Sunday 12 September 2021

AL FATIHAH


Allaahummaghfir lahu Ashraf warham hu wa’aafi hu wa’fu anhu

Hari ini Jingga13 Malaysia dikejutkan dengan berita pulangnya lerahmatullah Allahyarham Komrad Ashraf , Setiausaha Jingga13 Selangor yang meninggal dunia kerana serangan jantung sewaktu memandu kerata sekitar Klang . 

Almarhum telah dibawa ke Hospital Tungku Rahimah Klang namun tidak dapat diselamatkan .Komrad Ashraf pergi buat selama-lamanya . beliau yang juga Editor Kenyataan Media Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia merupakan seorang komited kepada perjuangan Jingga13 . 

Semoga Almarhum Komrad Ashraf diampunkan segala dosa dan roh beliau ditempatkan bersama-sama kekasih Allah serta dipermudahkan segala urusan pengebumian almarhum yang dijangka diuruskan esok di Mont Kiara .