Friday 27 November 2020

TAHNIAH ! JINGGA13 KLUANG TERIMA SURAT PENGHARGAAN DARIPADA HOSPITAL BESAR HAJJAH KHALSOM , KLUANG

virus Covid-19 yang melanda Negara telah mengakibatkan Kerajaan melaksanakan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) pada awal bulan Mac 2020.

Pihak BARISAN HADAPAN bertungkus lumus bagi merawat dan mengawal Covid-19, ada yang terpaksa meninggalkan keluarga bagi bertugas sebagai BARISAN HADAPAN.

Jingga 13 Kluang, dengan slogan MUAFAKAT, PRIHATIN, BERANI turut sama membantu apa yang terdaya, selain menghulurkan sumbangan makanan kepada masyarakat yang terkesan, pihak BARISAN HADAPAN juga tidak dilupakan, seperi KAKITANGAN HOSPITAL, PDRM, ATM, BOMBA dan lain2.

Jingga 13 Kluang trlah mendapat surat penghargaan dari Pihak Hospital Besar Hajjah Khalsom , Kluang atas sikap prihatin dengan menghulurkan sumbangan barangan keperluan seperti, Tilam, Dettol Hand Sanitiser, Air Mineral dan lain2.


Sdr Jaafar Matek , Koordinator Jingga13 Kluang turut merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua komrad Jingga 13 Kluang yang bersama2 membantu dan juga para dermawan yang budiman.

Thursday 26 November 2020

PROGRAM JEJAK ASNAF JINGGA13 KOTA TINGGI BERSAMA AMK CABANG KOTA TINGGI

Ketua AMK merangkap Ketua Jinggawan Kota Tinggi Sdr Mohd Fakharuddin telah meneruskan keperhatinan  menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada 10 keluarga ASNAF disekitar Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi.



Kali ini, Beliau telah berjaya menjejaki sekurang2nya 10 keluarga miskin dan amat memerlukan bantuan. Kesempitan hidup yang berpunca dari pendemik covid-19 masih berterusan. 

Keperitan hidup yang dialami oleh Ibu2 tunggal dan warga emas yang tiada punca pendapatan tetap dan ada yang kehilangan pekerjaan malah ada yang ditimpa kemalangan sehingga menjadi cacat.




Jingga13 Kota Tinggi dengan kerjasama AMK Cabang Kota Tinggi telah tampil menghulurkan sumbangan berupa barang dapur dan makanan mentah kepada mereka yang terbabit.

Sdr Mohd Fakharuddin sendiri telah turun menghulurkan sumbangan dan melahirkan rasa simpati terhadap mereka. Beliau mengharapkan agar sumbangan tersebut dapatlah meringankan perbelanjaan keluarga mereka.



Sementara Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Jingga13 Kota Tinggi turut  bertungkus lumus menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Terima kasih kepada penyumbang...

Terima Kasih kepada AMK Cabang Kota Tinggi..

Terima kasih kepada Komrad2 Jingga13 Kota Tinggi..


#MuafakatPrihatinBerani

Wednesday 25 November 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI PRIHATIN TERHADAP KEMISKINAN MASYARAKAT SEDELI

 Program Jejak ASNAF Jingga13 Kota Tinggi telah tiba menyanyuni masyarakat miskin di Sedeli, Kota Tinggi.

Dalam suasana PKPB ini, telah mengakibatkan begitu ramai orang² yang tiba-tiba menjadi susah. Jingga13 Kota Tinggi terpanggil untuk membantu mereka seberapa yang termampu. 



Kutipan sumbangan dari Komrad² Jingga13 dan rakan² yang ikhlas membantu, telah kami manfaatkan kepada keluarga miskin disekitar Sedeli. Keseluruhan sumbangan yang kami terima telah kami salurkan kepada mereka² yang berkenaan.




Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban perbelanjaan harian keluarga. Dan kami juga berjaya mendaftarkan mereka sebagai penerima bantuan Baitulmal.. 

Terima kasih kepada penyumbang...

Terima kasih kepada Jingga13 Kota Tinggi dan

Terima kasih kepada Amil Baitulmal Ulu Sungai Johor Sdr Azahari bin Adam


#MuaakatPrihatinBerani

Tuesday 24 November 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI MENYANTUNI DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN ASNAF.

