Monday 16 March 2020

JINGGA 13 PERLIS SETIA BERSAMA PRESIDEN KEADILAN ANWAR IBRAHIM.

Kenyataan Media
Jingga13 Perlis

15 Mac 2020

JINGGA 13 PERLIS SETIA BERSAMA PRESIDEN KEADILAN ANWAR IBRAHIM.

Jingga 13 Perlis hari ini menumpahkan taat setia kepada penaung Jingga 13 Malaysia YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

Dengan keluarnya beberapa pimpinan KEADILAN dari cabang Arau pada hari ini , kami anggap sebagai proses untuk membersihkan Parti KEADILAN dari sebarang bentuk pengkhianatan.

Dengan ini terserlah bahawa terdapat dikalangan anggota parti KEADILAN yang 'munafiq politik ' dan  berpura pura menyokong agenda REFORMASI yang dicetuskan Presiden KEADILAN Dato Seri Anwar Ibrahim selama ini.

Dengan ini JINGGA 13 PERLIS tetap bersama seluruh rakyat Malaysia menentang setiap pengkhianatan kepada undi dan mandat yang diberikan kepada PH pada PRU 14 yang lalu.

Khairuddin Mohd Yusof
Koordinator
Jingga13 Perlis

#MUAFAKAT
#PRIHATIN
#BERANI