Thursday 10 December 2020

PROGRAM JEJAK ASNAF JINGGA13 KOTA TINGGI BERSAMA BAITULMAL

 Jingga13 Kota Tinggi terus menyelusuri segenap ceruk kawasan dan kampong demi menjejaki insan-insan istimewa yang kebanyakkan pemimpin terlepas pandang untuk dibantu.

Kami menemui seramai 6 orang yang layak untuk dibantu dan membawa aduan ini kepada pihak Baitulmal untuk tindakan selanjutnya. Alhamdulillah, aduan kami telah diterima dan diluluskan dalam masa 2 hari sahaja.

Hari ini kami menziarahi dan menghulurkan BANTUAN SEGERA dari Baitulmal kepada keenam-enam insan terpilih itu.

Sumbangan kali ini berupa Susu, Pampers dan barang makanan. Sdr Kamaluddin Md Simpol bersama En Azahari bin Adam selaku Amil Baitulmal Ulu Sungai Johor telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawab menghulurkan bantuan kepada mereka.

Berikut adalah senarai penerima:

1. Puan Suhaili bt Mohd Satibi

Pesakit lumpuh terlantar.

Felda Bukit Besar.

2. Puan Suhana bt Mohd Tah

Warga Emas yang mengidap  stroke.

Felda Bukit Besar.

3. Puan Roziana bt Sejat

Pesakit mesteri yang mengakibatkan tidak boleh berjalan dan pandangan hampir buta.

Felda Bukit Besar.

4. Puan Azmira Nirwana bt Abas

Ibu Tunggal bersama 5 anak yang menghadapi kesempitan hidup akibat PKP

Felda Sg Sayong 

5. Puan Hafsah bt And Razak

Ibu Tunggal bersama 3 anak juga menghadapi kesempitan hidup akibat PKP

Felda Sg Sayong.

6. Puan Rosnah bt Ahmad

Ibu Tunggal bersama 3 anak

Juga menghadapi kesempitan hidup akibat PKP.

Felda Pasir Raja.

Semua sumbangan dan bantuan telah disampaikan oleh En Azahari bin Adam selaku Amil Baitulmal dan Sdr Kamaluddin Md Simpol selaku Koordinator Jingga13 Kota Tinggi.

Semoga bantuan ini dapat membantu meringankan beban kos sarahidup. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Baitulmal dan Jingga13 Kota Tinggi atas keperhatinan.


#MuafakatPrihatinBerani