Saturday, 19 June 2021

JINGGA13 PASIR GUDANG BERSAMA AMK DAN PIMPINAN KEADILAN CABANG PASIR GUDANG BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP TAKIYUDDIN

19 jun 2021 , Jingga13 Pasir Gudang   bersama rakan-rakan AMK Cabang Pasir Gudang dan Kepimpinan Keadilan Cabang Pasir Gudang membuat satu laporan polis di IPD Seri Alam , Pasir Gudang  berkenaan kenyataan Menteri Undang-Undang YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang didapati ada unsur cubaan menghasut rakyat untuk mengingkari dan menderhakai kepada DYMM YDP Agong dan Raja-Raja Melayu .

Tindakan beliau adalah amat berbahaya dan tidak menghormati DYMM YDP Agong . Sebagai Menteri Undang-Undang kabinet negara ini beliau dengan berani atau dengan berniat jahat menidakkan dan menafikan titah YDP Agong supaya Parlimen bersidang dengan kadar segera dan tidak perlu bertindak biadap dan kurang ajar serta berdolak dalik memutarbelitkan titah DYMM YDP Agong .

Kami berharap agar pihak PDRM mengambil tindakan tanoa memilih bulu , menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. 


Ampun Tuanku

Daulat Tuanku 


#AMKJohor

#amkpasirgudang

#jingga13pg

JINGGA13 KLUANG WAKILI PH KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN KEPADA 40 KELUARGA YANG TERJEJAS PKP

18/6/2021 ,  Jingga 13 Kluang mewakili Pakatan Harapan Kluang menyampaikan sumbangan barangan harian kepada 40 keluarga di sekitar Taman Mengkibol yang terjejas teruk akibat PKP.



Turun membantu Komrad Johan Bin Md.Ariff dan Saudara Zakaria Naib Ketua Cabang Keadilan Cabang Kluang .

Terima kasih kepada Pakatan Harapan Kluang yang memberi kepercayaan  kepada Jingga13 Kluang untuk membantu menyampaikan bantuan barangan makanan harian teraebut .























KHAIR DILANTIK KOORDINATOR BARU JINGGA13 SEKIJAMG MENGANTIKAN SHAFIE YANG BERHIJRAH KE TIRAM

Jingga13 Negeri Johor telah mengumumkan perlantikan sebulat suara Komrad Mohd Khair bin Rabu sebagai Koordinator Jingga13 Sekijang yang baru bagi mengantikan Komrad Shafie yang berhijrah ke Tiram , dimaklumkan in sha Allah beliau akan  menubuhkan Jingga13 Tiram .

Komrad Mohd Khair bin Rabu yang tinggal di Felda Kemelah , Segamat , Johor . Beliau sudah beristeri dan mempungai 3 orang cahaya mata . Bekerja sendiri dan aktif dalam Parti Keadilan Rakyat di Parlimen Sekijang .

Friday, 18 June 2021

JINGGA13 BEAUFORT BARIS ANGGOTA SEKRETARIAT JINGGA13 BEUFORT , GANDINGAN ANAK MUDA DAN BERPENGALAMAN

 Selepas perlantikan Sdr Ibrahim Mushra sebagai Koordinator Jingga13 Beaufort oleh Koordinator Jingga13 Sabah , Sdr Ibrahim terus melangkah ke hadapan dengan membentuk barisan kepimpinan Jingga13 Beufort .

Berikut adalah senarai Anggota Sekretariat Jingga13 13 Beaufort

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Koordinator :  

Ibrahim Musra

Timbalan Koordinator :

Ahmad Thaufik Hj Ungki

Setiausaha :

Nur Nilam Sari Ridwan

Bendahari :

Juliana Cheu

Jinggawan :

Mohd Firdaus Mokhtar

Jinggawanis :

Norsuhana Sukarnan


Ahli,Ahli Jawatankuasa,,,,

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Abdul Malik Abdul Ghani

Ruzitah Tasip

Muhammad Ashraf Salleh

Nur Fadhilah Mustapha

Erna Amira Hairul Nahar

Nurbabilah Mustapha

Mohd Muhaimin Ibrahim

Mohd Akram Afandi Julaihi,,,,


Semoga Jingga13 Beaufort terus bergerak aktif dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti khususnya membantu golongan fakir miskin , OKU , anak yatim , wargaemas , ibu tunggal , ibu tinggal , orang sakit dan mereka dalam kesusahan , mengalami musibah bala bencana dan sebagainya . 


JINGGA13 KUANTAN SAMPAIKAN SUMBANGAN BARANG MAKANAN KEPADA 10 KELUARGA TERPUTUS BEKALAN

 Jingga13 Kuantan telah mengambil tindakan positif dalam membantu mereka yang terputus bekalan makanan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Flat Bukit Setongkol , Kuantan , Pahang .

Komrad Shahril Ahmad , Koordinafor Jingga13 Kuanatan menyatakan , " Selepas mendapat maklumat daripada anggota Jingga13 Kuantan yang tinggal di Flat Bukit Setongkaol , Kuantan bahawa terdapat 10 keluarga menghadapi putus bekalan makanan , kami terus bergerak mendapatkan barang-barang makanan untul disumbangkan kepada mereka ".


Semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan kepada mereka semua dan diharapkan sumbangan yang sedikit itu mampu melega dan meringankan bebanan mereka .











Thursday, 17 June 2021

JINGGA13 SEKIJANG BERSAMA YB NATRAH ISMAIL MP SEKIJANG DAN YB DR SULAUMAN ADUN KEMELAH HULUR BAKUL REZEKI KEPADA 58 KELUARGA DIPERINTAH PKPD

Tanggal 16 Jun 2021 , 10.30 am, Jingga13 Sekijang bersama YB Natrah Ismail Parlimen Sekijang dan YB Dr Sulaiman ADUN Kemelah telah turun ke Kg Logah , Segamat , Johor setelah mendapat informasi terdapat 58 keluarga telah di arah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akibat terdapat warga yang positif Covic-19 . 

Menurut Komrad Mohd Khair Rabu ,  koordinatot Jingga13 Sekijang , " Kami telah nengagihkan 58  bakul rezeki berupa sayur , ikan , telur masin serta sanitizer dan pelitup muka bagi meringankan bebanan mereka " . 


Semoga sumbangan tersebut dapat membantu mereka , ini disebabkan mereka tidak boleh keluar untuk membeli barangan makanan dan keperluan .











*MUAFAKAT *PRIHATIN

*BERANI

#SedekadJingga13:TerusMelangkahKehadapan