Tuesday 10 November 2020

JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN PRIHATIN KEPADA SDR ROSLI DAN ISTERI YANG DERITA SAKIT STROKE

Pada hari Ahad, 8 Nov 2020 , lebih kurang pukul 6.00 petang, Jingga 13 Kluang meluangkan masa melawat Sdr Rosli dirumahnya di Rumah Murah Kg Gajah, Kluang.

Sdr Rosli terlantar dirumahnya akibat penyakit stroke yang dialami kira2 3 minggu lepas, lebih memilukan selang beberapa hari sahaja, isterinya pula mengalami nasib yang sama (stroke)

Beliau yang sebelum ini berniaga kedai makanan telah hilang mata pencarian, hanya mengharapkan anaknya bagi menguruskan segalanya.


Sedikit sumbangan barangan makanan dihulurkan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

#Jingga13Kluang

#MuafakatPrihatinBerani

Monday 9 November 2020

JINGGA13 SEKIJANG BANTU YB HAJAH NATRAH SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT INDIA MISKIN SEMPENA DEEPAVALI DI PARLIMEN SEKIJANG


Tanggal 7 & 8/11/2020 Jingga13 Sekijang telah membantu Pusat Khidmat Rakyat Sekijang dan Ahli Parlimen Sekijang YB Hjh Natrah Ismail dalam program memberi sumbangan barangan keperluan harian dan wang kepada masyarakat India yang kurang berkemampuan sempena persiapan menyambut  perayaan depavalli. 

Semuga ianya dapat membantu menceriakan serta meringankan beban mereka.

Selamat menyambut perayaan Depavalli bg masyarakat India di kawasan Parlimen Sekijang

#muafakatperihatinberani. 













Sunday 8 November 2020

JINGGA13 KLUANG DAN PKR KLUANG RAIKAN15 KELUARGA MENERIMA SUMBANGAN SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI

 Ahad, 8 Nov 2020 , Jingga 13 Kluang bersama2 Keadilan Cabang Kluang terus diberi kepercayaan bagi menyampaikan sumbangan sempena Perayaan Deepavali.

Hari ini, bertempat di Pasaraya Songmart Sdn Bhd, Tmn Saujana telah menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada 15 keluarga yang akan menyambut Deepavali.

Program yang bermula seawal jam 2 petang turut dihadiri Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang dan Kakitangan Pasaraya Songmart.



Jingga 13 Kluang mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada pihak Pasaraya Songmart yg sudi menaja barangan sumbangan tersebut.





#SelamatMenyambutDeepavali

#MuafakatPrihatinBerani

#KeadilanUntukSemua