Wednesday 29 September 2021

JINGGA13 PAHANG SAMPAIKAN KATIL , TILAM DAN PAMPERS PADA MAK TEH DI KG JAYA GADING , PARLIMEN PEKAN

Jingga13 Pahang yang dipimpin Koordinatornya Komrad Shahril Ahmad dan Tim Jingga13 Pahang telah ke Kg Jaya Gading dalam Parlimen Pekan untuk menyampaikan sumbangan berupa katil , tilam dan pampers kepada sepasang suami isteri warga emas iaitu Pak Teh dan Mak Teh yang uzur .

Sebum ini mereka suami isteri tidur di atas tilam usang di lantai sahaja . Apa lagi kondisi Mak Teh yang sangat keuzuran tidak mampu berjalan lagi hanya baring di tilam usang tersebut . 


Dalam kesempatan tersebut Tim Jingga13 Pahang turut sampaikan salam dari cheif Fariz Musa ( Beliau pernah bertanding di Parlimen Pekan sewaktu PRU 13 ) dan Penaung Jjngga13 Malaysia YB Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Semoga sumbangan tersebut dapat memberikan keselesaan dan me gembirakan Pak Teh dan Mak Teh sekeluarga .