Saturday, 4 January 2020

Jingga13 Negeri Sembilan raikan 107 anak-anak asnaf dalam Program Bijak Ke Sekolah di Kg Tampin Linggi

Jingga 13 Negeri Sembilan telah menganjurkan program Bijak Ke Sekolah di Balairaya Kg Tampin Linggi pada pagi tadi sekitar jam 10 pagi .


Seramai 107 orang anak-anak asnaf yang terpilih untuk menerima sumbangan bijak ke sekolah ini.sumbangan merupakan bag sekolah ,s pakaian,kasut ,alat tulis dan kapur kasut





Bagi memeriahkan lagi progran tersebut , Jingga13 Negeri Sembilan mengadakab aktiviti cabutan nombor bertuah bagi mengembitakan anak-anak asnaf yang terdiri dari pada anak yatim dan autisme.




Koordinator Jingga 13 Negeri Sembilan Saudara Mohd Khairudin Hashim berkata ,  " Bantuan  diberikan sekadar untuk meringan kan sedikit bebanan ibu bapa dalam kos perbelanjaan ke sekolah anak-anak".





Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusi MPKK Kg Tampin Linggi Encik Mohamad Azman bin Zakaria serta 3 lagi Pengurusi MPKK yang turut hadir antaranya Encik Khairul Nizam Ketua Kampung Permatang Pasir,Encik Amron bin Othman Ketua Kampung Pengkalan Durian,Tuan Haji Rani Ketua Kampung Linggi turut sama Encik Muhamad Adhwaa bin Mokhtar selaku Imam Masjid Kg Tampin Linggi turut sama untuk menjayakan program bijak ke sekolah .






Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Program Bijak Ke Sekolah Tuan Amizudin bin Ahmat yang bersusah payah mencari dana untuk menjaya kan program ini.tidak dilupakan juga Encik Mohd Khairudin bin hashim selaku Koordinator Jingga 13 Negeri Sembilan serta 5 lagi anggota yang bertungkus lumus menjaya kan program ini.






Thursday, 2 January 2020

Jingga13 Terengganu sampaikan sumbangan Bijak Ke Sekolah kepada 30 murid asnaf

Jingga13 Negeri Terengganu pada 2 Januari 2020 telah menyampaikan bantuan pakaian dan beg sekolah Prigram Bijak Ke Sekolah Jingga13 Terengganu kepada 30 orang murid asnaf di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang , Kuala Terengganu .









Wednesday, 1 January 2020

Lawatan susulan Jingga13 Perlis kepada Sdr Anuar selepas terima katil mudah laras bersama wakil Ahli Parlimen Kangar

Selasa 31 Disember 2019 - Lawatan Susulan Jingga13 Perlis diketuai Koordinator Jingga13 Perlis Sdr Khairuddin bersama beberapa  Komrad Jingga 13 Perlis ke rumah pesakit telantar iaitu Sdr Anur@Anuar yang menghidap sakit kanser tulang dan buah pinggang, di Kampung Abi Behor Kebal, Jln Abi Batas Paip,Bintong,Perlis yang pernah dilaporkan  sebelum ini .





Lawatan ini susulan Sdr Anuar telah menerima sebuah katil mudah laras ( katil hospital ) oleh seorang penderma agar beliau dapat berbaring dengan lebih selesa .



Turut serta bersama pada lawatan tersebut Tuan Khizairi Khizan selaku Pengerusi Persatuan Muafakat Harapan Negeri Perlis, merangkap Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Kangar,  untuk melihat sendiri perkembangan pesakit tersebut. Beliau juga telah menyampaikan sumbangan ikhlas beliau kepada pesakit, beserta sedikit keperluan dapur.  


Sdr Anuar pada pada ketika ini berada dalam keadaan yang agak kurang memuaskan kerana rasa kesakitan yang beliau sendiri alami sekarang ini akan datang mnyerang beliau secara tidak menentu. 

Ahli keluarga Sdr Anuar berharap agar Jingga 13 Perlis dapat membantu mereka sewaktu dalam keadaan mereka amat memerlukan bantuan sepertimana sekarang ni. 

Jingga13 Kluang sampaikan sumbangan beg sekolah kepada 8 anak-anak asnaf

Jingga 13 Kluang terus bergerak aktif membantu anak-anak asnaf dengan  menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 8 pelajar asnaf di Taman Permata , Kluang.


Semoga Anak Eliza (Jingga13 Pahang ) , disembuhkan segara ... Amin

Dalam kita menyambut Tahun baru , sama-samalah kita rapatkan doa kepada anak ahli Jingga13 Pahang Pn Eliza yang hadapi musibah di mana anak beliau dimasukkan ke Hospital Lipis lewat malam tadi kerana jangkitan kuman dalam darah. Anak beliau tidak henti-henti menangis. 

