Tuesday 6 July 2021

JINGGA13 KEMAMAN BERSAMA GERAK KEMAMAN DALAM "MISI JEJAK BENDERA PUTIH" DI KG GELIGA, KUALA KEMAMAN DAN KG PAYA BERENJUT

Kesekian hari Misi Jejak Bendera Putih koloborasi Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia - GERAK  Kemaman & Jingga13 Kemaman berjaya menjejaki warga yang kesusahan memerlukan bantuan makanan di sekitar Kg Geliga, Kuala Kemaman & Kg Paya Berenjut.


Penerima bantuan terdiri daripada nelayan yg tidak dibenarkan turun kelaut, balu yg baru kematian suami dan hilang punca pendapatan, Ketua keluarga yg hilang pekerjaan dan terpaksa menanggung keluarga yg ramai dan warga yg dalam keadaan biasa bekerja Gaji hari dan hilang mata pencarian kerana SOP Pandemik dan PKP.

Dengan sedikit bantuan dari Gerak dan Jingga13 sekurangnya dapat meringankan sedikit beban harian mereka. Amat dialu alukan kepada sesiapa sahaja yg melihat posting ini utk terus menyumbang kpd mereka2 ini bagi jangkamasa sederhana sehingga keadaan kembali pulih. Insyallah jgn segan2 utk menghubungi kami. Kami amat berbesar hati utk berkongsi maklumat dan membantu. Alhamdulillah.