Saturday 4 September 2021

JINGGA PENGERANG SAMPAI SUMBANGAN MAKANAN KEPADA FAMILI POSITIF COVID-19 YANG SEDANG KUARANTIN

Pada Jumaat, 3 September  2021 JINGGA13 PENGERANG meneruskan gerak kerja membantu menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.


Hari ini, menjejaki  keluarga yang dikhabarkan sedang menjalani kuarantin dirumah, 1 positif manakala 3 lagi merupakan kontak rapat.

Terima kasih kepada sdr  Lan Attan , Jawatan Kuasa  Jingga 13 Pengerang membantu penyerahan bakul makanan kepada keluarga tersebut.  

Terima kasih sahabat jingga 13  yang lain sudi membantu. Terimalah Sumbangan kecil dari kami jingga pengerang seadanya. Didoakan semoga keluarga berkenaan dipermudahkan segala urusan dan semoga cepat sembuh dari penyakitnya. 


#MuafakatPrihatinBerani 

#jingga13pengerang 

#kamitakramaitapikamiada 

#coviditubenar 

#kenakuarantinbukansatudosa

JINGGA13 KOTA TINGGI PRIHATIN KES KEMATIAN IBU TUNGGAL TINGGALKAN 3 ANAK YANG MASIH KECIL

Satu kejadian kemalangan maut yang melibatkan seorang Wanita yang berkerja sebagai cleaner di hospital Kota Tinggi . 

Beliau yang tinggal  di Kg. i Kelantan , Kota Tinggi merupakan seorang Ibu  tunggaldan mempunyai  3 org anak yang masih Kecil  lagi yang kini menjadi yatim piatu .   Anak-anak tersebut kini berada  di kg Sedili dijaga  oleh datuk mereka . 

Atas  keperhatian tersebut  penduduk-penduudk di kampung tersebut telah melancarkn sumbangan  derma kilat  untuk anak-anak yatim tersebut . 

Koordinator Jingga13 Kota Tinggi Komrad Kamaluddin bagi mewakili Jingga 13 Kota Tinggi hadir bagai menghulurkan sedikit sumbangan.

Jingga13 merakam salam takziah  kepada  keluarga  beliau . 

JINGGA13 DAN PUSAT KHIDMAT PARLIMEN SEKIJANG BERSAMA YB HJH NATRAH HULUR 32 BAKUL MAKANAN KEPADA KELUARGA ANAK2 OKU DI FELDA PEMANIS

Tanggal 2/09/2021 : jam : 11.45pagi. Tempat : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nur Kasih, FELDA Pemanis, Segamat. YB Hajah Natrah bersama team parlimen Sekijang dan  Jingga13 Sekijang menyampaikan bakul makanan kpd 32 orang ibubapa yg mempunyai anak-anak kelainan upaya (OKU) yang mendapat pendidikan di PKD FELDA Pemanis (1 dan 2). 


Menurut komrad Surya Syasharena binti Said , Setiausaha Jingga13 Sekijang , "  Keriangan terserlah di kalangan kanak-kanak ini ketika ibubapa/penjaga mereka menerima bakul makanan. Alhamdulillah "..

Penyampaian bakul makanan oleh Ahli Parlmen Sekijang YB Hajah Natrah dilakukan secara ‘drive through’ atau pandu lalu. Ibubapa/penjaga kepada kanak2 istimewa ini membawa kenderaan sendiri (kereta atau motosikal) dan berada di dalam kereta atau di atas motosikal ketika mengambil bakul makanan. 



Terima kasih kepada Pn Rahimah, Pn Siti Aishah, Pn Zaiton Samad serta individu2 yang terlibat dalam latihan serta pengurusan kanak-anak istimewa ini dan membantu dalam menjayakan program yang yang sangat bermakna kepada keluarga-keluarga yang menerima bakul makanan.





