Sunday 26 December 2021

Jingga13 Malaysia melancarkan Tabung Prihatin Mangsa Banjir 2021

Melihat kepada bencana banjir yang melanda negara akibat dari ribut monsun Timur Laut, Jingga13 Malaysia kini melancarkan Derma Kilat Mangsa Banjir 2021. Antara yang terkesan dari bencana ini adalah dari negeri Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. 

 



Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam No.Akaun: 1404 1010 093 156 atas nama Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia. Setiap sumbangan hendaklah disertakan dengan bukti slip kemasukan dan di hantar ke nombor whatsapp Bendahari Agong Jingga13 Malaysia iaitu +6019-9833885

Kami di Jingga13 Malaysia amat berterima kasih dan menghargai setiap sumbangan Rakyat Malaysia dan akan berusaha menyalurkan bantuan tersebut secepat yang mungkin bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir!

Semoga dengan sedikit usaha kami dan rakyat Malaysia yang menderma ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka. 

Diharapkan pengorbanan rakyat Malaysia yang menderma untuk bencana ini akan dibalas oleh Allah SWT di dunia ataupun di akhirat kelak.. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin..