Saturday 24 July 2021

JINGGA13 PAHANG AGIH 10 BAKUL MAKANAN UNTUK MEREKA YG TERKESAN PKP DI KG KURNIA DAN INDETA MAHKOTA

Jingga13 Pahang dipimpin olrh Komrad Sharil Ahmad telah turun ke Kg Kurnia,  Kuantan dan Indera Mahkota untuk mrmyampaikan sumbangan 10 bakal makanan kepada mereka yang dalam kesusahan ekoran PKP yang menyebabkan mereka kehilangan punca pencarian .












Friday 23 July 2021

Jingga 13 Perlis sampaikan sumbangan Pengerusi PH Perlis kepada keluarga Puan Rosnani

Pada hari Ahad lepas pihak Jingga 13 Perlis berkesempatan berkunjung ke rumah Puan Rosnani di Parlimen Arau dan menyampaikan sedikit barangan dapur yang disumbangkan oleh Pengerusi PH Perlis YB Noor Amin bin Ahmad.

Jingga 13 Perlis diwakili oleh Saudara Hasparizal , Saudari Nur Liyana , Saudari Norazura dan  Puan Tuan Marja Tuan Mat berkesempatan mendapatkan maklumat tentang masalah yang di hadapi oleh keluarga tersebut. 

Terima kasih kepada Puan Noor yang memberikan informasi tentang keluarga tersebut

Thursday 22 July 2021

JINGGA13 SEKIJANG BERSAMA PUSAT KHIDMAT PARLIMEN SEKIJANG AGIH 200 BAKUL MAKANAN DI LAPAN BUAH KAMPUNG

18 & 19 JULAI, 2021 : Team parlimen dan komrad komrad jingga13 Sekijang telah bersama sama  mengagihkan sebanyak 200 Bakul Makanan kepada  8 buah kampung dalam kawasan PARLIMEN SEKIJANG, DUN KEMELAH. Kampung2 yang diziarahi :

Kg Pogoh 2 (Kg Lubuk Selumar), Kg Pogoh Tengah, Kg Tekam, Kg Paya Besar, Kg Melayu Raya, Kg Genuang Baru, Gugusan Felcra Sekijang dan Felda Kemelah.



Sambutan hangat dari semua Ketua Kampung yg kami lawati ini mengeratkan tali silatulrahim di antara pemimpin dan penduduk-penduduk di kampung-kampung tersebut. 

Komrad Surya Syasharena binti Said , Setiausaha Jingga13 Sekijang berkata,  " Dalam lawatan tersebut terlalu banyak kenangan manis yang kami perolehi. Pemberian hasil-hasil dari kampung menjadi buah tangan untuk rombongan kami bawa pulang - durian, rambutan, cempedak, serawa durian serta makanan frozen (sejukbeku).  Alhamdulillah , rezeki buat semua team parlimen n komrad komrad jingga13 Sekijang ".








Wednesday 21 July 2021

SUMBANGAN DARIPADA JINGGA13 KOTA TINGGI SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA 5 KELUARGA YANG MEMERLUKAN.

Sempena Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1442H/2021M, Jingga13 Kota Tinggi tetap merancakkan keprihatinan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Seramai 5 keluarga yang amat terkesan akibat pkp telah dapat di bantu. Barangan makanan dan barangan dapur serta sayuran dan ayam telah dihulurkan bagi memenuhu keperluan menyambut raya.

Sdr Kamaluddin Md Simpol (Koordinator Jingga13 Kota Tinggi)  bersama Ustaz Azahari Adam (Amil Baitulmal) serta dibantu oleh Sdr Zul (komrad jingga13) telah menyantuni kelima-lima keluarga tersebut dan menghulurkan sendiri bantuan tersebut.


Penerima 1

Puan Rozana Manaf

Seorang ibutunggal dan menyara ibunya yang telah uzur. Tinggal di Felda Sungai Sayong.


Penerima ke 2

Puan Sarimah Sarimin

Beliau adalah seorang bidan kampong dan tinggal di Taman Kota Jaya.


Penerima ke 3

Puan Aida (bukan nama sebenar)

Beliau seorang peniaga pasar malam. Kini sudah lama tidak bekerja dan hilang punca pendapatan.


Penerima ke 4

Sdr Aziz Adnan

Tidak bekerja setelah hilang pekerjaan asal. Beliau bekerja sambilan sebagai tukang kayu. Sepanjang pkp ini, beliau tidak dapat projek.

Beliau tinggal di Taman Amat  Perang, Kota Tinggi.


Penerima ke 5

Puan Rosnah Tepol

Seorang ibutunggal dan tinggal bersama seorang anak yang mengalami Penyakit Sawan.

Tinggal di Taman Kuso, Kota Tinggi.





Jingga13 Negeri Johor mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Sdr Kamaluddin dan semua komrad Jingga13 Kota Tinggi yang sentiasa prihatin dan sudi membantu golongan yang susah dan terkesan akibat pandemik covid19. Semoga Allah membalas kebaikkan kalian.


#MuafakatPrihatinBerani

JINGGA13 PAHANG AGIH PEK BARANG MAKNAN DAN DAGING QURBAN KEPADA YANG TIDAK BERNASIB BAIK DI SEKITAR KUANTAN

Di hari yang mulia ini jangan dilupakan pada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan khusisnya fi suasana PKP ini.  


Jibgga13 Pahang telah bergerak menghantar pek barang makanan berserta daging qurban sumbangan dari penyumbang untuk diagihkan sekitar Parlimen Kuantan.

Me urut Konrad Ahmad ShahrI Ahmaf ,  koordinator Jingga13 Pahang , " Memandangkan banyak kawasan masih dalam PKPD , maka agak terhad pergerakan kami dan Insyallah esok (Jumaar) kami akan sambung lagi ke lokasi yang belum dapat kami sampaikan " . 