Jom follow & like video ini : https://vt.tiktok.com/ZSJTxWck6/

Terima Kasih

#MuafakatPrihatinBerani



Thursday 2 September 2021

JINGGA13 PAHANG BANTU DUA IBU TUNGGAL YANG KEMARIAN SUAMI KERANA PENDAMIK DAN SEORANG LAGI HILANG PEKERJAAN KERANA PKP

Jingga 13 Pahang telah menghukurkan sumbangan barangan makanan kepada 2 ibu tunggal di Bukit Setongkol dan Tanjung Lumpur , Kuantan .

Salah seorang ianya ialah menjadi balu kerana kematian suami disebabkan oleh pendamik covid 19 , Pn Madura Liana masih lagi dalam keadaan berduka kerana kehilangan orang tercinta . Beliau menjadi ibu tunggal kerana mempunyai 2 orang anak yang masih kecil berumur 5 tahun dan 3 tahun . 

Seorang lagi ibu tunggal yang kehilangan pekerjaan kerana PKP iaitu Pn Norhayati Muhamad di Tanjung Lumpur . Namun begitu mempunyai anak-anak yang pintar . Beliau mempunyai 4 org anak yang masih belajar , yang sulong di UPSI , anak ke 2 di UITM , ke tiga di Sekolah Sukan Negeri Pahang dan yang bongsu masih sekolah rendah . 

Koordinator Jingga13 Pahang Komrad Shahril Ahmad bersama komrad-Komrad Jingga13 Kuantan turun kelapangan untuk membantu mereka . Semoga sedikit sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan mereka . 

JINGGA13 PENGERANG BANTU RINGANKAN BEBANAN 1 KELUARGA KUARANTIN KERANA KONTAK RAPAT COVID-19

Pada hari Rabu, 1 Sept 2021 , 2 Petang , Jingga13 Pengerang menerima maklumat ada satu keluarga sedang menjalani perintah kuarantin di rumah disebabkan terdapat ahli keluarga yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit  covid-19.

Keluarga tersebut telah menerima sumbangan bakul makanan dari Jingga13 Pengerang yang sedang menjalani kuarantin di rumah. 

Semoga diberikan kekuatan untuk menjalani kuarantin dirumah serta  didoakan agar dipermudahkan segala urusan keluarga tersebut dan in Sha Allah keputusan swap nanti adalah negatif . 

Terima kasih kepada semua sahabat yang telah menyumbang bakul makanan. Terima kasih sudi berkongsi rezekinya. Moga diluaskan rezekinya dan diberikan kesihatan yang baik Hanya Allah yang dapat membalas budi baik tuan-tuan semua. Insyallah..amin 




Wednesday 1 September 2021

JINGGA13 SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM YANG IBUBAPA MENINGGAL KERANA. COVID-19 DI PELABUHAN KLANG

Jingga13 Selangor telah menyampaikan sumbangan daripada Jingga13 Malaysia kepada anak-anak yatim yang telah kehilangan kedua-dua ibu apa mereka kerana pendamik Covic-19 di Pangsapuri Seri Perantau , Pelabuhan Klang .

Sumbangan tersebut disampaikan Komrad Hanafiah dan Komrad Datuk Dr Rahmah Begum bagi pihak Jingga13 Malaysia  kepada adik Cik Intan Iwaniyah binti Mohamad Shuhaimi berumur 19 tahun iaitu anak sulong kepada 5 adik beradik .

Mereka telah kehilangan ibu pada 31 Julai 2021 manakala ayahnya pula pada 7 Ogos 2021 kerana pendemik Covid-19 . Peristiwa yang sangat menyayat hati . Ayah dan ibu mereka pergi tidak kembali  . Semoga Allah menempatkan ibu bapa mereka bersama kekasih-Keasih Allah SWT . Amin .

Jiingga13 Malaysia merayu warga yang prihatin agar dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban kehidupan anak-anak yatim ini dengan menghulurkan sumbangan di Bank Muanalat 14070014334724 di atas nama Cik Intan Iwaniyah binti Mohd Suhaimi .

