Saturday, 8 May 2021

JINGGA13 PERLIS ZIARAH MANGSA RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG BINJAI , DUN MATA AYER

Pada jam 11.00 pagi tadi Koordinator Jingga 13 Perlis saudara Rizal Hassan bersama Koordinator Jingga 13 Kangar saudara Rosmaini dan Setiausaha Jingga 13 Perlis Saudari Tikah sempat menziarahi Puan Puteh binti Abdul Ghani di  Kampung Binjal DUN Mata Ayer   , Padang Besar , Perlis.

Beliau  kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang menimpa pada 5 Mei yang lalu. Untuk makluman beliau tinggal bersama suami  dan menyara 3 org cucu yang dikategorikan sebagai kurang upaya.

Semasa lawatan tersebut Jingga 13 Perlis sempat bertemu ADUN Mata Ayer YB Siti Berenee yang turut menziarahi keluarga tersebut. Beliau memaklumkan keluarga tersebut akan menerima rumah baru yang akan dibina oleh GIATMARA melalui peruntukkan ICU.





JINGGA13 SELANGOR RAYU BANTU BAYAR KOS ELEKTRIK RUMAH ASNAF KASEH IBU RM4,026.30 , BILA-BILA MASA DIPOTONG TNB

 Jingga13 Selangor merayu warga prihatin di seluruh Malaysia agar dapat membantu Rumah Asnaf Kaseh Ibu , Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf beralamat di No. 482 , Jalan 15 S , Lembah Jaya Selatan , 68000 Ampang , Selangor Darul Ehsan



Sewaktu lawatan Koordinator Jingga13 Selangor Sdr Mikheal Iskhandaar dan Sdr Shafiq ke Rumah Asnaf Kaseh Ibu dan berjumpa dengan Pengurus Rumah tersebut bernama Ibu Maryam , telah menunjukkan bil elekteik TNB Rumah Anak Yatim tersebut berjumlah RM4,026.30 . Menurut Ibu Maryam , " Bila-bila masa sahaja TNB boleh memotong bekalan elektrik Rumah Asnaf Kaseh Ibu ini , dan cuba bayangkan bagaimana keadaan anak-anak yatim dan asnaf ini bila ketiadaan elektrik ".

Mereka tidak mampu membayar bayaran eletrik setiap bulan kerana kekurangan dana dan sumbangan menyebabkan ianya tertangguh sehingga jumlah tertunggak RM4,026.30 . Sudah 2 tahun permohonan untuk mendapat sumbangan pusat zakat terpaksa menunggu giliran yang tidak tahu bila akan berjaya . 

Walaupun MAIWP ada memberikan sumbangan tetapi adalah bentuk program atau aktiviti sahaja . Malah sumbangan daripada orang ramai tidak dapat membiayai kos elektrik tersebut kerana mengutamakan keperluan penting anak-anak yatim , malah bila gejala Covic-19 , sumbangan daripada orang ramai sangat berkurang . 





Anak-anak yang tinggal di Rumah Asnaf Kaseh Ibu adalah seramai 60 oraang yang terdiri anak-abak yatim dan di bantu oleh penjaga seramai 10 orang  .

Jingga13 Selangor merayu semua pihak agar menghulurkan sumbangan bagi membayar kos elektrik tersebut. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sdr Mikhael, Koordinator Jingga13 Selangor di talian/whatsup 0129155336 atau Sdr Shafiq 01162381619  atau terus bankin ke akaun:

📌 Pertubuhan kebajikan anak-anak yatim dan asnaf Qaseh ibu.

📌 Maybank 562209652207

📌 Ibu Maryam - 016-672 9401



Menurut Imam Ibnu Qayyim;

*"Bersedekah secara sembunyi itu mampu memadamkan kemurkaan Allah"*

Menurutnya lagi, amalan sedekah dengan niat ikhlas kerana Allah akan menjadi penyebab hadirnya perlindungan Allah daripada bala bencana.

Beliau selanjutnya menjelaskan: “Sesungguhnya Allah akan melindungi seseorang daripada musibah dan malapetaka kerana sedekah yang dilakukannya.”

Semoga sumbangan ikhlas dari warga prihatin di bulan yang mulia ini mampu menghadirkan pertolongan dari Allah S.W.T untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 yang membelenggu kita selama ini dan memperoleh Rahmat-NYA agar kita dapat menikmati kehidupan normal yang kita kecapi sebelum datangnya wabak Covid - 19.

JINGGA13 KEMAMAN ZIARAH KASIH KONGSI REZEKI JEJAK ASNAF RAMADHAN DI DUN CUKAI DAN DUN KIJAL

 Jingga13 Kamaman diketuai Koordonatornya komrad Wan Anies bersama komrad Roslan , Amir dan Rizita telah mengadakan ziarah Kasih Kongsi Rezeki Jejak Asnaf Ramadhan di Kg Dusun Nyior, DUN Cukai dan Kg Pengkalan Cicar, DUN Kijal , Parlimen Kemaman .


Semoga sedikit sumbangan barangan dapur tersebut dapat meringankan bebanan mereka . 







JINGGA13 KOTA TINGGI BANTU PKR CABANG TENGGARA DAN YB JIMMY PUAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN PRIHATIN

 Parti keADILan Rakyat Cabang Tenggara bersama YB Jimmy Puah selaku Timb Pengerusi MPN Johor telah menganjurkan program Menyampaikan sumbangan prihatin di Kampong Desa Mahkota Rantau Panjang, Kota Tinggi.


Ketua Cabang Tenggara Sdr Shamsuri Shahadan telah menjemput NGO Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Kota Tinggi untuk menjayakan program tersebut bersama.

Seramai lebih kurang 10 keluarga telah menerima manfaat dalam program tersebut yang rata-ratanya adalah Warga emas miskin dan kurang berkemampuan.

Jingga13 Johor mengucapkan syabas kepada PKR Cabang Tenggara Dan YB Jimmy Puah kerana sudi melibatkan Jingga13 dalam aktiviti bersama. Moga usaha ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.

Kepada penerima sumbangan, mudah2an perkongsian rezki ini dapat mengembirakan kalian menjelang Aidilfitri yang bakal tiba. Juga dapat menampung kos-kos perbelanjaan yang perlu.


#MuafakatPrihatinBerani

EKORAN CAMPURTANGAN DS HAMZAH , JINGGA 13 MALAYSIA HENDAK TANYA , KETUA POLIS NEGARA BARU INI 'BUDAK' HAMZAH KE ?? SEMOGA DIJAUHKAN OLEH ALLAH

Kenyataan Media

Jingga13 Malaysia


8 Mei 2021

EKORAN CAMPUR TANGAN DS HAMZAH DALAM PDRM , JINGGA 13 MALAYSIA HENDAK TANYA , KETUA POLIS NEGARA BARU INI 'BUDAK' HAMZAH KE ?? SEMOGA DIJAUHKAN OLEH ALLAH  

Isu campur tangan DS Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri dalam hal-ehwal Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang hangat diperkatakan oleh rakyat yang turut merasakan kebimbangan dan persoalan sekiranya Ketua Polis Negara (KPN) terbaru ini adakah 'BUDAK' yang akan mengikut telunjuk DS Hamzah Zainudin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti 'seekor lembu yang hidungnya diikat tali' ????? Semoga ianya tidak berlaku sebegitu dan diselamatkan oleh Allah SWT.

Kebimbangan campurtangan DS Hamzah yang dianggap salah oleh Mantan KPN TS Abdul Hamid Bador mempamerkan kerakusan dan kegilaan mabuk kuasa oleh seorang menteri PN untuk mempengaruhi salah satu agensi penguatkuasa yang seharusnya adil dan bebas serta berintegriti yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Malah tidak pernah berlaku sebelum ini perlantikan jawatan No.1 PDRM diragui dan dipertikaikan sejak daripada negara kita merdeka lagi ! 

Semoga KPN baru Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani adalah merupakan seorang yang berprinsip , bermaruah , berintegriti , amanah dan mampu memimpin PDRM dengan hebatnya dan tidak dipengaruhi dan mengikut telunjuk DS Hamzah atau mana-mana orang politik kerajaan PN . 

Perlantikan KPN dan Pegawai-Pegawai Tinggi PDRM kalau sekiranya ditentukan oleh menteri dan bukan berdasarkan kemampuan, kebolehan dan kesesuaian (merit) maka negara ini sudah rosak, institusi kepolisian negara sudah punah dan Jingga13 Malaysia yakin bahawa akan wujudnya amalan Korupsi, Kronisme dan Nepotisme (KKN) dalam PDRM. 

Malah lebih membimbangkan terdapatnya usaha dalam mengatur kedudukan Pengarah Cawangan Khas PDRM  juga dikhuatiri bakal digunakan untuk kepentingan politik DS Hamzah dan orang-orang politik kerajaan PN . 

Segala salahlaku dan jenayah yang dilakukan oleh Menteri dan orang politik Kerajaan PN akan ditutup oleh pihak berkuasa ini kerana intitusi kepolisian negara berada dalam tangan menteri dan orang politik kerajaan PN . 

Sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib mengambil tindakan tegas dan segera terhadap jenayah salahlaku dan salahguna kuasa yang dibuat oleh DS Hamzah, malah beliau sendiri telah mengakui bahawa suara audio yang viral adalah suara beliau yang ternyata mencampuri dalam pentadbiran PDRM dan dipertegaskan lagi dengan pendedahan oleh Mantan KPN. 

Maka adalah amat hairan dan tidak masuk akal bila respon segera DS Azam Baki Pesuruhjaya SPRM yang dilihat bersikap lepas tangan tidak mahu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perkara tersebut benar-benar mengecewakan dan turut menimbulkan kecurigaan adakah SPRM juga turut berlaku campurtangan oleh menteri sepertimana PDRM? 

Rakyat sedang melihat, memerhati dan menunggu tindakan oleh SPRM. Rakyat masih berharap SPRM adalah agensi yang benar-benar berintegriti dan bermaruah serta selamat daripada campurtangan menteri dan orang politik kerajaan PN . Selamatkan negara ini ! 

Mufakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA 

Ketua Koordinator 

Jingga13 Malaysia

Friday, 7 May 2021

JINGGA13 HULU TERENGGANU ZIARAH KASIH JEJAK ASNAF RAMADHAN KEPADA ASNAF DAN IBU TUNGGAL DI KG IMAM LAPAR , KUALA TELEMONG

Hari Jumaat yang mulia ini sempena di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jingga13 Hulu Terengganu telah menjalankan aktiviti , ziarah kasih Jejak Asnaf Ramadhan kepada asnaf dan ibu tunggal bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga . 

Bertempat di Kg Imam Lapar , Kuala Telemong , Hulu Terengganu , Jingga13 Hulu Terengganu santuni 2 keluarga asnaf tersebut dengan menghulurkan sedikit barang makanan dan keperluan dapur . 



Pesan Cip tentang muafakat ... Semua komrad hayatilah......

 Muafakat itu .. Berkat .. Kekitaan yang erat ... Tiada yang berat . Hati kena bersih .. Tak boleh berkarat ...Tiada suuk zhan (buruk sangka) ..  Kena husnul zhan (baik sangka).. Kena membantu ..  Bukan menbatu ... Nak muafakat kena bercakap ... Jangan membisu tidak terungkap... Tiada dengki ... Apa lagi busuk hati ... Jangan fitnah .. Nanti punah ...  Cakap muafakat ..  Tapi tak ikat ... Pasti terungkai ..jadi berkecai ... Berkat muafakat kita jadi kuat ... Bersatu teguh..  Takkan roboh ... Berat sama dipikul ... Yang ringan sama dijinjing.. Hati gajah sama kita lapah ... Hati kuman sama dicecah.... Bulat air kerana pembentung... Bulat jingga13 kerana M.U.A.F.A.K.AT !