" Terima kasih pada semua penyumbang dan kepercayaan kepada kami untuk memastikan barangan makanan sampai kepada orang sepatutnya.Terima kasih juga kepada saudara Md Khairudin Hasim dari MyCare Pahang di atas urusan pengambilan daging korban penyumbang di Pusat Penyembelihan serta tidak lupa juga kepada semua komrad JINGGA 13 PAHANG yang seharian bertungkus lumus membantu hingga ke malam , hanya Allah yang mampu membalasnya " , sambung beliau lagi. 

Tuesday 20 July 2021

SALAM IDUL ADHA DRP JINGGA13 MALAYSIA

 


JINGGA13 PARIT SULONG MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA 5 KELUARGA YANG TERKESAN AKIBAT PKP.

Jingga13 Parlimen Parit Sulong bersama  PKR ranting Pt.Tegak Laman,Sri Medan, Batu Pahat,  pada 19hb Jul 2021 telah menyantuni 5 keluarga yang terkesan ekonominya disebabkan wabak covid19 dengan menghulurkan sedikit barangan dapur kering dan basah serta beras sekadarnya..


Diharap kerjasama Ketua ranting PKR Pt.Tegak Laman sdr. Majid Yahya ,dan Koordanitor Jingga13 Pt Sulong sdr.Fadzil Musri ini dapat sedikit sebanyak membantu dan menceriakan mereka menyambut Aidil Adha tahun ini.

Ringkasan penerima adalah seperti berikut:

Keluarga1

Suami & isteri peniaga gerai sarapan pagi. 

Ahli keluarga serumah 7orang.


Keluarga2

Suami isteri peniaga pasar malam yg tidak boleh berniaga kerana PKP ,putus pendapatan ,menjaga ibu warga emas. 

Ahli keluarga serumah 6 orang.


Keluarga3

Ibu tunggal warga emas tinggal bersama anak yg berniaga kedai makan dan terputus mata pencarian disamping menjaga anak oku mental.

Ahli keluarga serumah 4 orang.


Keluarga4

Ibu tunggal warga emas,tinggal bersama anak & menantu yg bekerja kilang dan dipotong gajinya kerana kilang terhad beroperasi.

Ahli keluarga serumah 6orang.


Keluarga5

Pasangan oku mental ringan yg bekerja kampung.

Ahli keluarga serumah 7orang.(4 bersekolah





Semoga sumbangan ini dapat meringankan perberlanjaan keluarga dalam menyambut Aidil Adha. Dan diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha


#MuafakatPrihatinBerani

Monday 19 July 2021

JINGGA13 BEAUFORT BERSAMA KEADILAN CABANG BEUFORT ZIARAH KASIH KELUARGA MIMI RASHIDAH DI KG MANSUD

Sabtu 17/7/2021 Jingga13 Beaufort bersama Parti keadilan Rakyat Cabang Beaufort ziarah kasih keluarga anggota Serikandi Keadilan Beaufort Sdri Mimi Rasidah Rusli di Kg Mansud,  di DUN Kuala Penyu , Parlimen Beaufort yang sedang berduka setelah pulangnya kerahmatullah Almarhum ayahandanya beberapa hari yang lalu .

Jingga 13 Beaufort menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada Sdri Mimi Rashidah sekelurga serta menghulurkan sumbangan ikhlas dan prihatin kepada Sdri Mimi Rasidah agar dapat meringankan bebanan beliau sekeluarga.  


Turut serta program ziarah kasih ialah Tuan Haji Rahman Yakop , Naib Ketua Cabang Keadilan Beaufort , komrad Nur Nilam Sari , Setiausaha Jingga 13 Beaufort yang juga merupakan Ketua Srikandi Keadilan Cabang Beaufort ,  Sdri Agnes Ebus , Ketua Wanita Keadilan Beaufort dan Sdri Erdayanie AJK Wanita Keadilan Beaufort yang secara kebetulan ada Program di Masjid Gimba Mansud .

Diharapkan Sdri Mimi Rashidah sekeluarga sabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini dan semoga Allah SWT menempatkan roh ayandanya bersama-sama kekasih Allah.  Amin 

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM BERSAMA PEJABAT PARLIMEN SIMPANG RENGGAM DAN KEADILAN SIMPANG RENGGAM HULUR SUMBANGAN KEPADA 21 FAMILI

 

Jingga13 simpang Renggam,pejabat parlimen simpang Renggam Dan keadilan cabang Simpang Renggam bergerak bersama menghulur sumbangan.


Walaupun Dalam keadaan hujan Lebat Kami jingga13 simpang Renggam terus berbakti menyalurkan bantuan kepada Yang memerlukan akibat Dari pandemik Covid19 Di Bandar Renggam.

Team jingga13 simpang Renggam Yang Di wakili oleh koordinator sukri bin zakaria, komrad Puan Minarchi Dan komrad Vijendran, keadilan cabang Simpang Renggam ,Pejabat Parlimen simpang Renggam Di wakili oleh penyelaras Dun Layang-Layang En Wong Yun Chin Dan keadilan cabang Simpang Renggam Di wakili Setiausaha Cabang En Faizul Abdul Ghani,Puan Ziana ketua wanita cabang Dan ajk amk (cabang) serta masyarakat setempat.



Sumbangan telah Diberikan kepada 21 penerima Yang terdiri Dari berbilang bangsa, semoga sumbangan ikhlas ini dapat meringankan sedikit beban mereka Yang terkesan akibat pandemik Covid19, penerima sumbangan berterima kasih.

Semoga Kita semua dilindungi Dari jangkitan virus Covid19.




#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

#muafakatprihatinberani