Friday, 27 March 2020

JINGGA13 BENTONG RAYU SUMBANGAN BAGI MEMBANTU ASNAF YANG TERKESAN COVID-19

Assalammualaikum dan salam sejahtera .

Saya Isa Ahmad Koordinator Jingga13 Bentong,memohon dan merayu sumbangan dari sahabat yang ptuhatin semua untuk membantu masyarakat khususnya golongan asnaf di parliman Bentong yang terkesan daripada Covid -19 kini hampir terputus bekalan makanan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank Pertubuhan Kebajikan  Jingga13 Malaysia di Bank Islam bernombor  14041010093156 atau menghubungi/whasap slip bank kepada saya ISA BIN AHMAD , HP 014-6481769.

Segala sumbamgan / sedekah sahabat-sahabat sangat-sangat diharapkan dan pihak kami dahului dengan ucapan terima kasih, semoga Allah membalas jua

*#stayathome*#

Thursday, 26 March 2020

SELAMAT HARI POLIS KE-213 DARI JINGGA13 JOHOR


Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Johor mengucapkan SELAMAT HARI POLIS KE-213 kepada semua anggota POLIS yang merupakan salah satu barisan hadapan dengan mempertaruhkan nyawa dalam menggalas tanggungjawap demi memerangi penularan wabak COVID-19.


Segala pengorbanan mereka amat dihargai dalam memerangi penularan wabak COVID-19.

Oleh itu, Pertubuhan Jingga 13 Johor menyeru semua rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada anggota POLIS dengan mematuhi arahan (DUDUK DI RUMAH) dalam menghadapi penularan wabak COVID-19 ini.

“ Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada “

#Muafakat - Prihatin - Berani
Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 

Wednesday, 25 March 2020

JINGGA13 PONTIAN SUMBANG TOPENG HIDUNG DAN MULUT KEPADA KLINIK KESIHATAN PENEROK. PONTIAN

Sdr Rosman Tahir , Koordinator Jingga13 Pontian dan Mak Intan, Ketua Jinggawanis Jingga13 Pontian mewakili Jingga 13 Pontian menghulurkan sumbangan topeng hidung dan mulut beserta air mineral kepada Klinik Kesihatan Penerok, Pontian .


Menurut Mak Intan , " kami mendapat maklumat, stok topeng hidung dan mulut yang ada di Klinik Kesihatan Penerok amat terhad dan mereka tidak dapat berikan mask kepada pesakit yang datang untuk menerima rawatan" .

Semoga usaha ini dapat turut membantu ke arah menyekat dan membendung penularan covid -19 .

Tuesday, 24 March 2020

JINGGA13 PONTIAN SAMPAIKAN TOPENG HIDUNG DAN MULUT DAN AIR MINERAL KEPADA KPDHNEP CAWANGAN PONTIAN

Hari ini 24 Mac 2020 , Sdr Rosman Tahir Koodinator Jingga13 Pontian  dan Mak Intan Ketua Jinggawanis Jingga13 Pontian ,mewakili Jingga 13 Pontian menghantar sumbangan Topeng hidung dan mulut serta Air Mineral ke Pejabat KPDHNEP Cawangan Pontian.


Menurut Mak Intan. " Disebabkan topeng hidung dan mulut sangat terhad ,  justeru topeng hidung dan mulut kami hanya sampaikan kepada 'Front Liner' atau 'Barisan Hadapan' yang bertugas bagi memastikan mereka dapat mrnjalankan tugas dengan selesa dan selamat untuk rakyat dalam krisis gejala Covid-19 "

Diharapkan sumbangan ini dapat membantu pegawai² yang terlibat untuk membuat pantauan harga di Daerah Pontian.

JINGGA13 PERLIS SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA WARGA EMAS DERITA DIABETIK

JINGGA 13 PERLIS menyerahkan sumbangan kepada warga emas yang menghidap kencing manis.


Kebanyakan rakyat menghadapi kesukaran dalam tempoh 14 hari akibat wabak penyakit covid19 dan bertambah sukar jika ketua keluarga dalam keadaan sakit.

JINGGA 13 PERLIS amat prihatin kepada masalah ini mengambil langkah membantu mereka yang amat memerlukan sedaya upaya kami.


Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan bebanan mereka yang amat memerlukan.


Terimakasih kepada ketua wanita KEADILAN Cabang Kangar (Mak Ja) diatas sumbangan ini kami badan NGO JINGGA 13 PERLIS sedia bekerjasama dengan mana2 pihak untuk membantu mereka.

#MUAFAKAT
#PRIHATIN
#BERANI
#JINGGA13

Monday, 23 March 2020

JINGGA13 NEGERI SEMBILAN DAN AMK PD HULURKAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF DI PORT DICKSON TERKESAN AKIBAT COVID-19

Jingga 13 Negeri Sembilan bersama Ketua AMK Cabang  Port Dickson menghulurkan bantuan kepada para asnaf di sekitar Port Dickson iaitu di Telok Kemang , Bandar Sunggala , Kg Paya , Lukut dan Springhill.








Sumbangan tersebut adalah untuk meringankan sedikit bebanan keluarga terutama daripada kesan Covid 19 .






JINGGA13 PERLIS PRIHATIN SAMPAIKAN SUMBNGAN KEPADA ASNAF YANG KEHABISAN BEKALAN MAKANAN

JINGGA 13 PERLIS menyerahkan sumbangan kepada golongan asnaf yang kehabisan bekalan makanan.


Tidak semua rakyat mampu bertahan dalam tempoh 2 minggu kerana keterbatasan hidup akibat wabak penyakit covid 19

Dengan ini jingga 13 perlis mencari jalan menyelesaikan masalah mereka dengan memberi sedikit sumbangan makan harian kepada mereka yang memerlukan.


Terima kasih kepada ketua wanita KEADILAN cabang kangar Tuan Marja aka mak ja  kerana sudi memberikan sumbangan untuk jingga 13 perlis membantu mereka yang kurang bernasib baik.

#MUAFAKAT
#PRIHATIN
#BERANI
#JINGGA13

JINGGA13 JOHOR HARGAI PENGORBANAN WIRA BANGSA TANGANI COVID-19

Assalamualaikum WBT

Dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim
Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Johor mengucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada PARA DOKTOR, JURURAWAT, PETUGAS2 HOSPITAL , PDRM , ATM dan semua yang terlibat dalam menghadapi virus COVID-19.


Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Johor memohon semua yang terlibat sentiasa dilindungi ALLAH SWT dalam menjalankan tugas2 yang amat2 mencabar tanpa mengenal erti kepenatan.

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Johor merayu agar semua dapat mematuhi arahan dengan tetap kekal DUDUK DI RUMAH agar virus COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.

Muafakat-Prihatin- Berani

Sunday, 22 March 2020

JINGGA13 PONTIAN SAMPAIKAN PENUTUP MULUT HIDUNG DAN AIR MINUMAN KEPADA IBU PEJABAT POLIS DAERAH PONTIAN

Komrad Rosman bin Tahir, Mohd Sayful Arifin bin  Abd Karim dan Mak Intan, mewakili Jingga 13 Pontian  menyampaikan sumbangan berupa 300pcs face mask dan 4kotak mineral water ke IPD Pontian.


Kami mengharapkan sumbangan yang sedikit ini dapat melancarkan tugas pihak polis yang mengawal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Daerah Pontian.


JINGGA13 PAHANG RAKAM TERIMA KASIH SETINGGI-TINGGINYA KEPADA WIRA RAKYAT

JINGGA13 PAHANG MENGUCAPKAN SELAMAT BERJUANG KEPADA PETUGAS2 HOSPITAL DISELURUH NEGARA DALAM MENGHADAPI COVID19 YANG SEDANG MELANDA NEGARA KETIKA NI.


SEGALA PENGORBANAN DAN PERJUANGAN ANDA SANGAT2 KAMI HARGAI..ANDA SEMUA ADALAH HERO KAMI.SEGALA SUSAH PAYAH DAN PENGORBANAN KALIAN SEMOGA DIRAHMATI ALLAH SWT HENDAKNYA AMINN.

DEMI NEGARA ,DEMI RAKYAT KAMU SANGGUB BERJUANG BERTUGUS LUMUS MENGHADAPI SEGALA RINTANGAN TANPA MENGENAL PENAT LELAH..SEMOGA KALIAN DILINDUNGGI ALLAH SEPENUHNYA DARI JANGKITAN COVID19 AMINN.KERANA KAMU ADALAH BENTENG NEGARA DALAM SITUASI SEKARANG INI..

YA ALLAH YA TUHAN KAMI,KAU BERILAH KEKUATAN DAN KETENANGAN YANG TERBAIK BUAT WIRA2 KAMI YANG SEDANG MENGHADAPI SEGALA DUGAAN DAN UJIAN DARI MU DLM MENGHADAPI COVID19 INI.YA ALLAH KAU LAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA GALANYA.

KEPADA SELURUH AHLI2 JINGGA 13 PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA SAMA2LAH MEMBANTU BARISAN HADAPAN NEGARA DALAM MENGHADAPI SAAT2 GETIR KETIKA INI, ATAU  SEKURANG-KURANGNYA 
#STAYATHOME

AMINN AMINN YAROBALALAMINN.
#pray alwiz for us n petugas frontliner..💪


AHMAD SHARILL ISMAIL
KORDINATOR JINGGA 13 PAHANG


TIMBALAN KORDINATOR JINGGA13 PAHANG
RAZALI A.BAKAR