Sunday 12 September 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM HULUR SUMBANGAN KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS DAN ASNAF YANG DIKUANRANTIN KERANA COVID19

Serahan sumbangan bakul makanan yang disumbangkan daripada YB TUAN HASSAN ABD KARIM Ahli Parlimen Pasir Gudang telah diterima melalui Sdr Zabidie Abas Koordinator jingga13 Johor kepada Jibgga13 Simpang Renggam .

Barangan makanan tersebut telah di hantar oleh Sdr Sukri Bin Zakaria koordinator Jingga13 Simpang Renggam ke Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah yang sedang dalam proses kuarantin akibat kontak rapat Covid19 yang melibatkan seramai 8 penguni fan 4 pembantu,bagi langkah SOP barangan hanya diletakkan diluar pagar dan menghubungi En Saipul Anuar iaitu Pengerusi Pusat Jagaan itu.

Untuk pengetahuan Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah ini terletak di Kampung Chokro , Simpang Renggam . Para penghuni yang ditempatkan di sini terdiri daripada warga emas, asnaf tidak berwaris (sebatang Kara) yang tanpa penjagaan daripada mana-mana pihak 

Malah ada juga waris mahu ibubapa mereka mendapat penjagaan lebih baik di pusat ini berbanding tinggal seorang diri di rumah tetapi waris perlu membuat bayaran bulanan bagi tanggungan makanan harian dan lain-lain, 

Jika ada individu , NGO atau sesiapa yang hendak memberi sumbangan boleh terus menghubungi En Saipul Anuar , Pengerusi Pusat Jagaan Insan Emas ditalian 014 3077296.

En Saipul Anuar merakamkan  berterima kasih atas sumbangan dan berkirim salam kepada YB TUAN HASSAN KARIM Dan team jingga13 keseluruhannya.


*MUAFAKAT•PERIHATIN•BERANI*

#ybhassankarim

#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia