Monday 3 May 2021

JiNGGA13 MALAYSIA DAN SELANGOR BUAT LAPORAN SPRM TERHADAP SALAHGUNA KUASA HAMZAH DAN PENDEDAHAN YANG DIBUAT KETUA POLIS NEGARA

Bertempat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM ) Cawangan Selangor di Shah Alam ( kerana tidak boleh merentas negeri untuk buat di SPRM Putrajaya )  , Jingga13 Malaysia bersama Jingga13 Selangor telah membuat satu laporan SPRM terhadap pendedahan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara . 

Hadir ke SPRM Cawangan Selangor ialah Sdr Mikheal Iskandaar Abdullah , Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia merangkap Koordinator Negeri Selangor , Sdr Afzainizam Abd Rahman , Setiausaha Agung Jingga13 Malaysia dan turut hadir Kapten (B) Zulkifly Othman , Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM) . 


Menurut Sdr Mikheal Islandaar ,: Sewaktu membuat laporan , kami tegas mendesak agar SPRM memgambil tindakan sehingga SPRM bersetuju membuka kertas siasatan ".

Berikut adalah kenyataan media yang telah disampaikan oleh Sdr Afzainizam Abd Rahman , Setiausaha Agung Jingga13 Malaysia .

Kenyataan Media 

Jingga13 Malaysia


3 Mei 2021 

LAPORAN SPRM OLEH JINGGA13 MALAYSIA TERHADAP PENDEDAHAN YANG DIBUAT OLEH KETUA POLIS NEGARA 

Berikutan pendedahan dalam sidang media Ketua Polis Negara pada 30 April 2021. Jingga 13 Malaysia tampil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Negeri-Negeri seluruh Malaysia bagi membuat laporan agar siasatan dijalankan terhadap dakwaan yang dinyatakan oleh Tan Sri Hamid Bador dalam ucapan beliau. Antaranya ialah budaya rasuah berlelusa dan campurtangan melampau Dato’ Seri Hamzah Zainuddin kedalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Maka tujuan laporan ini dibuat adalah mahu menggesa siasatan terperinci mengikut bidangkuasa SPRM terhadap apa yang didakwa oleh Tan Sri Hamid Bador berkaitan rasuah dan salahguna kuasa memperalat agensi penguatkuasaan Negara bagi kepentingan diri dan politik. Ini boleh diteliti daripada laporan-laporan media sebelum ini seperti dilampirkan. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap salahlaku rasuah yang berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan ahli-ahli politik yang berkuasa serta terhadap "katak-katak yang melompat sani sini"

Jingga 13 juga turut mendesak agar SPRM menyiasat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang dilihat mencampuri pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kepentingan diri dan politik yang tidak sepatutnya harus berlaku. Malah disebut oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa sejak awal dilantik sebagai menteri, Dato Seri Hamzah Zainudin sudah masuk campur tangan dalam pengurusan dalaman PDRM. Perkara ini mengancam doktrin pengasingan kuasa dan semak imbang yang diamalkan oleh Negara kita. 

Kesalahan Salah Guna Kuasa (Seksyen 23 Akta SPRM 2009) dimana menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan. 

Sebagai sebuah badan utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang, PDRM seharusnya bersifat bebas daripada campur tangan politik dalam kawal selia pengurusan dalaman. Sikap gila kuasa telah merobek institusi PDRM bahkan mengundang keresahan rakyat. 

Tindakan sebegini boleh mengundang berlakunya amalan rasuah dan salahguna kuasa malah adalah lebih parah apabila aduan di buat kepada YAB Perdana Menteri dan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pun tidak hiraukan. 

Justeru itu, Jingga 13 mendesak agar SPRM sebagai badan yang bebas, telus dan profesional tidak tunduk kepada mana-mana pihak. Perlu berani menyiasat dakwaan ini. Jangan takut dalam menjalankan amanah yang diberikan. Pulihkan martabat agensi penguatkuasaan Negara.

Jingga 13 serta rakyat Malaysia tiada keraguan dan menanti maklumbalas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam bin Baki menjelaskan serta membuat tindakan betul tanpa gentar. Tindakan tegas kepada tali barut jika terbukti bersalah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia entiti berkecuali tidak dibelenggu rakus politik. SPRM BEBAS, TELUS, PROFESIONAL.

Muafakat*Prihatin*Berani


AFZAINIZAM ABDUL RAHMAN 

Setiausaha Agung

jingga13 Malaysia