Terima kasih kepada komrad-komrad Jiingga13 Malaysia yang menghulurkan sedekah / sumbangan . Semoga Allah membalas jua . 



𝗬𝗕 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗝𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔13 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥

Hari ini ( 1 September 2021) pihak Jingga13 Negeri Johor telah menerima sumbangan 50 set Bakul Makanan daripada Yb Tuan Hassan Abd Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang.merangkap Penasihat Jiingga13 Johor . Sumbangan tersebut berupa barang makanan dapur dan kuih serta makanan ringan.

Wakil Rasmi YB iaitu Sdr Murad Jailani beserta rombongannya telah datang menyerahkan terus melalui Sdr Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Johor untuk diagihkan kepada keluarga mangsa-mangsa yang positif Covid19.









Turut hadir sama menyaksikan penyerahan tersebut adalah Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Kota Tinggi, Sdr Rosman Tahir Koordinator Pontian dan Sdr Shafie Koodinator Tiram. Juga turut dihadiri oleh Sdr Halil Jinggawan Johor, Cik Nor Nazurah, Jinggawanis Johor dan Mak Intan serta Mat Jaafat sekretariat Jingga13 Johor.


Jingga13 Negeri Johor ingin merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terimakasih kepada YB Hassan Abd Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang di atas sumbangan dan keprihatinan beliau membantu Jingga13. Walaupun telah banyak sumbangan yang beliau telah hulurkan sebelum ini, namun beliau masih lagi sudi membantu Jingga13 Johor. Terima kasih YB 💖

Sumbangan tersebut akan diagihkan kepada keluarga yang positif covid dan juga yang di kuarintin. Sumbangan ini, akan kami manfaatkan kepada golongan sasar sebaik mungkin. Insyaallah..

#MuafakatPrihatinBerani

#Jingga13Johor

#Jingga13Malaysia


JINGGA13 PAHANG BANTU URUS SUMBANGAN DARIPADA DS WAN AZIZAH KEPADA ANAK-ANAK YATIM KEMATIAN IBU /BAPA KERANA COVIC-19 DI KUANTAN

Jingga13 Pahang melalui Koordinator Jiingga13 Pahang , Komrad Shahril Ahmad telah menguruskan bantuan sumbangan wang kepada Pn Madura Liana Mohamad , balu kepada Allahyarham Awang Ngah bin Ismail yang telah meninggal dunia akibat Covid-19 bagi mewakili DS Dr Wan Azizah Wan Ismail , Pengerusi Yayasan Aman .

Sumbangan tersebut ialah daripada YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi Yayasan Aman kepada anak-anak yatim kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan oleh Covid-19.  DS Wan Azizah Wan Ismail sentiasa prihatin terhadap rasa dan derita rakyat terutama anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa kerana pendemik Covid-19. Semoga sedikit sumbangan tersebut dapat meringankan beban keluarga . 

Allahyarham Awang Ngah bin Ismail , pergi tak kembali telah meninggalkan 2 orang anak yang masih kecil . Kesedihan cukup dirasai anak-anak tersebut menjadi anak yatim secara tidak disangka-sangka . Semoga Allah menempatkan roh almarhum di tempat orang-orang yang beriman dan kekasih Allah SWT . Amin .

Jiingga13 Malaysia mengalu-alukan individu atau mana-mana pihak yang prihatin yang ingin membantu bolehlah bank in terus ke CIMB Bank , No. Akaun 7057741738 atas nama Madura Liana Binti Mohamed . 

Menurut Koordinator Program Yayasan Aman , Sdr Mikhael Iskandar Abdullah menyatakan ," Sumbangan tersebut telah langsung dimasukkan ke akaun Pn Madura Liana . Semoga sumbangan daripada DS Wan Azizah bagi pihak Yayasan Aman tersebut dapat meringankan bebanan beliau sekeluarga  yang sudah pasti masih lagi kesedihan disebabkan kehilangan insan tercinta ".

