Saturday 28 December 2019

Program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Malaysia di SJK(C) Kg Baru Mahsan , Bahau , Negeri Sembilan raikan 40 orang pelajar asnaf

Destinasi ke 18 - Sek Jenis Keb Cina Kg Baru Mahsan, Bahau, Negeri Ki Sembilan.


Inilah kali pertama Program Bijak Ke Sekolah diadakan dalam sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di mana penerima bantuan Jingga 13 Malaysia adalah seramai 40 pelajar Melayu dan 10 pelajar adalah anak2 Qariah Mahsan Jempol, Negeri Sembilan.




Jumlah pelajar Melayu di sekolah ini seramai 82 pelajar. Manakala keseluruhan berjumlah 245 pelajar










Yang menariknya di Sekolah Jenis Keb Cina ini terdapat sebuah Musolla (Surau) yg unik dan cantik.








Tahniah kerana Musolla An Nur  SJKC Kg Mahsan adalah Johan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS) KPM - Bank Islam peringkat Negeri Sembilan tahun 2019/1440H.



















Jingga 13 sekali lagi mengucapkan tahniah kerana Musolla An Nur SJKC Kg Mahsan kini dicalonkan pula di Peringkat Kebangsaan ke 7 tahun 2019/1440H untuk Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS).






Jingga 13 merakamkan setingggi tinggi Penghargaan kepada Ustazah Norina Misnan (Guru KAP - Kelas Agama Petang) dan Ustazah Zuraida Abdullah yang berjaya menjadikan Musolla An Nur SJKC Kg Mahsan ini sgt menarik dan kreatif.













Jutaan terima kasih kepada Tuan Hj Mohd Shafie Rahaman selaku Pengerusi PIBG Kelas Agama Petang (KAP) serta Puan Halijah Ismail yg bersusah payah menjayakan Program Bijak Ke Sekolah Jingga 13 Malaysia.

Jingga 13 Malaysia juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SJKC Kg Mahsan Tuan Lee Kim Fong kerana membenarkan Jingga 13 mengadakan Program Bijak Ke Sekolah.

Jingga 13 Malaysia berharap dgn sedikit sumbangan ini dapat meringankan bebanan Ibubapa pelajar tersebut.

Harapan Jingga 13 semoga semua pelajar akan cemerlang dan bijak serta berjaya di dunia dan akhirat.

Amizudin Ahmat
Pengarah
Bijak Ke Sekolah
Jingga 13 Malaysia