Saturday 7 August 2021

SUDAHLAH ABAH! ANDA SUDAH HILANG MAJORITI !

Kenyataan Media 

JINGGA13 MALAYSIA 


7 Ogos 2021 


SUDAHLAH ABAH!  ANDA SUDAH HILANG MAJORITI !

Jingga13 Malaysia meminta TS Mahiaddin bin Md. Yasin , Perdana Menteri agar menghentikan konflik dan polemik yang sedang berlaku sekarang dengan bersikap jujur kepada KDYMM Yang DiPertuan Agong dan terutamanaya rakyat Malaysia bahawa anda sudah hilang majoriti.  

Kedudkan terkini menunjukan sokongan anda dan kerajaan anda hanya di angka 102 manakala yang tidak menyokong anda dan kerajaan anda ialah 118 orang Ahli Parlimen. . 

Sudahlah Abah , usah menegakkan benang yang basah lagi dengan terus menyatakan bahawa anda mempunyai majoriti. Berpijaklah di bumi yang nyata. Rakyat sudah muak dengan permainan politik sebegini, apa lagi dalam suasana sekarang yang bertambah kelam. 

Apa pun kiraannya,  walaupun DS Ismail Sabri Yaacob ,  Timbalan Perdana Menteri menyatakan sokongan 31 orang Ahli-Ahli Parlimen BN kepada anda dan Kerajaan PN,  akhirnya pendedahan Ahli Parlimrn Bera itu secara langsung mengesahkan bahawa anda sudah hilang sokongan majoriti.

Malah dari senarai yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri itu pun dinafi dan disanggah oleh beberapa Ahli Parlimen bahawa mereka tidak lagi menyokong kerajaan PN dan anda sebagai Perdana Menteri. Majoriti "celah" mana yang anda pertahankan? Anak sekolah rendah pun boleh mengira dengan mudah bahawa anda sudah hilang majoriti. 

Untuk apa lagi anda hendak dipertahankan, adakah anda langsung tidak mempunyai rasa malu dan harga diri ? Seperti sudah seseorang yang telah hilang akal,  mabuk kuasa sehinggakan tidak mampu bertindak rasional dan benar.  Bermimpi di siang hari dengan lamunan bahawa anda mempunyai sokongan yang majoriti.  Sedarlah wahai TS Mahiaddin bin Md. Yasin

Kalau anda tidak percaya bahawa anda sufah hilang majoriti, buatlah Sidang Parlimen Khas dengan satu agenda sahaja iaitu Undi Percaya kepada PM dan Kerajaan PN secepat mungkin dan tidak perlu tunggu sehingga September untuk membuktikan keabsahan. 

Kalau abah anak jantan,  sila lakukan!  


Muafakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA 

Ketua Koordinator

Jingga13 Malaysia