Monday 8 March 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM BERJAYA DITUBUHKAN

 Setelah beberapa siri perbincangan antara Sdr Jaafar Matek SU Jingga13 JOHOR dengan Sdr Syukri Zakaria diadakan, akhirnya berhasil untuk menubuhkan JINGGA13 SIMPANG RENGGAM.


Simpang Renggam yang sebelum ini terkenal sebagai salah satu CABANG PENGKHIANAT angkara ramai anggotanya berpaling tadah, telah berjaya dipulihkan. Kewujudan Jingga13 Simpang Renggam bukti bahawa masyarakat tetap mahukan pembelaan yang lebih adil. Sambutan terhadap Jingga13 Simpang Renggam sangat memberangsangkan.


Pihak PKR Cabang juga sangat mengalu2kan penubuhannya. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran Jawatankuasa dalam majlis tersebut. Antaranya, Mr Wong KC, Sdr Faizul And Ghani SU, Hamdan Basiran Ketua Penerangan, Yusof Rahmat Pengarah JPRC, Ketua Wanita, Ketua AMK dan ramai lagi.. Tahniah!!!

Ketua Cabang Mr Wong mengharapkan agar kerjasama antara Jingga13 dengan Cabang akan dipereratkan lagi dan sentiasa berganding bahu bersama demi kebaikkan rakyat khusus dikawasan Simpang Renggam.



Sdr Faizul And Ghani pula menyatakan, penubuhan Jingga13 ini akan memudahkan segala gerakkan dan aktiviti yang akan dijalankan. Beliau akan sentiasa berikan sokongan dan kerjasama serta bersedia bergerak bersama dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Jingga13 Simpang Renggam:


Koordinator : Sukri bin Zakaria

Timb : Nordin bin Abdullah

Setiausaha : Nor Amanina bte Atan

Bendahari : Norlinlydia Erina bte Sulaiman

Jinggawan : Mohd Faiz him Abu

Jinggawanis : Meenachi a/p Munisamy


Ahli Jawatankuasa

Sailejah a/p Serkaran

Munisamy a/l Batumalai

Md Hairon bin Md Taib

Nursuhaiza bte Mohd Nin

Khairul bin Samat

Vijendran a/l Gunasekaran

Chong Wee Cheng

Jingga13 Negeri Johor mengucapkan syabas dan tahniah atas penubuhan Jingga13 Simpang Renggam  dan Sdr Zabidie bin Abas selaku Koordinator Jingga13 Negeri Johor telah menyempurnakan Majlis Tersebut.


Muafakat ~ Prihatin ~ Berani