Tuesday 20 July 2021

JINGGA13 PARIT SULONG MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA 5 KELUARGA YANG TERKESAN AKIBAT PKP.

Jingga13 Parlimen Parit Sulong bersama  PKR ranting Pt.Tegak Laman,Sri Medan, Batu Pahat,  pada 19hb Jul 2021 telah menyantuni 5 keluarga yang terkesan ekonominya disebabkan wabak covid19 dengan menghulurkan sedikit barangan dapur kering dan basah serta beras sekadarnya..


Diharap kerjasama Ketua ranting PKR Pt.Tegak Laman sdr. Majid Yahya ,dan Koordanitor Jingga13 Pt Sulong sdr.Fadzil Musri ini dapat sedikit sebanyak membantu dan menceriakan mereka menyambut Aidil Adha tahun ini.

Ringkasan penerima adalah seperti berikut:

Keluarga1

Suami & isteri peniaga gerai sarapan pagi. 

Ahli keluarga serumah 7orang.


Keluarga2

Suami isteri peniaga pasar malam yg tidak boleh berniaga kerana PKP ,putus pendapatan ,menjaga ibu warga emas. 

Ahli keluarga serumah 6 orang.


Keluarga3

Ibu tunggal warga emas tinggal bersama anak yg berniaga kedai makan dan terputus mata pencarian disamping menjaga anak oku mental.

Ahli keluarga serumah 4 orang.


Keluarga4

Ibu tunggal warga emas,tinggal bersama anak & menantu yg bekerja kilang dan dipotong gajinya kerana kilang terhad beroperasi.

Ahli keluarga serumah 6orang.


Keluarga5

Pasangan oku mental ringan yg bekerja kampung.

Ahli keluarga serumah 7orang.(4 bersekolah





Semoga sumbangan ini dapat meringankan perberlanjaan keluarga dalam menyambut Aidil Adha. Dan diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha


#MuafakatPrihatinBerani