Thursday 7 January 2021

PENYAMPAIAN ZAKAT YAB DATO SERI AMIRUDDIN SHARI, MENTERI BESAR SELANGOR KEPADA PUAN ZAINON BINTI YAACOB.

Khamis, 7 Jan 2021.  Hujan lebat yang berterusan di Felda Bukit Besar, Kulai beberapa hari yang lalu telah mengakibatkan rumah  Pn Zainon mengalami tanah runtuh di hadapan rumahnya.

Atas sikap prihatin, Jingga 13 Johor telah melancarkan Tabung Sumbangan bagi meringankan beban Pn Zainon, yang juga merupakan bonda kepada Sdr Zabidie Abas , Koordinator Jingga13 Johor .



Musibah yang dialami Pn Zainon mendapat perhatian seorang ' sahabat lama ' iaitu YAB Dato Seri Amiruddin Shari , Dato Menteri Besar Negeri Selangor dan juga merupakan Mantan Naib Ketua AMK Malaysia , kerana Sdr Zabidie juga merupakan Mantan Ketua AMK Negei Johor yang pernah berjuang bersama2 beliau . 





YAB Datuk Seri Amiruddin Shari telah menghulurkan sumbangan zakat bagi meringankan bebanan yang ditanggung bonda Sdr Zabidie . 

Hari ini, dalam keadaan hujan renyai2, Jingga 13 Johor bersama Pertubuhan Generasi Keadilan Johor dan turut dihadiri YB Hajjah Natrah yang merupakan Penasihat Jingga13 Johor serta  anggota Keadilan dari Cabang2 di Johor berkunjung ke rumah Pn Zainon.





Sumbangan zakat tersebut telah disampaikan oleh YB Hajjah Natrah , Penasihat Jingga13 Johor merangkap Ahli Parlimen Sekijang dan En Nazri Ismail mewakili Pertubuhan Generasi Keadilan Johor yang mewakili YAB Dato MB Selangor serta disaksikan bersama2 Komrad Jingga 13 Johor dan Anggota Keadilan dari Cabang2 seluruh Johor . Replika Cek tersebut disampaikan kepada anak Pn Zainon, Sdr Zabidie Abas, memandangkan Pn Zainon sedang berada di hospital kerana terjatuh di rumah beliau tempohari .

YB Hajjah Natrah juga berbesar hati memberi sumbangan barangan makanan kepada keluarga tersebut.

Jingga13 Malaysia dan Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato MB Selangor atas sumbangan dan juga rakan2 yang dapat meluangkan masa untuk hadir bersama2


















#MuafakatPrihatinBerani


laporan  oleh : 

Jaafar bin Matek

Penyelaras Prograam 

Setiaausaha 

jingga13 Negeri Johor