Salam takziah daripada Jingga13 Malaysia kepada Pn Madura Liana dan keluarga. Semoga sabar dan tabah menghadapi ujian Allah SWT ini. AL Fatihah . 

Tuesday 31 August 2021

SALAM TAKZIAH DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA DI ATAS PERMERGIAN ALMARHUM AL FADHIL USTAZ DATO DR SIDDIQ FADHIL

Allaahummaghfir lahu Al Fadhil Ustaz Dato Dr Siddiq Fadhil w

Jingg3 Malaysia sangat terkejut dan berduka cita di atas pemergian lerahmatullah seorang murabbi bangsa Almarhum AL Fadhil Ustaz Dr Siddiq Fadhil . 

Hilangnya sebutir mutiara bangsa ,   seorang tokoh pendidikan , ilmuan , pemikir dan sarjana bangsa yang sangat bermakna kepada bangsa dan negara ini .

Salam taziah Jiingga13 Malaysia kepada seluruh keluarga Almarhum . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh almarhum dan diletakkan bersama-sama kekasih-kekasih Allah SWT.

AL Fatihah 



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 64



MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA!

Salamat  menyambut Hari Kemerdekaan ke 64 daripada Jiingga13 Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia .

Semoga kemerdekaan ini membebaskan pemikiran , tindakan dan perlakuan ke arah lebih positif . Awas!  Jangan pula Covid19 yang positif !.  Bebaskan diri daripada perkauman sempit yang merantai akal fikir .


#KitaJagaKita

#KitaJagaNegaraKita

 #KitaSyangMalaysiaTercinta

#TolakPerkauman

#JagaSOP

#Merdeka64


FARIZ MUSA 

Ketua Koordinator 

Jiingga13 Malaysia



Monday 30 August 2021

JINGGA13 BANGI BERSAMA AHLI PARLIMEN BANGI AGIH IKAN DAN SAYURAN KEPADA 300++ KELUARGA DAN AGIHAN BENDERA MALAYSIA

Pada 28/8/2021 Sabtu , Jingga13 Bangi bersama Yb Dr Ong Ka Ming , Ahli Parlimen Bangi dan turut dihadiri  Penyelaras DUN Semnyih Pn Lili dan Pesatuan Penduduk Bandar Seri Putra Tn Hj Sufyan membuat agihkan barangan makanan basah seperti ikan dan sayuran kepada penduduk sekitar Bandar Seri Putra.

Lebih 300 keluarga sekitar Bandar Seri Putra Bangi telah berjaya diagihkan barangan basah tersebut agar dapat meringankan bebanan mereka . 

Sempena bulan Kemerdekaan turut diagihkan bendera Malaysia sebanyak 500 helai .




Sunday 29 August 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM BERKOLABORASI DENGAN PUSAT KHIDMAT PARLIMEN SIMPANG RENGGAM DAN RANTING PKR KG MELAYU RENGGAM SANTUNI 3 KELUARGA

Jingga13 Simpang Renggam berkolaborasi dengan Pusat Khidmat Parlimen Simpang Renggam dan Ranting Keadilan Kampung Melayu Renggam melalui Koordinator Jingga13 Simpang Renggam Komrad Sukri Bin Zakaria yang diberi tanggungjawab untuk salurkan sumbangan kepada tiga keluarga Yang terkesan akibat pandemik Covid19.

En Mohd Rafi Bin Sitam telah terputus sumber pendapatan serta dua keluarga lagi yang dikuarantin akibat Covid19 iaitu Puan Norlinydia Erina Binti Suleiman Dan Puan Normazian Binti Mohamad . Mereka masing - masing tinggal di kawasan Renggam dan Simpang Renggam.


Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban mereka sekeluarga .


#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

#pejabatparlimensimpangrenggam

#keadilancabangsimpangrenggam

#rantingkampungmelayurenggam

#pakatanharapansimpangrenggam

#kamuadalahkami

#maufakatperihatinberani

#sejalur