Friday 20 August 2021

JINGGA13 HADIR KEPENYERAHAN MEMORANDUM GBMRM KEPADA KDYMM YDP AGONG AGAR MELANTIK DS ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM9

Haru ini , Jumaat, 20 Ogos 2021 , 11.30 pagi.   bertempat di Istana Negara , Jingga13 Malaysia yang diwakiki Komrad Afzainjzam Abdul Rahman , Setiausaha Agung Jingga13 Malaysia turut hadir dalam majlis prnyerahan memorandum rakyat oleh Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia bagi mewakiki 99 NGO yang bergabung menyampaikan rayuan kepada KDYMM Yang DiPertuan Agong  agar dilantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 9 .

Berikut adalah mrmorandum tersebut :

GABUNGAN BERTINDAK MEMORANDUM RAKYAT MALAYSIA 

Rujukan: Memo

Tarikh : 20 Ogos 2021

Merafak sembah penyerahan Memorandum Rakyat kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, 

Ampun Tuanku beribu ampun,

Patik sekalian dengan rendah hati merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ke Bawah Duli Tuanku atas perkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perĺetakan jawatan Tan Sri Mahaidin Yassin sebagai Perdana Menteri. 

Kami mewakili rakyat Malaysia berdoa agar Kebawah Duli Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan dan dilindungi Allah s.w.t .

Dirgahayu Tuanku.

Daulat Tuanku.

Ampun Tuanku,

Politik tanah air terus menjadi polemik perbincangan dan perdebatan hangat menjelang perlantikan Perdana Menteri yang baru. Apa yang menjadi kegusaran rakyat adalah soal siapakah Perdana Menteri yang bakal dilantik dalam masa terdekat yang bakal mencorakkan masa depan rakyat dan negara.

Malaysia yang dahulunya terkenal dan dihormati dunia sebagai sebuah negara yang maju dan berjaya dalam ekonomi, politik dan sosial masyarakat berbilang kaum yang harmoni, pada hari ini terus dilanda pelbagai krisis kepimpinan akibat pencabulan sistem Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Dan krisis ini hampir memusnahkan impian dan aspirasi rakyat untuk hidup bernegara yang dipimpin oleh sistem tadbirurus yang cekap dan bertanggungjawab berdasarkan rukun negara.

Kami yang mewakili rakyat Malaysia sentiasa meletakkan Institusi Raja sebaga entiti pentadbiran negara yang mulia dan berperanan penting dalam mempastikan pentadbiran negara sentiasa tidak tersasar dari landasan rukun negara.

Ampun Tuanku,

Kegagalan barisan kerajaan PN telah meninggalkan pelbagai titik hitam dalam sejarah dan tradisi demokrasi di negara ini. Terkini, sokongan seramai 114 orang yang dibawa oleh Tan Sri Mahaidin Yassin dengan beberapa syarat sudah pasti mengundang pelbagai kontroversi dan ketidakyakinan rakyat terhadap kemampuannya menstabilkan politik negara, seterusnya tidak mampu menyelesaikan masalah pendemik dan ekonomi yang semakin meruncing. Dan satu tindakan penjajaran baru dalam pentadbiran negara perlu dipertimbangkan dengan hikmah agar kegagalan tidak berulang.

Ampun Tuanku,

Negara amat memerlukan pemimpin yang berketrampilan serba serbi, berwibawa, karismatik, berfikiran strategik, istiqomah dan berjiwa negarawan yang sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.

Bagi tujuan ini, sosok yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah insan ibarat sebutir mutiara berharga, mampu berada dimana- mana keadaan untuk memberi cahaya kemakmuran rakyat dan negara. Nilai -nilai seorang negarawan yang dimiliki beliau telah terbukti dalam pelbagai fasa kepimpinannya bermula sebagai seorang pemimpin pelajar, pengasas persatuan gerakan kemanusiaan, seterusnya seorang menteri dan timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah membawa Malaysia memperolehi gelaran " Harimau Asia" ketika beliau menjadi menteri kewangan.

Kegigihan dan kecekalan Datuk Seri Anwar dalam memperjuangkan keadilan sehingga sanggup dihukum penjara adalah satu pengorbanan mulia yang tiada tolok bandingnya di negara ini. Maka kami merasakan bahawa keperibadian dan kebolehan beliau telah cukup melayakkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia kali ini. 

Kami percaya bahawa ketika ini, rakyat jelata diluar sana sudah menunggu sekian lama dengan penuh keyakinan dan kesabaran untuk melihat seorang tokoh negarawan bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin dan membawa negara ini keluar dari kemelut politik, ekonomi, sosial dan kesihatan dengan jayanya. Dunia telah meyakini sumbangan dan potensi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam peranan mengolah pembaharuan geo-politik Nusantara dan dunia.

Patek sekalian berkeyakinan penuh bahawa hanya Ke Bawah Duli Tuanku dapat memahami dan mempertimbang bagi memperkenan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9. Patek sekalian yakin bahawa ke bawah Duli Tuanku akan merasakan pilihan kali ini tidak akan mengecewakan Ke Bawah Duli Tuanku untuk mempastikan Malaysia kembali mendapat pengikhtirafan murni dalam dan luar negara.

Ampun Tuanku,

Moga Allah s.w.t menganugerahi rahmat kepada Ke Bawah Duli Tuanku dan seluruh keluarga . .

Ampun Tuanku .

Senarai nama NGO bersama:

Gabungan 

Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM)


xxxxxxxxxxxxx


1. Masssa

( Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia).

2. MEMO (Majlis Gabungan Media Digital Malaysia).

3. Otai Reformis 1998.

4. GMPN (Veteran Tentera).

5. .Jingga13 Malaysia

6. Suara Prihatin Rakyat Malaysia.

7. Pertubuhan Pelancongan Muslim Perak.

8.Jaringan Maufakat Ngos Islam Perak.

9. Pertubuhan Jalinan Amal Rakyat Taiping.      

 10. Pertubuhan Komuniti Sejahtera Aman Perak. 

 11.Persatuan Integrasi Kebajikan Kinta Perak.

12. Pertubuhan Harapan  Sejahtera Larut Matang Dan Selama Perak. 

13.Pertubuhan Jalinan Mesra Rakyat Larut.

14. Persatuan RAPAT Rakyat.

 15 .PERTUBUHAN SUARA RAKYAT SIPITANG.

16. Sekretariat Muafakat.

17. Persatuan Menyumpit Murut Dayak Sabah.

18. PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH. 

19. Persatuan Penduduk Kampung Buang Sayang. 

20. Pertubuhan Peneraju dan Pemerkasaan Wanita Sabah. 

21. Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS). 

22. Pertubuhan Sinar Qaseh Labuan.

23. Persatuan Anak Sabah di Perantauan.

24. Persatuan Penduduk Asli Sabah (PEPAS).

25.PERSATUAN KEBAJIKAN & KEBUDAYAAN MURUT MALAYSIA .

26.Persatuan Insan Prihatin Sabah.

28. Persatuan Prihatin Kuala Lumpur.

28. MJMM.

29. GRVATM. 

30.Pertubuhan Sukarelawan Komuniti Harapan Malaysia (Harap Malaysia).

31. Persatuan kebajikan Orang Orang Miskin SeMalaysia.

32.Pertubuhan Gerak Aktif Sosioekonomi & Amal Kebajikan (GASAK)

33. Persatuan Kebajikan Komuniti Murni Ipoh Perak.

34. Gerakan Martabat Pejuang Negara.

35.PERSATUAN AMAL KASIH SAYANG KOMUNITI MANJUNG PERAK.

 36.IMAN (Interactive Muslimah Association). 

37. Wanita Sepakat NGO.

38. Pertubuhan Kebajikan Skuad Peduli Batu Pahat.

39.  Pertubuhan Pembangunan Dan Kebajikan Rakyat Negeri Johor.

40.  Pertubuhan Kebajikan Dan Pembangunan Ekonomi Anak Rengit.

41.  Persatuan Solidariti Ekonomi Malaysia (PSE).

42.  PEDULI MALAYSIA

(Pertubuhan kepedulian dan keperhatinan Rakyat Malaysia).

