Friday, 10 January 2020

Jingga13 Kluang bersama-sama Kota Tinggi , Pontian dan Muar ziarah Adik Nely Nur Aleesya yang derita sakit rosak paru-paru

10 Jan 2020 - Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang bersama-sama rakan dari Kota Tinggi, Pontian dan Muar berkesempatan melawat adik Nely Nur Aleesya yang tinggal bersama keluarganya di No 20, Tingkat Bawah Blok F3, Taman Sri Kluang, Kluang



Adik Nely Nur Aleesya berusia 7 tahun menghidap penyakit rosak paru-paru, dimaklumkan bapanya 1 paru-paru telah rosak dan 1 lagi hanya tinggal 30% sahaja.


Adik Nely Nur Aleesya walaupun sudah berusia 7 tahun tapi tidak dapat ke sekolah disebabkan penyakit yang dihadapinya, perlu bergantung terus kepada mesin oksigen.


In Sha Allah Jingga 13 Kluang akan cuba mencari dana bagi menyumbang apa yang perlu bagi adik Nely Nur Aleesya dan memanjangkan kepada pihak-pihak yang boleh membantu, kepada yang ingin membantu, boleh hubungi Sdr Jaafar Matek oor di ator Jingga13 Kluang di talian 0197282416 untuk maklumat adik Nely Nur Aleesya.



Wednesday, 8 January 2020

Al Fatihah ~ Dukacita dimaklumkan Anuar telah pulang ke rahmatullah

Pasti kita masih tidak lupa dengan ANUR @ ANUAR BIN OMAR yang mengidap 
sakit kanser tulang dan buah pinggang tahap 4 yang mendapat sumbangan katil boleh laras daripada penderma di atas usaha Jingga13 Perlis , dukacita dimaklumkan beliau telah  menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. 


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan diletakkan bersama-sama kekasih Allah .

Al Fatihah.. 



Arkib Jingga13 ; Video Jingga13 yang diviralkan sewaktu PRU14

Ini adalah video-video pendek yang diterbitkan oleh Jingga13 (J13) sebagai gerakan kempen PRU14 bagi tujuan memenangkan Pakatan Harapan dengan menggunakan isu-isu yang dekat dengan rakyat seperti isu GST dan lain-lain .








Sunday, 5 January 2020

Jingga13 Kluang santuni 25 pelajar asnaf SMK Kahang , Kluang dengan sumbangan barangan persekekohan


5 Jan 2020 - Jingga 13 Kluang meneruskan Program Bijak Ke Sekolah, seramai 25 pelajar asnaf sekitar Kahang di Sek Men Keb Kahang telah menerima sumbangan berupa pakaian sekolah, kasut dan beg.



Program telah berlangsung di Dewan Terbuka Sek Men Keb Kahang, terima kasih kepada Pengetua Sek Men Keb Kahang, Tuan Phua Kiat Kin, Penolong Pengetua Cikgu Ezuddin dan Guru-guru yang memberi kerjasama bagi menjalankan program tersebut.



Terima kasih juga kepada komrad Jingga 13 Kluang yang turut bersama-sama dalam program tersebut.





Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapatlah meringankan beban keluarga tersebut disamping memberi semangat kepada pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
















Terima kasih

Muafakat Prihatin Berani

Jaafar Matek
Koordinator Jingga 13 Kluang

*#2020AnwarPM8*