Saturday 10 July 2021

𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐋𝐎𝐂𝐊𝐃𝐎𝐖𝐍 𝐃𝐈𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐉𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀13 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

𝐉𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚13𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐝𝐞𝐥𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐡𝐚𝐛𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐢𝐭.


𝐒𝐝𝐫 𝐒𝐚𝐥𝐢𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐫𝐮𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐭𝐨𝐫 𝐉𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚13 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐀𝐳𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐝𝐚𝐦,𝐀𝐦𝐢𝐥 𝐁𝐚𝐢𝐭𝐮𝐥𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧.

𝐌𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐒𝐝𝐫 𝐒𝐚𝐥𝐢𝐦, 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮 4 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥-𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐢. 𝐃𝐢𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐥𝐮𝐦𝐩𝐮𝐡, 𝐛𝐚𝐩𝐚 𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐦𝐚𝐭𝐚, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐥𝐮.


𝐌𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐠𝐢𝐧𝐢, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩. 𝐘𝐛 𝐃𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐝𝐞𝐥𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐤𝐞 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐢. 𝐌𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐝𝐞𝐬𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐨𝐜𝐤𝐝𝐨𝐰𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚.

𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐮𝐫, 𝐩𝐚𝐦𝐩𝐞𝐫𝐬, 𝐬𝐮𝐬𝐮 𝐛𝐚𝐲𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐡𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐛𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚.

𝐒𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐢𝐭𝐮, 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐀𝐳𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐛𝐮𝐭𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐦𝐮𝐤𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐢𝐭𝐮𝐥𝐦𝐚𝐥 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐚𝐠𝐚𝐫 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚.

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐝𝐫 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐫𝐚𝐝 𝐉𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚13 𝐒𝐞𝐝𝐞𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐭𝐮𝐫 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐧𝐚.

𝐉𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚13 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐉𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚13𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐒𝐝𝐫 𝐊𝐚𝐦𝐚𝐥𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧, 𝐒𝐝𝐫 𝐒𝐚𝐥𝐢𝐦,𝐒𝐝𝐫 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐀𝐳𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧.


#𝐌𝐮𝐚𝐟𝐚𝐤𝐚𝐭𝐏𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢

JINGGA 13 SABAH TERUS PRIHATIN NASIB RAKYAT HULURKAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN

Jingga 13 Sabah yang diwakili setiausahanya , terus prihatin dalam membela nasib rakyat yang sedang getir dalam mengharungi pendemik covid 19 ini.

Saudara Ibrahim musa memberikan sedikit sumbangan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan di Taman Puri Warisan Inanam.

Semoga dengan adanya sumbangan ini , sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang dalam kesusahan.

Friday 9 July 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MUALAF

Satu keluarga Mualaf berketurunan Cina telah menghubungi Jingga13 Kota Tinggi dan memberitahu masalah yang dihadapinya yang meminta bantuan akibat terputus BEKALAN MAKANAN.

Sdr Salim bin Masrun Timb Koordinator Jingga13 Kota Tinggi bersama Ustaz Azahari bin Adam, Amil Baitulmal Kota Tinggi telah hadir ke rumah beliau di Ladang YPJ, Kota Tinggi menghulurkan bantuan.

Sumbangan berupa Barangan makanan dan barangan dapur telah dihulurkan kepada mereka bagi memenuhi keperluan yang amat mendesak. Sementara itu, Pihak Jingga13 juga menghulurkan pakaian terpakai kepada mereka hasil daripada sumbangan orang orang Kampong agar dapat dimanfaatkan oleh mereka.

Ustaz Azahari bin Adam telah mengambil maklumat keluarga tersebut untuk dibawa ke Pihak Baitulmal untuk bantuan selanjutnya.

Jingga13 Johor mengucapkan jutaan terimakasih atas keprihatinan dan Usha murni Jingga13 Kota Tinggi  dalam membantu golongan susah. Semoga keluarga ini tabah dan cekalkan hati dalam Ujian ini.


#MuafakatPrihatinBerani

JINGGA13 KULAI BUKA GEROBOK REZEKI ( FOOD BANK) KHAS UNTUK PENDUDUK KG AYER MANIS , KG AIR BEMBAN, KULAI

Jingga 13 Kulai telah mrngambil inisiatif menyediakn food bank atau gerobok rezeki berlokasi di Kpg Ayer Manis, Kulai.


Gerobok Rezeki adalah khas untuk penduduk Kg Ayer Manis, Kpg Air Bemban dan kawasan sekitar.
Ianya adalah beroperasi dari jam 8pg-8mlm.


Menurut Komrad Hamim,  Koordinator Jingga13 Kulai. " kepada penduduk yang memerlukan ambillah jika perlu barang-barang makanan yang telah disediakan dan menyeru kepada mereka yang berkemampuan agar dapat beinfaklah untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan " .

