Tuesday 5 October 2021

Jingga 13 Padang Besar sampaikan 20 kampit beras sumbangan Satu Creative kepada pengurusan Masjid As Sobirin , Gial

 Pada hari Ahad yang lepas Koordinator Jingga 13 Parlimen Padang Besar saudara Azzin Izzad  telah menyampaikan 20 kampit beras sumbangan Satu Creative kepada wakil AJK pengurusan  Masjid As Sobirin untuk diedarkan kepada asnaf yang terkesan akibat Covid 19.

Terima kasih diucapkan kepada Satu Creative yang sentiasa menyokong aktiviti Jingga 13 Perlis . Dan tidak dilupa juga  kepada pengurusan Masjid As Sobirin atas kesudian menerima sumbangan tersebut .