Friday 6 August 2021

JINGGA13 PAHANG AGIH BARANGAN MAKANAN KEPADA 10 KELUARGA DI BUKIT SEKILAU, KUANTAN

Jingga 13 Pahang telah mengedarkan 10 pek makanan untuk 10 keluarga yang memerlukan di Bukit Sekilau , Kuantan.  


Salah sorang penerima adalah adik Azizan yang berusia 10 tahun terpakda bekerja menjual pisang goreng untuk membantu keluarganya yang susah. ayahnya hanya seorang buruh kontrak yang sudah kehilangan pekerjaan kerana PKP dan ibunya terpaksa membuat kuih bagi menampung perbelanjaan keluarga selain Adik Azizan yang turut bekerja.   

Selain Adik Azizan ada seorang warga emas yang juga menjaga anak OKU,  benar-benar tertekan kerana PKP ini. Semoga sumbangan barangan makanan tersebut dapat meringankan bebanan yang mereka tanggung.