-Ayoh bersama kami meringankn beban rakyat!
-Food not kobis

Sebarang pertanyaan dan sumbangan sila hubungi no tel berikut:
-Amim - 0137230706
-Salleh- 0167280025
-Acam- 019 7824919
-Abg Faizal- 011 70334267
-Abg Din- 010 8272264
- Mamat - 012 7731673

#KIPIDAP
#DariRakyatUtkRakyat
#GerobokSesak

JJINGGA 13 SABAH TERUS PRIHATIN SAMPAIKAN BAKUL MAKANAN KEPADA 6 KELUARGA DI PARLIMEN PAPAR

Jingga 13 Sabah yang diwakili Timbalan Koordinatornya Saudara Mugen telah memberikan sumbangan berupa bakul makanan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Parlimen Papar Sabah.


Pada 7 Julai yang lalu, Jingga 13 Sabah telah memberikan bakul makanan kepada 6 buah keluarga yang memerlukan. Jingga 13 sabah jugak mendapati lebih ramai lagi rakyat yang sangat-sangat memerlukan bantuan terutamanya bekalan makanan bagi meneruskan kehidupan. Rakyat sudah Muak dengan kerajaan hari ini yang mementingkan keperibadian Menteri daripada membantu rakyat.








Wednesday 7 July 2021

JINGGA13 KLUANG MEWAKILI ADUN MAHKOTA SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA INSAN-INSAN TERJEJAS PKP

 Tanggal7/7/2021 , Jingga13 Kluang diberi kepercayaan Pejabat Adun Mahkota Jingga 13 Kluang menyantuni penduduk di sekitar Kluang khususnya di dalam DUN Mahkota yang terjejas pendapatan akibat Pendamik Covid 19 .



Bersama Komrad Rosli Safii,  Koordinator Jingga13 Kluang ialah Komrad Johan Ariff Bin Md Yusof.Terima kasih kepada YB.Md Said Jonit yang memberi kepercayaan kepada Jingga 13 .





"MUAFAKAT PERIHATIN BERANI"

JINGGA13 KULAI BERSAMA PKR CABANG DAN GROUP KIPIDAP MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN YANG TERPUTUS BEKALAN MAKANAN

Atas kesedaran dan prihatin akan kesusahan mesyarakat setempat, Koordinator Jingga13 Kulai Sdr Hamim Marjunit bersama komrad2 Jingga13 Kulai berpakat mengumpulkan kewangan bersama agar dapat membeli barangan makanan untuk dihulurkan kepada beberapa keluarga yang memerlukan.

Alhamdulillah atas gandingan komrad2 Jingga13, anggota Pkr Kulai Dan Ahli group Kipidap dapatlah menghulurkan sumbangan barangan makanan dan barangan dapur kepada beberapa keluarga yang sangat memerlukan disaat2 lockdown ini.

Menurut Sdr Hamim, kebanyakkan daripada mereka telah menghubungi beliau sendiri mengharapkan pertolongan. Sebenarnya ramai keluarga yang memerlukan bantuan.


Insyaallah, Jingga13 Kulai akan berganding bahu bersama dengan YB Jimmy Puah Adun Bukit Batu Dan juga Penyelaras Dun Bukit Permai Sdr Syafiq Hatta untuk membantu golongan miskin dan perlukan bantuan.


#MuafakatPrihatinBerani

SUMBANGAN KOMRAD-KOMRAD JINGGA13 TANDA SOLIDARITI BUAT CIKGU NAZA

Duit sumbangan terkumpul untuk TABUNG GUAMAN CIKGU NAZA telah selamat diserahkan kepada Cikgu Naza oleh YB Hassan Karim,  Penaung Jingha13 Johor merangkap peguam bagi pihak Cikgu Naza bertempat di Mahkamah Johor Baharu  

Sejumlah RM 700 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan oleh komrad-komrad Jingga13 .  Semoga sunbangan tersebut meringankan benbanan Cikgu Naza bagi tujuan untuk kos guaman beliau. Terima kasih kepada komrad yang memghulurkan sumbangan,  Semoga Allah membalas jua.  

Kekitaan yang erat tiada yang berat!  

PENDERITAAN PAK CIK MAKAN DAUN KERANA TERKESAN PKP MENDAPAT KEPRIHATINAN YB DS WAN AZIZAH WAN ISMAIL

 Pendedahan yang di buat oleh Jinggawanis Jingga13 Malaysia dalam pemauntauan BENDERA PUTIH menjumpai seorang pakcik yang sudah kehabisan barang makanan dan wang terpaksa makan daun di halaman rumah beliau mendapat perhatian YB DSi Dr Wan Azizah Wan Ismail , MP Pandan. Inilah sikap seorang wakil rakyat yang prihatin dengan permasalahan rakyat. 

Kesan daripada PKP #KerajaaGagal sehingga rakyat terpaksa mengangkat BENDERA PUTIH disebabkan sudah tidak mampu bertahan lagi malah amat menyedihkan bila terpaksa makan daun untuk hidup .

BENDERA PUTIH yang diangkat oleh Pakcik Zaidon 

Tindakan segera dan pantas Pejabat Ahli Parlimen Pandan setelah mendapat maklumat tersebut turun bersama Jinggawanis menziarahi Pakcik Zaidon yang mewakili YB DS Dr Wan Azizah dengan menghulurkan sumbangan dan bantuan bagi meringankan penderitaan yang ditanggung oleh Pakcik Zaidon . 

