Saturday 31 July 2021

KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL PENIPU DAN SANGGUP MENGELIRUKAN PARLIMEN DAN RAKYAT SERTA MENDERHAKA KEPADA KDYMM YANG DIPERRTUAN AGONG

 KENYATAAN MEDIA

 JINGGA 13 SABAH


31 Julai 2021


KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL PENIPU DAN SANGGUP MENGELIRUKAN PARLIMEN DAN RAKYAT SERTA MENDERHAKA KEPADA KDYMM YANG DIPERRTUAN AGONG 


Kami merujuk kepada perkembangan yg berlaku di Sidang khas Parlimen 26 julai 2021 , di mana negara telah digemparkan dengan pengumuman YB Menteri Undang Undang berhubung kait dengan Ordinan Darurat yang dikatakan telah terbatal pada 21 Julai 2021.

Istana Negara pada 29 Julai 2021 menzahirkan rasa dukacita lantaran pengumuman YB Menteri Undang Undang itu dibuat tanpa perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong,

Kenyataan balas dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) terhadap titah diraja selepas itu pula dilihat amat tidak wajar,biadab dan bersifat penderhakaan 

Jibgga 13 Sabah berpandangan bahawa Kerajaan PN telah cuba menipu dan mengelirukan parlimen dan rakyat serta MENDERHAKA kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong berkenaan isu Ordinan Darurat tersebu .

Jingga 13 Sabah juga memandang serius akan peningkatan kes kes jangkitan Covid 19 yang agak tinggi dan ini secara langsung mencerminkan kegagalan Kerajaan PN dalam menguruskan isu kronik ini . 

Jestru , dengan kegagalan dan penderhakaan yang jelas ini Kami turut sekata dengan pendirian barisan pembangkang , Parti-Parti politik,  NGO dan pelbagai pihak dalam menuntut agar Perdana Menteri TS Mahiadin Yassin dan seluruh kabinetnya MELETAKKAN JAWATAN dengan kadar SEGERA sebagai pertanggungjawaban secara kolektif,

Sebuah Kerajaan baharu mestilah dibentuk dengan memilih Perdana Menteri baharu yang lebih dinamik,progresif dan lebih berwibawa serta mampu membawa Malaysia keluar dari kemelut politik,ekonomi ,sosial dan Kesihatan dalam masa singkat,

Pisang Sabah Pisang Melaka

Manis rasanya buah Rambutan

Kerajaan gagal,kerajaan derhaka

Mohon segera letak jawatan !


MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI* 


IBRAHIM MUSA

Setiausaha 

Jingga13 Negeri Sabah