Saturday 7 December 2019

Jingga13 Melaka santuni 50 orang anak- anak asnaf dalam program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Melaka

Jingga13 Melaka hari ini mengadakan Program BIJAK KE SEKOLAH dengan menyantuni 50 orang anak-anak asnaf bertempat di Dewan Dato' Demang Husssin ,  Bukit Katil , Melaka .


Program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Melaka adalah merupakan program pertama Jingga13 Malaysia dalam siri jelajah ke seluruh Malaysia bagi menyampaikan sumbangan beg serta pakaian sekolah kepada anak-anak asnaf , manakala keseluruhan anak-anak asnaf yang bakal menerima sumbangan Program Bijak Ke Sekolah Jingga13 di seluruh Malaysia ialah  2,500 orang menurut Sdr Amizudin Ahmat , Pengarah Program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Malaysia yang melibatkan sumbangan daripada Yayasan Taqwa di Bawah YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta BBC /TNB dan juga daripada Jingga13 Malaysia 





Turut hadir ialah Sdr Fariz Musa , Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia , Sdr Afzainizam Abdul Rahman, Setiausaha Jingga13 Malaysia , Sdr Shah Kesuma Jaya , Koordinator Jingga13 Melaka serta kehadiran tetamu kehormat Sdr Onn Abu Bakar , Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Taqwa yang merasmikan Program Bijak Ke Sekolah Jingga 13 Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada anak-anak asnaf .




Tahniah kepada Jingga13 Melaka yang telah berjaya menjayakan Program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Melaka . Semoga usaha dan komitmen ini akan memberikan manfaat kepada anak-anak asnaf serta dapat meringankan beban ibubapa mereka .
 .























Jingga13 Kemaman ziarah prihatin warga emas OKU Pakcik Che Pilus

Jingga13 Kemaman telah mengadakan ziarah prihatin melawati warga emas OKU Pakcik Che Pilus Abdullah di Kg Telok Kalong, Kemaman .


Difahamkan bahawa Pakcik Che Pilus langsung tidak mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak bagi membiayai kehidupan dan perubatan beliau . Justeru Jingga13 Kemaman akan membantu Pakcik Che Pilus agar mendapat perhatian dan bantuan daripada JKM, Maidam dan juga PekaB40. 



Disamping itu akan usahakan memudahcara urusan Pakcik Che Pilus bersama SoCSo . 

Jingga13 Kemaman turut sampaikan sedikit bantuan barang makanan bagi meringankan bebeanan Pakcik Che Pilus Sekeluarga .

Thursday 5 December 2019

SELAMAT HARI SUKARELAWAN ANTARABANGSA DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

5 Disember 2019

SELAMAT HARI SUKARELAWAN ANTARABANGSA DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA

Tanggal 5 Disember adakah tarikh yang diangkat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 1955 sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa iaitu satu pengiktirafan terhadap gerak kerja dan aktiviti sukarelawan di seluruh dunia daripada semua pihak termasuk kepada Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) .

Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan { NGO ) , Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Malaysia rakamkan ucapan selamat menyambut Hari Sukarelawan kepada seluruh anggota Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia dan semua NGO yang telah menjalankan kerja-kerja sukarela tanpa dibayar atau mendapat upah daripada sesiapa tetapi melakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin demi kepentingan masyarakat , agama dan negara .

Kerja-kerja kesukarelaan bukanlah satu tugas yang mudah apalagi memerlukan keikhlasan , mendidik hati dan jiwa serta tindakan untuk melakukan kerja-kerja murni khususnya dalam membantu mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan sama ada tenaga, wang ringgit dan sebagainya tanpa dibayar oleh sesiapa .

Pertubuhan Kebajikan jingga13 Malaysia dengan penuh iltizam akan terus menjalankan gerak kerja kesukarelaan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin khususnya dalam membantu golongan fakir miskin dan asnaf serta mereka yang memerlukan pertolongan.

