Sunday 9 May 2021

JINGGA13 PONTIAN BERSAMA KEADILAN CABANG PONTIAN DAN PENYELARAS DUN BENUT MENGHULURKAN SUMBANGAN ASNAF

 Jingga13 Pontian yang diwakili oleh Ambok Ahmad Jufri bin Yusupah selaku Koordinator Jinggawan Pontian telah turun ke padang menyampaikan sumbangan ASNAF kepada 5 keluarga yang amat memerlukan.

Ketua Cabang keADILan Pontian Sdr Hanif Osman dan Penyelaras Dun BENUT Sdr Nazri bin Ismail, tampil bersama-sama Jingga13 Pontian menyampaikan sumbangan ASNAF sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Menurut Sdr Rosman Tahir Koordinator Jingga13 Pontian, sumbangan berbentuk beras dan berangan keperluan raya ini dihulurkan khas untuk ASNAF dan golongan yang memerlukan. 


Semua penerima sumbangan melahirkan rasa kesyukuran Dan berterima kasih atas keprihatinan yang telah dihulurkan. Semoga sumbangan ini, dapatlah meringankan perbelanjaan menjelang Raya Aidilfitri ini.

Jingga13 Pontian juga turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin terutama kepada semua penduduk di daerah Pontian.


Jingga13 Johor mengucapkan syabas dan tahniah atas keprihatinan dan keikhsan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan Itu. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan dimasa-masa yang akan datang.


#MuafakatPrihatinBerani