Thursday 5 December 2019

SELAMAT HARI SUKARELAWAN ANTARABANGSA DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

5 Disember 2019

SELAMAT HARI SUKARELAWAN ANTARABANGSA DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA

Tanggal 5 Disember adakah tarikh yang diangkat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 1955 sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa iaitu satu pengiktirafan terhadap gerak kerja dan aktiviti sukarelawan di seluruh dunia daripada semua pihak termasuk kepada Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) .

Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan { NGO ) , Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Malaysia rakamkan ucapan selamat menyambut Hari Sukarelawan kepada seluruh anggota Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia dan semua NGO yang telah menjalankan kerja-kerja sukarela tanpa dibayar atau mendapat upah daripada sesiapa tetapi melakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin demi kepentingan masyarakat , agama dan negara .

Kerja-kerja kesukarelaan bukanlah satu tugas yang mudah apalagi memerlukan keikhlasan , mendidik hati dan jiwa serta tindakan untuk melakukan kerja-kerja murni khususnya dalam membantu mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan sama ada tenaga, wang ringgit dan sebagainya tanpa dibayar oleh sesiapa .

Pertubuhan Kebajikan jingga13 Malaysia dengan penuh iltizam akan terus menjalankan gerak kerja kesukarelaan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin khususnya dalam membantu golongan fakir miskin dan asnaf serta mereka yang memerlukan pertolongan.

Semoga semangat kesukarelawan ini akan terus mekar dalam sanubari seluruh anggota Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia dan para aktivitis sukarelawan , NGO - NGO dan semoga segala yang dilakukan dengan jujur dan ikhlas mendapat balasan daripada Allah SWT .

Selamat menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa .

Muafakat × Prihatin × Berani
Fariz Musa
Ketua Koordinator
Pertubuhan Kebajikan
Jingga13 Malaysia