Wednesday 5 May 2021

JINGGA13 SAMPAIKAN RM2000 SUMBANGAN DARIPADA KOMRAD JINGGA13 SELURUH MALAYSIA BANTU KOORDINATOR PONTIAN UNTUK PEMBEDAHAN MATA

Di atas prinsip muafakat dan keperihatinan , satu TABUNG BANTUAN UNTUK ROSMAN telah diwujudkan oleh Jingga13 Negeri Johor bagi membantu kos perubatan pembedahan mata Komrad Rosman Tahir , Koordinator Jingga13 Pontian telah diadakan bagi meringakan bebanan beliau yang terpaksa menangguhkan pembedahan kerana faktor kewangan . 

Alhamdulillah , sejumlah RM2000 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan komrad-komrad Jingga13 di seluruh Malaysia . Sumbangan tersebut telah disampaikan Komrad Zabidie Abas , Koordinator Jingga13 Negeri Johor kepada Komrad Rosman di rumah beliau di Pontian yg turut disaksikan isteri beliau Komrad Mak Intan serta Komrad Shaddiq , Sdr Faizul Abd Ghani wakil PKR Cabang Simpang Renggam dan Komrad Syafie Koordinator Jingga13 Sekijang .

Komrad Zabidie Abas bagi pihak Jingga13 Negeri Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang prihatin bagi membantu Komrad Rosman Tahir , hanya Allah sahaja Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya ".

Dalam kesempatan ini Komrad Rosman Tahir turut merakamkan  , " Assalamualaikum kepada  rakan² komrat jingga13 Dengan rendah hati saya panjatkan syukur kepada ALLAH SWT yang tak terhingga kepada rakan-rakan jingga13 seluruh Malaysia atas kesudian kalian semua membantu saya meringankan mengumpul dana untuk menampung kos pembadahan mata kiri saya. Di mana saya sudah tidak dapat melakukan kerja hakiki saya kerana penglihatan saya terganggu dek kerana masalah kanta mata sy tidak berada dikedudukan asal... Dengan ini sekali lagi sy ucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang telah kalian berikan... Saya mendoakan agar kita semua dipermudahkan segala urusan...