Semoga Allah memberikan kesembuhan dengan segera . 



Pn Eliza adalah saorang Ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak dan tiada mempunyai apa-apa pendapatan tetap.

Mohon kepada sesiapa yang bersempati dengan kesusahan  Pn Eliza ,  dapatlah menghulurkan sedekah membantu beliau .  Semoga sumbangan dari kita dapat juga meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dalam keadaan yang susah ini. Sila bankin ke 7036810137 CIMB Bank atas nama Wan Noreliza .

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr Ahmad Shahbuddin Koordinator Jingga13 Pahang  ditalian 0199224822.

Terima Kasih terhadap keperhatinan semua.

Tuesday, 31 December 2019

Jingga13 Johor ziarahi Baby Alesha (8 bulan) yang derita jantung berlubang , saluran penafasan sempit dan kaki tidak boleh dibengkokkan

Jingga 13 Johor hari ini berkesempatan melawat Baby Alesha Lezarah berumur 8 bulan di Kg Nelayan, Benut



Baby Alesha Lezarah menghidap penyakit jantung berlubang , saluran penafasan sempit dan kaki tidak boleh dibengkokkan , dan sudah pasti Baby Alesha  memerlukan dana yang banyak untuk kos perubatanya

Jingga13 Johor turut sampaikan sedikit  sumbangan wang tunai hasil sedekah/ sumbangan komrad-komrad Jingga13 buat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga tersebut .



Turut bersama dalam lawatan tersebut, En Zabidie, En Rosman , En Kamal dan rakan-rakan lain daripada Jingga13 Johor .


Terima kasih kepada semua  komrad menyumbang

Muafakat Prihatin Berani

Perutusan Tahun 2020 Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia

31 Disember 2019

Alhamdulillah pertamanya  saya merapatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan salam kepada junjungan Rasulullah SAW di atas luang dan ruang  berada  di Tahun 2019 dan di ambang tahun 2020 yang akan menjelma tidak lama lagi .

Bagi pihak seluruh anggota Sekretraiat Jingga13 Malaysia , kami merakamkan ucapan selamat menyambut tahun baru 2020 kepada seluruh warga Malaysia khususnya semua anggota Jingga13 Malaysia di seluruh Malaysia di mana saja berada dengan harapan tahun baru ini memberikan impak yang positif kepada semua khususnya kepada negara Malaysia yang lebih hebat dan cemerlang di bawah kerajaan baru insya-Allah akan kekal selamanya.

Saya juga sudah pasti mengimpikan dan merealitikan Tahun 2020 ini , Malaysia akan  mempunyai Perdana Menteri baru dengan  perlantikan Penaung Jingga13 Malaysia merangkap Ketua Umum  Pakatan Harapan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke 8 yang baru memimpin Malaysia ke arah yang lebih cemerlang .

Syukur Tahun 2019,  Jingga13 terus bergerak aktif di seluruh Malaysia selepas pendaftaran Pertubuhan  Malaysia Kebajikan Jingga13 Malaysia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan m(ROS) menjadikan  Jingga13 sebagai sebuah NGO yang sah di Malaysia . Malah kini Jingga13 Malaysia telah mendaftar diri sebagai NGO di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA ) Jabatan Perdana Menteri dalam membantu mangsa banjir dan bencana , malah kita juga telah berjaya membentuk Jingga13 Rescue Team (J13RT) di beberapa buah negeri .

Jingga13 Malaysia lahir pada 13 Mei 2011 bergerak secara aktif serta memberikan khidmat bakti kepada golongan fakir miskin asnaf serta penglibatan aktif dalam politik. Kini Jingga13 Malaysia fokuskan kepada agenda utama iaitu membantu golongan fakir miskin , asnaf serta mereka yang berada dalam kesusahan.

Saya bangga kerana  Jingga13 negeri dan parlimen telah bergerak begitu aktif dalam menjalankan aktiviti terutama membantu golongan fakir miskin dan asnaf di negeri dan parlimen masing-masing  semoga terus kekal istiqomah dalam menjalankan kerja ini secara sukarela bukannya dibayar oleh sesiapa.

Sebagai sebuah NGO yang sah di sisi undang-undang dan negara, Jingga13 berhak berada di mana sahaja , bertemu dengan sesiapa sahaja dan melakukan aktiviti apapun tanpa memerlukan kebenaran daripada sesiapa selagi tidak melanggar undang-undang negara.


Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan membantu Jingga13 Malaysia dalam menjalankan aktiviti di seluruh negara ini. semoga komitmen ini akan berterusan dan sebagai sebuah NGO sudah pasti mengharapkan dan memerlukan sumbangan khususnya dari segi kewangan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti terutama dalam gerak kerja membantu golongan fakir miskin Asnaf OKU , anak yatim dan sebagainya.

Saya merakamkan tahniah dan syabas kepada kejayaan semua dalam menjayakan Program Bijak Ke Sekolah dan seramai 2500 anak-asnaf , orang asal dan miskin mendapat sumbangan barangan ke sekolah . Tahniah dan syabas kepada Pengarah BKS Jingga13 Malaysia Sdr Amizudin Ahmat dan team BKs serta koordinator negeri-negeri dan team yang bertungkus-lumus menjayakan program julung kali Jingga13 Malaysia adakan . Terima kasih tidak terhingga kepada
YAB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail , YAB Menteri besar Selangor , YAB Menteri Besar Negeri Sembilan , Yayasan Taqwa , Yayasan Kebajikan Negara ,Yayasan Aman , BBC/TNB dan semua pihak yang telah menyumbang bagi menjayakan program tersebut . Terima kasih daun keladi , lain kali berilah lagi .

Sebagai Ketua Koordinator sudah pasti ingin melihat Jingga13 Malaysia terus membangun dan bergerak aktif terutama dalam menghadapi tahun 2020 dan serterusnya . Komitmen , kerja berpasukan , kerjasama , toleransi , kesetiaan dan persaudaraan adalah menjadi intipati kepada sebuah perjuangan .

Semoga Jingga13 Malaysia , negeri dan Parlimen akan terus bergerak aktif dalam usaha  menjadikan Jingga13 sebagai NGO yang hebat dan cemerlang terutama dalam membantu golongan fakir miskin, OKU , anak yatim  ibu tunggal , warga emas  , orang yang sakit serta dalam menjalankan aktiviti  ekonomi , pendidikan dan sebagainya  .

Motto MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI akan tersemat di dhomir setiap anggota Jingga13 dia seluruh Malaysia . Semoga kita terus muafakat dalam satu keluarga Jingga13 Malaysia . janganlah hal-hal titik bengit merosakkan susu sebelanga yang memecahkan kita semua . Andai ada salah silap sama-samalah kita bermaafan . Ambil yang jernih buangkanlah yang keroh .

Selamat tahun baru 2020 .

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Monday, 30 December 2019

JINGGA13 KLUANG PRIHATIN TERHADAP ANAK-ANAK ASNAF YANG MASIH BELUM ADA PAKAIAN SEKOLAH

Setelah mendapat maklumat bahawa ada terdapat 3 orang pelajar masih belum membeli pakaian sekolah kerana ibubapa tidak berkemampuan dan kesempitan kewangan untuk menyediakan semua itu kepada 3 orang anak--anak mereka .


Alhamdulillah, Jingga13 Kluang telah mengambil tindakan segera membelikan pakaian sekolah untuk anak-anak tersebut . 


Selain itu juga Jingga13 Kluang turut menyampaikan sumbangan barangan persekolahan Bijak Ke Sekolah kepada satu keluarga yang memiliki 5 orang anak yang akan bersekolah pada tahun 2020. 

Sumbangan tersebut diharapkan meringankan beban ibubapa mereka dan mengembirakan anak-anak tersebut kerana beg dan  pakaian sekolah mereka sudah ada untuk menjalani persekolahan yang lebih baik .

Sunday, 29 December 2019

Tahun 2020 , Jingga 13 Bakri , Johor dan Tadika Alif Ria, Muar akan berkolabrasi ajar bahasa cina untuk murid-murid tadika

Jingga13 Bakri akan mengadakan kolaborasi dengan Tadika Alif Ria dalam pengajaran Bahasa Cina untuk murid-murid tadika pada setiap hari Ahad. Ianya sebagai tambahan dlm aktviti ko-kurikulum.



Buat masa ini terdapat 22 orang murid di dalam tadika ini dan keseluruhan berbangsa melayu.

Terdapat 2 orang tenaga pengajar dan seorang pemilik tadika tersebut .


Jingga 13 Bakri bertindak sebagai sukarelawan dlm aktiviti ko-kurikulum untuk mengajar bahasa cina kepada murid-murid berbangsa melayu ini.

Kolabrasi ini akan bermula pada Januari 2020,
in shaa allah.

Tenaga Pengajar ialah Ahli Jingga 13 Bakri (Melayu) dan akan menerima elaun  RM150/bln yang mana akan digunakan untuk aktviti Jingga 13 Bakri .