Thursday, 16 January 2020

JINGGA 13 KEDAH SANTUNI 3 KELUARGA ASNAF DI SEKITAR BALING

Tanggal 15/01/2020,Jingga 13 Kedah berkesempatan menyantuni 3 keluarga asnaf dan sakit kronik dan menyampaikan sumbangan sedikit keperluan harian bagi membantu meringankan bebanan keperluan harian mereka.


Keluarga pertama yang di santuni adalah Sdr Mohammad yang tinggal di Kg Rambong Batu7. Pendapatan beliau hanya berharapkan kepada kerja-kerja kampung . Mempunyai 4 orang anak di mana 3 orang bersekolah dan seorang masih kecil .


Keluarga ke dua disantuni adalah keluarga En. Sobin a/l Din yang tinggal di Kg Simpang 4 . Mengidap kesakitan di dalam perut . Beliau mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah . Pendapatan beliau ialah dari hasil kerja-kerja  kampung, sahaja . 



Selepas solat magrib Jingga 13 Kedah meneruskan aktiviti menyantuni asnaf ketiga iaitu Pak Long Mohd Noor dari Taman Bersatu yang menjaga isteri koma sudah lebih 5  tahun yang sekarang dijaga oleh anak sulong beliau  . Dimana sebelum ini dijaga oleh adik yang bongsu. 





Jingga 13 Kedah  mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang menyumbang kepada Jingga 13 Kedah bagi membantu asnaf d kawasan sekitar Parlimen Baling .Terima kasih juga kepada semua Komrad Jingga 13 Kedah di atas keperihatinan serta kerjasama yang diberikan. 

Wednesday, 15 January 2020

KESEDIAAN TUN DR MAHATHIR MELEPASKAN JAWATAN ADALAH BUKTI BELIAU NEGARAWAN SEJATI

Kenyataan  Media
Jingga13 Malaysia

15 Januari 2020

KESEDIAAN TUN DR MAHATHIR MELEPASKAN JAWATAN ADALAH BUKTI BELIAU NEGARAWAN SEJATI

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya serta-merta jika diminta berbuat demikian oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) adalah membuktikan beliau seorang yang tidak memungkiri janji dan merupakan negarawan sejati demi kecintaan beliau kepada negara .


Jingga13 Malaysia merakamkan rasa hormat dan terima kasih di atas kesediaan Tun Dr Mahathir yang bersedia untuk memastikan keputusan Konvensyen Pakatan Harapan yang telah dimeterai di IDCC Shah Alam tanggal 7 Januari 2018 direalisasikan di atas prinsip perpaduan Pakatan Harapan .

Sudah pasti kenyataan Tun Dr Mahathir tersebut disambut dengan hati yang terbuka dan menutup sebarang spekulasi yang cuba untuk membuat pelbagai persepsi dan andaian malah mengapi-apikan Pakatan Harapan agar dilihat berantakkan dalam isu tersebut sedangkan tempoh 2 tahun belum lagi berlaku .

Transisi kuasa ini sudah pasti akan memberikan impak yang positif antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim  sebagai Perdana Menteri ke 8 berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni dan sempurna agar negara akan terus dipacu dengan lebih cemerlang lagi setelah segala usaha bersungguh-sungguh oleh Tun Dr Mahathir membaiki negara yang telah dirosakkan oleh UMNO dan Barisan Nasional .

Jingga 13 Malaysia yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mampu meneruskan legasi Tun Dr Mahathir dan merealitikan agenda reformasi ke arah negara yang lebih terbilang serta menyempurnakan manifesto Pakatan Harapan {PH) , menjana ekonomi yang lebih mampan , menghapuskan rasuah dan penyelewengan dan membina kehidupan rakyat yang lebih baik terutama golongan B40  .

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang bakal bersidang diharapkan dapat menetapkan tarikh yang terbaik agar transisi ini berlangsung dalam suasana yang harmoni demi perpaduan dan penyatuan Pakatan Harapan . Sudah pasti rakyat ingin melihat transisi ini berlangsung dalam suasana yang sempurna . Tun Dr Mahathir akan disanjung selama-lamanya oleh rakyat Malaysia sebagai Negarawan Sejati .

