Sunday 4 October 2020

JINGGA13 KLUANG BERSAMA PKR CABANG KLUANG ZIARAH KASIH WARGA EMAS USIA 84 TAHUN

 Tanggal 3 Oktober 2020 , Jingga 13 Kluang bersama2 Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang melawat dan menghulurkan sumbangan pampers kepada seorang warga emas, Pn Bedah binti Abd Ghani di Kampong Bentong Dalam, Kluang Johor.

Pn Bedah yang berusia 84 tahun, terlantar sahaja di katil, makan minum dan segala keperluan diuruskan oleh cucunya, sdr Hermie.

Sdr Jaafar, Koordinator Jingga 13 Kluang , Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang dan Sdr Zakaria, Naib Ketua Cabang Kluang, bersama2 menyampaikan sumbangan tersebut.

Terima kasih kepada SV Prohealth Pharmacy yang menaja sumbangan tersebut.

#MuafakatPrihatinBerani

#DemiRakyatJohor