Tuesday 14 September 2021

JINGGA13 KLUANG BANTU KELUARGA YANG KUARANTIN KERANA COVID-19 DI SRI LALANG , KLUANG

Tanggal 13/9/2021 ,  Jingga 13 Kluang  telah menyampaikan sumbangan kepada satu keluarga di Sri Lalang yang dikenakan kuarantin .

Sumbangan diserahkan kepada jiran  mangsa yang telah menghubungi Jingga 13 Kluang yang memaklumkan pekara tersebut . Jiran yang prihatin dan wajar dipuji . 

Jingga13 Kluang merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Hassan Karim ( MP P.GUDANG) serta rakan-rakan yang sudi menyumbang untuk meringankan beban penerima.

Turut membantu Komrad Rosli , koordinator Jingga13 Kluang ialah komrad Johan Ariff .

"MUAFAKAT PERIHATIN BERANI"