Monday 3 May 2021

JINGGA13 SEKIJANG AGIH BUBUR LAMBUK 'GEARBOX SPECIAL' DAN ZIARAH KASIH MANTAN KETUA KAMPUNG DERITA STROK

Pada 2 Mei 2021 (Ahad) Alhamdulillah Jingga13 Sekijang dapat menjayakan aktiviti pengagihan bubur lambuk 'gearbox special' sempenan Jejk Asnaf Ramadhan .  Sebanyak 172 bungkus telah berjaya diagihkan sebagai memperingati ikhwan muhibbah umat Islam sempena Ramadhan Al-Mubarak di dalam kawasan parlimen Sekijang.


Terima kasih  kepada komrad Jingga13 Sekijang yang turut sama membantu mengagihkan di kawasan masing masing.

Terima kasih juga kepada Ketua AMK Cabang Sekijang, Sdr Phang dan Timbalan Jingga13 Sekijang En Mahmood yang turut menyumbang untuk program ini.

Sempat juga kami menziarahi mantan ketua kampong yg uzur akibat terkena serangan strok pada Disember tahun lepas.   

Menurut Sdr Shafiei , Koordinator Jingga13 Sekijang , " Selain bertanya khabar kami akan berusaha untuk membantu beliau menjalani rawatan perubatan dalam masa yang terdekat. Doakan semuga beliau segera pulih seperti sediakala, amin ".