Friday 8 October 2021

YB ADUN TIRAM BERSAMA JINGGA13 JOHOR WAKILI DS WAN AZIZAH SAMPAIKAN CEK SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM PIATU , IBU BAPA MENINGGAL KERANA COVID 19

Yayasan Aman  dengan kerjasama Jingga13 Tebrau dan Jingga13 Johor serta Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram telah menjejaki waris keluarga kedua ibu bapa yang meninggal akibat Covid-19 dan masih mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah(masih belajar).

YB Gopalakrishnan ADUN Tiram bersama Saudara Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Johor telah mewakili dan menyampaikan amanah daripada DS Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi Yayasan Aman untuk keluarga waris tersebut telah diterima oleh anak kepada arwah di Ulu Tiram , Johor Darul Takzim .

Kedua-dua ibu bapa mereka telah pergi buat selama-lamanya kerana Covid 19 . Sungguh menyayat hati dan perasaan kita semua . Secara tiba-tiba mereka pergi me inggal anak-abak yg masih bersekolah dan ada yg masih lagi kecil . Semoga mereka kuat dan tabah menghadapi ujian Allah ini .


Turut hadir bersama adalah Setiausaha Jingga13 Johor Sdr Mohd Affendi Abas, Sdr. Shafie Mohd Shah Koordinator Jingga13 Tebrau, Shaddiq Zabidie & Sdr Azizan Mat Noh dari Pejabat DUN Tiram.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Dk Vicky dari Yayasan Aman yang juga Timbalan Koordinator Jingga13 Malaysia kerana memudahkan urusan keluarga ini.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban keluarga arwah.

https://www.facebook.com/100721128084476/posts/419185359571383/