Bersama AJK dan Komrad2 Jingga13 Kota Tinggi, kami telah menziarahi 4 orang ASNAF  dan menyampaikan sumbangan berupa barang dapur dan keperluan mengikut penyakit masing2.


Lawatan 1

Menziarahi Sdr Shahrum bin Abdullah. Beliau bekerja dengan Jabatan Hutan sebagai kontrak. Ketika ini, hutan dalam proses pemilihan dan beliau sudah tidak bekerja selama 3 bulan. Beliau tidak pernah mendapat sebarang bantuan sebelum ini. Jingga13 Kota Tinggi telah menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur dan Juga sumbangan tunai bagi membantu keluarga beliau.


Lawatan 2

Menziarahi Puan Roziah Binti Muhamad. Beliau adalah seorang Ibutunggal dan terlantar akibat penyakit lumpuh. Tinggal bersama seorang anak Hanif Rosnizam 20 tahun yang bekerja sambilan dibidang pendawaian elektrik. Keluarga ini hanya mendapat sumber kewangan dari pendapatan Hanif yang tidak seberapanya ini. Sepenuh masa Hanif, hanya dimanfaatkan untuk menjaga ibunya. Jingga13 Kota Tinggi menghulurkan sumbangan barang dapur dan makanan, Pampers dan sumbangan tunai. Semoga dapat meringankan kos perbelanjaan keluarga.


Lawatan 3

Menziarahi Fauzidatulakmar bin Safiee, berumur 36 tahun dan tidak bekerja. Beliau menghadapi penyakit............. yang menyebabkan beliau tidak mampu bekerja. Beliau dijaga oleh ibu beliau Puan Hamilah Binti Shafie yang Juga tidak bekerja.

Jingga13 Kota Tinggi telah mendaftarkan beliau sebagai penerima bantuan Baitulmal dan telah menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur dan sumbangan tunai..






Semoga bantuan ini dapat mengembirakan dan meringankan beban perbelanjaan buat mereka semua..


#MuafakatPrihatinBerani

Sunday 22 November 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI BERSAMA AMIL BAITULMAL LAKSANA PROGRAM PENDAFTARAN ASNAF.

Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Koordinator nya Kamaluddin Md Simpol bersama AJK dan komrad2 telah berjaya mengadakan Program PENDAFTARAN ASNAF.

Seramai 10 orang miskin telah berjaya didaftarkan sebagai ASNAF yang diketuai oleh AMIL BAITULMAL Sdr Azahari bin Adam. Pelbagai masalah dah kategori PENDAFTARAN telah didaftarkan. Ibu tunggal, pesakit terlantar, kecacatan seumur hidup, hilang punca pendapatan dan ada juga yang menjadi miskin akibat PKP.


Jingga13 Kota Tinggi mengucapkan terima kasih kepada seluruh Komrad yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Sdr Azahari Adam selaku Amil Baitulmal Ulu Sungai Johor kerana sudi turut serta menjayakannya.



PKR Kluang Bersama Jingga 13 Kluang Kunjungan Kasih Keluarga En Mohd Hafiz Di Taman Orkid, Kluang.

 Ahad, 22 Nov 2020 , Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang bersama-sama Jingga 13 Kluang membuat kunjungan kasih kepada keluarga En Mohd Hafiz di Taman Orkid, Kluang.


Anak perempuan En Mohd Hafiz, adik Nazatul Sofea 17 tahun mengalami kemalangan jalanraya baru2 ini, mengalami kecederan yang teruk pada bahagian kepalanya. Alhamdulilah, berkat kesabaran dan usahanya, keadaanya bertambah baik.


Hadir dalam kunjungan tersebut, Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang, Sdr Jaafar, Jingga 13 Kluang, Sdri Teh Ben Siang dan Sdr Johan.

Sedikit sumbangan barangan makanan dan keperluan dihulurkan dalam kunjungan tersebut.




Terima kasih diucapkan kepada semua yang prihatin dengan memberi sumbangan tersebut, dari segi kewangan mahupon barangan