jiran-jiranlah yang sering membantu beliau. Anak2 sudah bekerja tetapi tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Jingga13 Kota Tinggi bersama Sdr Kamaluddin Md Simpol, Sdri Linda Mohd Sanip dan Utz Azahari Adam (Amil Baitulmal) telah menyantuni mereka dan menghulurkan sumbangan barang makanan dan Utz Azahari telah mendaftarkan mereka di bawah Baitulmal sebagai penerima bantuan sarahidup bulanan. Semoga bantuan ini segera diluluskan.

Tahniah kepada Jingga13 Kota Tinggi dan semua yang terbabit atas usaha kalian membantu golongan yang memerlukan..



#MuafakatPrihatinBerani