43. PERSATUAN PEMERKASAAN KITAR SEMULA MALAYSIA.

44. Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

45.PERSATUAN KEBAJIKAN KOMUNiTI SEPADU KEMAMAN TERENGGANU. 

46.PERSATUAN WANITA MURUN BELAGA SARAWAK. 

47.Pertubuhan Kebajikan Cahaya Kasih PPM-022-13-13012020 Miri, Sarawak. 

48.Persatuan Kebajikan Wanita Hulu Terengganu (PKWHT). 

49.Sahabat Perihatin Malaysia. 

50.Persatuan Bekas Penduduk Ladang Bidor Tahan, Bidor, Perak. 

51.Persatuan Sukarelawan Medsos Malaysia. 

52.Persatuan Kesejahteraan dan Masyarakat Segambut Kuala Lumpur (PKKSKL).

53.Pertubuhan Kebajikan Penggerak Amanah Simpang Renggam.

54.Persatuan Penduduk Puncak Borneo. 

55.Gerak Merah Selempang Merah. 

56.Persatuan Penduduk Taman Kluang Barat. 

57.Persatuan Jawa       Ponorogo Johor. 

58.Persatuan Muafakat  Dun Mahkota. 

59.Kelab #Team Johor .

60.Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM).

61.Pertubuhan Komuniti Harapan Orang Ulu (PKHOUK).

62.Merbok Bangkit. 

63.Forum Sungai Sejahtera. 

64.Gerakan Gagasan  Darul Aman. 

65.Ikatan Remaja Murni. 

66.Rise Of Sarawakian (ROS).

67.Teguh Prihatin Pulau Pinang. 

68.Pertubuhan Pemerkasaan Wanita dan Keluarga Petra Jaya. 

69.Muslim Saujana Damansara. 

70.Pertubuhan Amanah Prihatin Tangga Batu Melaka

71.Pertubuhan Jiwa Baru Melaka.

72. Warisan Perpaduan Serkam (Melaka)

73. Kelab Komuniti Bemban (Melaka)

74.Persatuan Nilai Murni Melaka.

75. Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor (DPIM Selangor)

76. Persatuan Kontraktor Pembersihan & Senggaraan Selangor (KiPS).

77. Pertubuhan Ikatan Jawa Selangor (iJawa)

78. Persatuan Usahawan Mikro Sepang (MIKROS).

79.Persatuan Pengusaha Kebun Laman Sepang (LAMANS).

80.Pertubuhan Jaringan Pendukung Reformasi Negeri Selangor (JPRNS).

81.Pertubuhan Anak Muda Inspirasi Rakyat (AMIR).

82.Pertubuhan Selangkah Yang Cemerlang Malaysia (SAYANG).

83.Pertubuhan Sekretariat Amal & Latih Masyarakat Selangor (SALAM).

84.Pertubuhan Akademi Usahawan Binaan Malaysia (PEMBINA).

85.Pertubuhan Khidmat Islah Malaysia (ISLAH MALAYSIA).

86.Pertubuhan Ekonomi Digital Malaysia (DIGITAL MALAYSIA).

87. Pertubuhan Pusat Khidmat Kerohanian (KEROHANIAN).

88.Persatuan Pusat Khidmat Islah (ISLAH).

89.Persatuan Pengguna Murni Selangor (PENGGUNA MURNI).

90.Pertubuhan Ekonomi Halal Malaysia (HALAL MALAYSIA).

91. Pertubuhan Giat Seni Warisan Budaya Malaysia (GIATSENI).

92. Pertubuhan Pemberdayaan Wanita Tanjong Karang (BERDAYA WANITA).

93. Persatuan Anak Bendang Tanjong Karang (ANAK BENDANG).

94. Wadah

95.Pro Reformis 98

96.Bakun Hidro Belaga Asap Murum.

97.Wanita murum Belaga.

98. Persatuan Ibu Tunggal Murum /Belaga.

99.Pertubuhan Gagasan Keadilan Melaka