Monday 28 December 2020

JINGGA13 PERLIS ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DAN SAMPAIKAN SUMBANGAN YB NOOR AMIN MP PKR KANGAR

Tanggal 27 Disember 2020 , Jingga 13 Perlis meluangkan masa menziarahi mangsa kebakaran dan menyampaikan sedikit sumbangan dari Ahli Parlimen Kangar YB Noor Amin Ahmad di Kampung Chantek Bangun DUN Guar Sanji.

Turut bersama ialah Koordinator Jingga 13 Negeri Perlis merangkap Penyelaras Jingga 13 Arau Sdr H.Rizal Hassan, Sdr Nashriq Timbalan Koordinator Jingga 13 Perlis mewakili AMK Perlis, AJK Jingga 13 Negeri Perlis Sdr Rosmaini dan Sdri Syiha.

Kebakaran berlaku sekitar jam 5.30 pagi tadi turut meragut satu nyawa selain memusnahkan kediaman mereka.









#Muafakat

#Prihatin

#Berani