Thursday, 6 May 2021

ZIARAH KASIH JEJAK ASNAF RAMADHAN JINGGA13 SIMPANG RENGGAM DITEMANI AJK AMK SIMPANG RENGGAM MENYENTUH HATI NURANI

Ziarah kasih Jejak Asnaf Ramadhan,Di bulan yang penuh dengan kerahmatan ini, jingga13 Simpang Renggam meringankan tangan menghulurkan sumbangan kepada saudara kami Ahmad Basir bin Abdul Rahman .



Beliau adalah menjaga dan membersihkan tandas awam , di Simpang Renggam . Beliau telah melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik sekali . Sdr Basir pemuda yang berasal Dari Layang-Layang ini pernah ditugaskan untuk menjaga atas awam di Pekan Renggam . Beliau meneruskan kelangsungan hidup berseorangan kerana kedua ibubapa beliau telah meninggal dunia .



Komrad Sukri Zakaria Koordinator Jingga13 Simpang Renggam berkata , " Kami juga berkesempatan melawat saudara kedua kami iaitu Sdr Mohd Yahya Bin Mohd Jemain yang tinggal di Kg Kuari Paya Mas Block 2 ".

Beliau juga sempat berbual dengan bonda Sdr Yahya , Puan Mahyah Binti Yonos yang agak peramah . Walaupun rumah tidak begitu besar dan sedikit usang kami lihat beliau gembira tinggal bersama ibu Dan adik - adiknya . Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit beban kedua-dua keluarga ini. 

Sumbangan disampaikan oleh Koordinator Jingga13 Simpang Renggam Sdr Sukri Zakaria dan di temani oleh AJK AMK keadilan Simpang Renggam Sdr Vijendran Dan sdr Chong Wee Cheng, keharmonian berbilang bangsa menyentuh hati , kelihatan kemesraan seperti satu keluarga yang berlainan bangsa.


#kamuadalahkami

#jingga13simpangrenggam

#jingga13malaysia

#salamramadhan

#salamsyawal

#muafakatperihatinberani

#malaysiaharmoni

JEJAK ASNAF RAMADHAN JINGGA13 HULU TERENGGANI SANTUNI ASNAF DI KG TOK LAWIT , TELEMONG , HULU TERENGGANU

 Jingga 13 Hulu Terengganu terus bergerak aktif dengan menanjurkan  Jejak Assnaf Ramadhan 2021 bertempat  di Kampung Tok Lawit , dalam kawasan Dun Telemong. Hulu Terengganu 

Menurut Sjn Mejar (B) Abdul Majid , Setiausaha Jingga13 Hulu Terengganu , " kami sampaikn sedikit bantuan keperluan dapur untuk membantu meringankan beban isi rumah mereka khususnya di bulan Ramadhan yang mulia ini " . 



JINGGA13 PENGERANG SERAH SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DI 3 SEKOLAH AGAMA DI GUGUSAN FELDA ADELA

5 Mei 2021 , Selesai sudah Majlis Penyerahan Sumbangan Duit Raya Kepada Anak-Anak Yatim Gugusan FELDA Adela oleh Jingga 13 Pengerang  diwakili oleh saudara  Zaid Ahmad selaku  Koordinator Jingga 13 Pengerang dan dibantu oleh komrad-komrad Jingga13 Pengerang iaitu saudara Azlan Attan , Ustaz Nizam Zakaria dan Puan Liza 




Penyerahkan sumbangan duit Raya kepada pelajar-pelajar anak yatim Gugusan FELDA Adela diadakan di 3 buah sekolah dalam Gugusan FELDA Adela iaitu di Sekolah Agama Kledang , Sekolah Agama Tunggal dan Sekolah Agama Adela .

Sdr Zaid Ahmad , Koordinator Jingga13 Pengerang mengungkapkan  , " Jazakumullah semua penyumbang yang sudi memberikan sumbangan dan sentiasa prihatin dan tidak putus dalam membantu. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha kecil ini dapat menggembirakan anak-anak yatim ini menjelang kedatangan Shawal tidak lama lagi . Terima kasih atas sumbangan anda. Semoga Allah mengurniakan balasan syurga Dan diberikakn keluasan rezeki..dipermudahkan setiap urusan kita semua " . Amin .