Semoga semangat kesukarelawan ini akan terus mekar dalam sanubari seluruh anggota Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia dan para aktivitis sukarelawan , NGO - NGO dan semoga segala yang dilakukan dengan jujur dan ikhlas mendapat balasan daripada Allah SWT .

Selamat menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa .

Muafakat × Prihatin × Berani
Fariz Musa
Ketua Koordinator
Pertubuhan Kebajikan
Jingga13 Malaysia

Tuesday 3 December 2019

JINGGA13 KLUANG BERSAMA TIMBALAN KETUA CABANG PKR KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN PRIHATIN 4 FAMILI ASNAF

Pada 3 Disember 2019 , Jingga13 Kluang berterusan menjalankan program bantuan untuk keluarga yang memerlukan


Hari ini, 4 keluarga telah menerima kunjungan dan sumbangan dari Jingga 13 Kluang. Turut bersama menyampaikan sumbangan, En Kalytas yang merupakan Timbalan Ketua Cabang Kluang.


Insha allah program sumbangan ini akan berterusan dijalankan bagi membantu keluarga2 yang memerlukan.


Kepada rakan2 yang ingin bersama2 menghulurkan sumbangan dalam bentuk barangan makanan mahupun wang ringgit, sangat dialukan.


Segala sumbangan dan pertanyaan boleh hubungi Jaafar 0197282416

Sekian terima kasih

Muafakat Prihatin Berani

Jaafar bin Matek
Koordinator Jingga 13 Kluang
0197282416

Jingga13 dijemput hadir mesyuarat tergempar misi banjir kluster Makanan Agensi Pengurusan Bencana Negara ( NADMA )

MESYUARAT TERGEMPAR MISI BANJIR KLUSTER MAKANAN NADMA


1. Tujuan mesyuarat pertama ini di adakan adalah untuk menyelaraskan semua NGO-NGO seluruh Malaysia yang sudi membantu dari sudut kluster makanan bagi membantu mangsa- mangsa banjir di pantai timur. Selain JINGGA 13, di antara ngo- ngo yang hadir bersama mestuarat tadi terdiri daripada :-
            : Bulan Sabit Merah Malaysia
            : Tzu Chi
            : Mercy
            : Al - I’Tisam
            : MSOSH
            : Islam Relief
            : ABIM
            : Muslim Volunteer Malaysia

 2.  Mesyurat memutuskan bahawa ngo - ngo ini boleh bergerak dahulu tanpa menunggu arahan daripada NADMA pusat namun ngo - ngo ini perlu melaporkan kehadiran mereka untuk      membantu kepada pegawai NADMA di setiap negeri terlibat.

3.   Wakil Jingga 13 menyarankan juga supaya bahagian kluster makanan ini perlu di beri perhatian juga pada Program Pasca Banjir dan saranan ini di sambut baik oleh ngo - ngo lain yang hadir bersama , namun perlu di ingatkan supaya mana mana ngo yang terlibat harus mematuhi SOP - SOP penyediaan makanan mengikut kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.

4.  Mesyuarat ini diadakan di Kementerian Dalam Negeri, Komplek D, Bilik Mesyuarat Aras 6, NADMA. Mesyurarat di pengerusikan oleh Tuan Hussain dan di bantu oleh Raja Afif sebagai Penyelaras Kluster Makanan.

5.   Peranan JINGGA 13 sebagai penyumbang tenaga pada misi bantuan banjir adalah amat- amat di alukan. Bantuan boleh di beri dalam pelbagai bentuk di antaranya
               : Tenaga Kerja
               : Dapur penyediaan makanan JINGGA 13
               : Bantuan pasca banjir
                    - pembersihan dan pemulihan setempat
                    - Support team untuk kluster- kluster terlibat
                    - Pengagihan makanan dari dapur penyediaan

6.    Di harap ahli- ahli JINGGA 13 seluruh Malaysia sudi menyumbang tenaga dan masa bagi membantu misi banjir di negeri- negeri terlibat bagi tahun 2019

DARI ABU HURAIRAH RA, NABI SAW BERSABDA....

