Saturday 2 January 2021

JINGGA13 PERLIS LAKSANA JELAJAH KEBAJIKAN SANTUNI ASNAF , IBU TUNGGAL DAN ORANG SAKIT. DI PADANG BESAR , PERLIS

Tanggal 2 Januari 2021 ( Sabtu ) - Jingga 13 Malaysia Negeri Perlis, menyantuni beberapa keluarga di kalangan asnaf, ibu tunggal dan pesakit terlantar yang memerlukan di Kawasan *PADANG BESAR, PERLIS.*

 JELAJAH KEBAJIKAN ini ada bertujuan untuk membantu dan menyampai sumbangan daripada penyumbang untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan, dan mereka ini juga adalah sebahagian daripada yang terkesan dengan masalah akibat pendemik covid 19 yang berlarutan sehingga kini. Setinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada penyumbang yang menyalurkan bantuan melalui J13 Perlis.


Koordinator J13 PERLIS, Sdra.H.Rizal dengan kesepakatan Seketeriat J13 Perlis, telah berbincang dan dipersetujui sebulat suara, untuk melaksanakan satu program jelajah Kebajikan secara berterusan setiap bulan secara jelajah bersiri kekawasan terpencil sepertimana dilksanakn pada harini..




Seramai 8 Seketeriat berserta Komrad yang turun pada siri 1 Hari ini.. *koordinator J13 Perlis H Rizal, Timb. Koordinator J13 Perlis Sdra.Nashriq , (P.) S/usaha J13 Perlis sdra. Rosmaini , Bendahari J13 Perlis Pn. Liyana, Seketeriat J13 Perlis Sdra Azzin  koordinator J13 Padang Besar Sdra. Rahman, serta Komrad J13 Perlis Sdri Atikah dan Pn.Shiha.*



Program jelajah Kebajikan J13 akan bersambung dari masa ke semasa mengikut siri di keseluruhan Kawasan Kangar, Arau dan Padang Besar,dalam usaha membantu dan berbakti serta meringankan beban mereka yang memerlukan.