Tahniah kepada Tim Jinggawanis Jingga13 Malaysia dan terus bergerak membuat pemantaun rakyat yang mengangkat BENDARA PUTIH.  


#prihatin

#jinggawanisjingga13malaysia

#benderapuitih 

Tuesday 6 July 2021

JINGGA13 KEMAMAN BERSAMA GERAK KEMAMAN DALAM "MISI JEJAK BENDERA PUTIH" DI KG GELIGA, KUALA KEMAMAN DAN KG PAYA BERENJUT

Kesekian hari Misi Jejak Bendera Putih koloborasi Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia - GERAK  Kemaman & Jingga13 Kemaman berjaya menjejaki warga yang kesusahan memerlukan bantuan makanan di sekitar Kg Geliga, Kuala Kemaman & Kg Paya Berenjut.


Penerima bantuan terdiri daripada nelayan yg tidak dibenarkan turun kelaut, balu yg baru kematian suami dan hilang punca pendapatan, Ketua keluarga yg hilang pekerjaan dan terpaksa menanggung keluarga yg ramai dan warga yg dalam keadaan biasa bekerja Gaji hari dan hilang mata pencarian kerana SOP Pandemik dan PKP.

Dengan sedikit bantuan dari Gerak dan Jingga13 sekurangnya dapat meringankan sedikit beban harian mereka. Amat dialu alukan kepada sesiapa sahaja yg melihat posting ini utk terus menyumbang kpd mereka2 ini bagi jangkamasa sederhana sehingga keadaan kembali pulih. Insyallah jgn segan2 utk menghubungi kami. Kami amat berbesar hati utk berkongsi maklumat dan membantu. Alhamdulillah.












JINGGA13 KULAI JELAJAH PRIHATIN SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA HILANG PENDAPATAN KERANA PKP

Ribuan terima kasih kepada Komrad2 Jingga13 Kulai atas  kerjasama dalam usaha membantu rakyat khususnya masyarakat Kulai.


Kali ini, jelajah kami adalah di Taman Putri Kulai bagi menyampaikan barangan makanan (food bank/bakul makanan) termasuk sayur, susu bayi dan pampers/lampin pakai buang serta berpeluang menyantuni Ketua keluarga tersebut. Sumbangan dari para dermawan yang hebat. Sekalung penghargaan kepada sahabat saya, Tuan Amim dan Cikgu Opie. 


Kedatangan kami disambut baik dan mesra. Mendengar maklum balas, keluhan dan rintihan mereka yang hilang punca pendapatan bulanan kerana kemelut PKP yang panjang, SOP ketat dan pandemik Covid-19. Ketika ini, dia amat susah kerana ingin membayar komitmen atau tanggungan yang lain. Namun begitu, mereka tetap akur saranan Kerajaan dan patuh pada SOP serta menyahut seruan Kerajaan semasa tempoh PKP ini selain usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19. Terima kasih! 

Jika ada yang ingin membantu keluarga tersebut dari segi barangan keperluan atau peluang pekerjaan, boleh menghubungi Pihak Jingga13 Kulai. 

Sponsorship are most welcome to help people. 

Terima kasih atas sumbangan dan bantuan. Kerjasama berpasukan amat dihargai. Semoga anda semua dimurahkan rezeki, diberkati dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Hanya Allah sahaja yang membalas segala budi, jasa baik dan pengorbanan anda semua. Aamiin Ya Rabbal. ♥️♥️♥️

Rezeki dan kebahagian dikongsi bersama. Semoga pemberian kecil ini bermanfaat, memudahkan urusan mereka, dapat meringankan beban, mampu mengukir senyuman dan memulihkan emosi mereka. InshaAllah... Semoga ada sinar kebahagian kepada para penerima dan keluarga tersebut. Tanpa mengira kaum, bangsa, agama, jantina, etnik, latar belakang, kefahaman mahupun ideologi politik serta status seseorang. Kita bantu sesama manusia dan rakyat Malaysia.

Jingga13 Johor mengucapkan syabas dan tahniah kepada Koordinator nya Sdr Hamim Marjunit, Mohd Syafiq Hatta SU dan Penyelaras Dun Bukit Permai sarta Chegu Opie atas usaha membantu Pihak yang terkesan akibat pendemik.


#Jingga13Kulai

#MuafakatPrihatinBerani

JINGGA13 SABAH KONGSI REZEKI BERSAMA 4 KELUARGA YANG TERKESAN KERANA PKPD DI INANAM

Jingga 13 Sabah diwakili Setiausahanya Komrad Ibrahim Musa, telah memberikan sumbangan kepada 4 buah keluarga yang terkesan dengan PKPD di Taman Puri Warisan , Inanam. 


Beliau yang juga merupkan Koordinator Jingga 13 Parlimen Beaufort memberikan sumbangan ini secara peribadi kepada mereka yang terkesan.

Semoga Allah SWT membalas jua.