“ BARANG SIAPA YANG MELEPASKAN KESUSAHAN SEORANG MUKMIN, PASTI ALLAH SWT AKAN MELEPASKAN DARINYA SATU KESUSAHAN PADA HARI KIAMAT DAN BARANG SIAPA YANG MENJADIKAN MUDAH URUSAN ORANG LAIN, PASTI ALLAH SWT AKAN MEMUDAHKANNYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT”

-Hadith Riwayat Muslim.

Melaporkan,

SYUKURI AHMAD
koordinator Kluster Makanan
Jingga13 Rescue Team Malaysia

Monday 2 December 2019

J13 Rescue Team Pahang turun di Kg Sungai Isap Damai , Kuantan edar risalah pasca sebelum banjir

Hari ini J13 RT Pahang terus bergerak aktif turun kelapangan pasca sebelum banjir iaitu mengedarkan risalah peringatan sebelum berlaku banjir .

 J13RT Pahang telah mengedar flyer langkah2 hadapi banjir di Kg. Sungai Isap Damai , Kuantan .








Sunday 1 December 2019

Jingga13 Negeri Sembilan turun padang ziarah 3 asnaf

Jingga 13 Negeri Sembilan semalam telah menjalani jejak asnaf dengan menziarahi 3 keluarga asnaf di sekitar Parlimen Port Dickson , Negeri Sembilan . Misi jejak asnaf diketuai oleh Koordinator Jingga 13 Negeri Sembilan Sdr Mohd Khairudin Hashim  bersama Sdr Husainol bin Jonet selaku Timbalan Kordinator  Jingga 13 Negeri Sembilan dan Sdr Kamal Izudin selaku Koordinator Jinggawan jingga 13 Negeri Sembilan.

Terdapat 3 buah keluarga yang sempat disantuni serta disampaikan sumbangan barang makanan bagi tujuan meringankan bebanan mereka disekitar  DUN Linggi , Port Dickson ,  Negeri Sembilan


Rumah pertama ialah seorang seorang surirumah di mana suami yang dikenali Abg Izan sudah hampir 8 bulan tidak bekerja kerana menghidapi sakit saraf dan sakit misteri , kondisi suami beliau tidak bermaya serta tidak mampu untuk bekerja . Justeru terpaksalah isteri beliau yang sebelum ini menjadi surirumah terpaksa bekerja menjaga kebun orang bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga serta dalam masa yang sama menjaga anak di rumah , dengan mendapat upah sebanyak RM30 sehari.


Seterusnya ialah seorang ibu tunggal yang berusia 75 tahun bernama Makcik Tunak di Tampin Linggi . Makcik Tunak mengidap penyakit kencing manis,darah tinggi dan juga sekarang hadapi masalah penglihatan yang mulai kabur akibat daripada kencing manis . Beliau mulai sebak apabila menceritakan nasib  dihadapi oleh mereka beliau yang sehingga kini tidak dapat menerima apa-apa bantuan dari badan kerajaan sedangkan beliau sudah memohon bantuan sebanyak 3 kali dan sekarang hanya bergantung harap kepada anaknya . Jingga13 Negeri Sembilan  akan membawa kes nenek ini kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen  Port Dickson .


Rumah  terakhir kami ziarahi ialah pasangan  suami isteri yang hanya menampung kehidupan dengan membuat penyapu lidi. Suami beliau Mohd Yusuf menghidap sakit buah pinggang dan terpaksa menjalani  dialisis 3 kali seminggu manakala si isteri nya menghidap penyakit darah tinggi dan gaut . Kehidupan dhaif mereka hanya bergantung dengan jualan penyapu lidi dan serta bantuan JKM  sebanyak RM200 sebulan .

Jingga13 Negeri Sembilan akan terus konsisten membantu golongan asnaf , fakir miskin agar kehidupan mereka terbela dan diberikan perhatian    Jingga13 Negeri Sembilan merayu sekiranya adakah kesudian menghulurkan bantuan kepada golongan dhaif ini bolehlah menghubungi Koordinator  Jingga13 Negeri Sembilan Sdr Mohd Khairudin Hashim di talian 018-6692870 .