Saturday 9 January 2021

Mikheal Iskandaar dan Asraf wakilil Jingga13 ke Mesyuarat Gabungan NGO bantu geladangan

Tanggal 8 Jnauari 2021 , bertempat di Pusat Bantuan Sentul , Kuala Lumpyr. Jingga13 Malaysia diwakili Komrad Mikheal Iskandaar Abdullah , Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia dab Komrad Asraf Abdullah dari Jingga13 Kuala Lumpur ke mesyuarat bersama beberapa gabungan NGO membantu menyelesaikan masalah gelandangan dan homeless  di Kuala Lumpur. 

Menurut Komrad Mikheal , " Perbincangan adalah bertujuan untuk membuat blueprint street friends (Gelendangan) dan homeless ". 





JINGGA13 PAHANG BERSAMA NGO KUANTAN PRIHATIN GOTONG-ROYONG BERSIH RUMAH WARGA EMAS MANGSA BANJIR

Setiap kali berlaku banjir , yang paling menyedihkan dan melelahkan ialah untuk membersih dan memperkemaskan semula rumah yang dicemari oleh lumpur , sampah sarap dan kekotoran yang di bawa oleh air banjir. 

Di atas keprihatunan tersebut Jingga13 Pahang bersama NGO Kuantan Prihatin telah turun ke rumah warga emas iaitu Haji Murad yang merupakan bekas  Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan isteri beliau juga merupakan bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Isap , Kuantan , Pahang bagi bergotong -royong membersihkan rumah mereka berdua yang tiada mempunyai anak  .
















Friday 8 January 2021

YB HAJJAH NATRAH ISMAIL DILANTIK PENASIHAT JINGGA13 NEGERI JOHOR

Ahli Parlimen Sekijang YB Hajjah Natrah Ismail telah dilantik oleh jingga13 Negeri Johor Darul Takzim sebagai Penasihat Jingga13 Negeri Johor secara rasmi . 

Menurut Sdr Jaafar Matek , Setiausaha Jingga13 Negeri Johor, " Surat perlantikan telah dihantar kepada YB Hajjah Natrah Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Natrah sebagai Penasihat Jingga13 Negeri Johor . Malah perlantikan beliau turut dipersetujui oleh Sdr Fariz Musa , Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia .  

Perlantikan beliau ialah kerana komitmen dan keikhlasan beliau khususnya dalam membantu pergerakan Jingga13 khusunya di Sekijang dan Jingga13 Negeri Johor . Malah beliau turut menghulurkan dana bagi membantu Jingga13 menjalankan aktiviti . 

Semoga perlantikan beliau akan memberikan impak yang terbaik kepada Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Negeri Johor . Jingga13 mengalu-alukan mana-mana individu yang ingin bersama membantu Jingga13 .

Thursday 7 January 2021

PENYAMPAIAN ZAKAT YAB DATO SERI AMIRUDDIN SHARI, MENTERI BESAR SELANGOR KEPADA PUAN ZAINON BINTI YAACOB.

Khamis, 7 Jan 2021.  Hujan lebat yang berterusan di Felda Bukit Besar, Kulai beberapa hari yang lalu telah mengakibatkan rumah  Pn Zainon mengalami tanah runtuh di hadapan rumahnya.

Atas sikap prihatin, Jingga 13 Johor telah melancarkan Tabung Sumbangan bagi meringankan beban Pn Zainon, yang juga merupakan bonda kepada Sdr Zabidie Abas , Koordinator Jingga13 Johor .



Musibah yang dialami Pn Zainon mendapat perhatian seorang ' sahabat lama ' iaitu YAB Dato Seri Amiruddin Shari , Dato Menteri Besar Negeri Selangor dan juga merupakan Mantan Naib Ketua AMK Malaysia , kerana Sdr Zabidie juga merupakan Mantan Ketua AMK Negei Johor yang pernah berjuang bersama2 beliau . 





YAB Datuk Seri Amiruddin Shari telah menghulurkan sumbangan zakat bagi meringankan bebanan yang ditanggung bonda Sdr Zabidie . 

Hari ini, dalam keadaan hujan renyai2, Jingga 13 Johor bersama Pertubuhan Generasi Keadilan Johor dan turut dihadiri YB Hajjah Natrah yang merupakan Penasihat Jingga13 Johor serta  anggota Keadilan dari Cabang2 di Johor berkunjung ke rumah Pn Zainon.





Sumbangan zakat tersebut telah disampaikan oleh YB Hajjah Natrah , Penasihat Jingga13 Johor merangkap Ahli Parlimen Sekijang dan En Nazri Ismail mewakili Pertubuhan Generasi Keadilan Johor yang mewakili YAB Dato MB Selangor serta disaksikan bersama2 Komrad Jingga 13 Johor dan Anggota Keadilan dari Cabang2 seluruh Johor . Replika Cek tersebut disampaikan kepada anak Pn Zainon, Sdr Zabidie Abas, memandangkan Pn Zainon sedang berada di hospital kerana terjatuh di rumah beliau tempohari .

YB Hajjah Natrah juga berbesar hati memberi sumbangan barangan makanan kepada keluarga tersebut.

Jingga13 Malaysia dan Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato MB Selangor atas sumbangan dan juga rakan2 yang dapat meluangkan masa untuk hadir bersama2


















#MuafakatPrihatinBerani


laporan  oleh : 

Jaafar bin Matek

Penyelaras Prograam 

Setiaausaha 

jingga13 Negeri Johor