Wednesday 1 September 2021

𝗬𝗕 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗝𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔13 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥

Hari ini ( 1 September 2021) pihak Jingga13 Negeri Johor telah menerima sumbangan 50 set Bakul Makanan daripada Yb Tuan Hassan Abd Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang.merangkap Penasihat Jiingga13 Johor . Sumbangan tersebut berupa barang makanan dapur dan kuih serta makanan ringan.

Wakil Rasmi YB iaitu Sdr Murad Jailani beserta rombongannya telah datang menyerahkan terus melalui Sdr Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Johor untuk diagihkan kepada keluarga mangsa-mangsa yang positif Covid19.









Turut hadir sama menyaksikan penyerahan tersebut adalah Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Kota Tinggi, Sdr Rosman Tahir Koordinator Pontian dan Sdr Shafie Koodinator Tiram. Juga turut dihadiri oleh Sdr Halil Jinggawan Johor, Cik Nor Nazurah, Jinggawanis Johor dan Mak Intan serta Mat Jaafat sekretariat Jingga13 Johor.


Jingga13 Negeri Johor ingin merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terimakasih kepada YB Hassan Abd Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang di atas sumbangan dan keprihatinan beliau membantu Jingga13. Walaupun telah banyak sumbangan yang beliau telah hulurkan sebelum ini, namun beliau masih lagi sudi membantu Jingga13 Johor. Terima kasih YB 💖

Sumbangan tersebut akan diagihkan kepada keluarga yang positif covid dan juga yang di kuarintin. Sumbangan ini, akan kami manfaatkan kepada golongan sasar sebaik mungkin. Insyaallah..

#MuafakatPrihatinBerani

#Jingga13Johor

#Jingga13Malaysia