Saturday 28 August 2021

KABINET ISMAIL , PENERUS LEGASI MAHAIDDIN DALAM MENAWARKAN RASUAH JAWWTAN UNTUK TERUS KEKAL BERKUASA

Kenyataan Media

Jingga13 Malaysia 


28 Ogos 2021 

KABINET ISMAIL , PENERUS LEGASI MAHAIDDIN DALAM MENAWARKAN RASUAH JAWWTAN UNTUK TERUS KEKAL BERKUASA

Jingga13 Malaysia kecewa dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri melantik 69 orang Ahli Parlimen sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Tiada beza jumlahnya dengan kabinet sewaktu mantan Perdana Menteri TS Mahaiddin Md Yassin berkuasa , malah dianggap sebagai kabinet 'KITAR SEMULA'. Jumlah 114 dengan majoriti tipis sudah pasti akan membentuk sebuah kerajaan yang tidak stabil, memungkinkan DS Ismail Sabri menggunakan acuan yang sama daripada TS Mahaiddin Md Yassin. 

Rakyat teruja untuk melihat perubahan yang dilakukan oleh DS Ismail Sabri Yaacob, jumlah kabinet yang dikecilkan dan barisan kabinet yang berwibawa bagi mentadbir-urus negara dan menjimatkan wang rakyat, malangnya ianya meleset kerana tiada beza dengan barisan kabinet kerajaan Gagal 1.0. Rakyat kecewa kerana mereka sedang bergelut kelaparan dan tiada pekerjaan disebabkan PKP akibat pendamik Covid-19 manakala pemimpin sedang bergelut dengan pembahagian jawatan, kuasa dan kedudukan. 

Sudah pasti jumlah Kabinet Kerajaan Gagal 1.0 Perikatan Nasional yang lalu dilihat sebagai kabinet yang membazir wang rakyat untuk membiayai gaji dan elaun Menteri dan Timbalan Menteri yang jumlahnya cukup ramai tetapi langsung tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan. Satu pembaziran wang rakyat yang nyata. Ada Menteri dan Timbalan Menteri atau yang bertaraf Menteri hanya makan 'gaji buta' tanpa membuat apa-apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Sudah pasti barisan kabinet ini tidak akan memberikan keyakinan kepada para pelabur untuk melabur di dalam negara. Barisan kabinet 'kitar semula' yang tidak kompeten dan tidak menyakinkan. Mampukah dalam masa 100 hari ekonomi negara akan kembali pulih dan barisan kabinet yang mampu berpotensi dalam meningkatkan ekonomi rakyat dan negara serta melawan Covid-19 ? 

Justeru, kabinet tersebut hanyalah dilihat sebagai penerus legasi TS Mahaiddin Md Yassin yang mempergunakan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri termasuk Pengerusi GLC untuk terus kekal berkuasa dan mendapat sokongan sebagai Perdana Menteri bukan kerana kepentingan rakyat dan negara. 


Muafakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator 

Jingga13 Malaysia