Muafakat × Prihatin × Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Selamat menyambut Hari Ponggal kepada kepada masyarakat India di seluruh Malaysia oleh Jingga13 Malaysia


Tuesday, 14 January 2020

Doakan Adik Syalia dan 2 adik beradiknya disyaki dijangkiti virus influenza

Berita terkini berkenaan adik Syalia penghidap kanser seperti yang pernah dilaporkan dalam  blog Jingga13 Malaysia  https://jingga13malaysia.blogspot.com/2019/11/jingga13-melaka-rayu-bantu-adik-syalia.html?m=1  


Hari ini Jingga13 Melaka melaporkan 3 daripada 4 adik beradik beliau termasuk Adik Syalia disyaki dijangkiti virus influenza dan sedang ditahan di wad HKL .


Semoga diberikan kesembuhan oleh Allah .

Monday, 13 January 2020

Jingga13 Kluang lawati kali ke 2 Adik Nely Nur Aleesya , pesakit paru-paru rosak untuk sampaikan sumbangan

13 Jan 2020

Sumbangan Adik Nely Nur Aleesya 6 Tahun, menghidap penyakit paru-paru rosak.

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang melawat sekali lagi adik Nely Nur Aleesya yang tinggal bersama keluarganya di No 20, Tingkat Bawah Blok F3, Tmn Sri Kluang.


Sedikit sumbangan dihulurkan seperti 5 kotak Susu Tepung Anmum, 3 pasang baju, barangan makanan dan juga teddy bear, semoga ianya dapat mengembirakan adik Nely Nur Aleesya.

Adik Nely Nur Aleesya berusia 6 tahun menghidap penyakit rosak paru-paru, dimaklumkan bapanya, 1 paru-paru telah rosak dan 1 lagi hanya tinggal 30% sahaja, adik Nely Nur Aleesya bergantung terus kepada mesin oksigen yang diberikan oleh pihak hospital.

Sama-sama kita doakan semoga adik Nely Nur Aleesya segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyumbang dan juga pihak SV Prohealth Pharmacy Sdn Bhd yang menaja susu tepung tersebut.

Kepada rakan-rakan yang ingin membantu, boleh hubungi saya atau terus ke rumahnya seperti alamat yg tertera.

Jaafar Matek
019 7282416

JINGGA13 DESAK KERAJAAN PH WAJIBKAN UJIAN SARINGAN DADAH KEPADA SEMUA PEGAWAI KERAJAAN LANTIKAN POLITIK

Kenyataan  Media
Jingga13 Malaysia

13 Januari 2020

JINGGA13 DESAK KERAJAAN PH WAJIBKAN UJIAN SARINGAN DADAH KEPADA SEMUA PEGAWAI KERAJAAN LANTIKAN POLITIK

Jingga13 Malaysia benar-benar rasa kecewa dengan  berita penangkapan oleh pihak polis pada 12 Januari 2020 melibatkan beberapa orang pegawai kerajaan lantikan politik di tangkap sewaktu mengadakan 'Private Party ' terlibat dengan najis dadah setelah di buat ujian saringan dadah oleh pihak polis.

Kejadian ini benar-benar memalukan dan mengecewakan kerana sewajarnya mereka adalah Pegawai Khas yang seharusnya mempunyai moral dan integriti yang tinggi , malah mungkin telah dikenalpasti moral dan akhlak mereka sebelum dilantik ke jawatan tersebut . Tetapi malangnya disebaliknya berlaku dan benar-benar mendukacitakan .

Justeru itu Jingga13 Malaysia mendesak Kerajaan PH mengambil tindakan positif dengan MEWAJIBKAN ujian saringan dadah kepada semua pegawai-pegawai lantikan politik samada di kementerian atau kerajaan negeri agar pegawai-pegawai yang dilantik adalah mereka yang benar-benar bebas daripada najis dadah serta mempunyai moral akhlak yang terpuji . 

Mana-mana Pegawai Kerajaan lantikan politik yang didapati positif dadah wajar dipecat dengan serta merta dan diambil tindakan undang-undang .

 Muafakat × Prihatin × Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia