Tuesday 17 December 2019

Jingga13 Pahang rayu bantu Sdr Zainol sekeluarga hadapi musibah kebakaran di Felda Sungai Koyan Satu

Jingga 13 Pahang mohon sedikit sumbangan kepada saudara Zainol Abidin bin Abdullah yang mengalami musibah  kebakaran rumah beliau di Felda Sungai Koyan Satu , Pahang  . Kejadian berlaku jam 9.30 malam tadi pada 17 Disember 2019.


Mangsa merupakan pesara  tukang kebun Sekolah Kebangsaan Sungai Koyan, Pahang . Isi rumah tersebut adalah 9 orang dan sekarang menumpang tinggal di rumah anaknya di lot yg sama.



Kepada mana-mana pihak yang prihatin silalah membantu mereka sekeluarga dengan memasukkan bantuan kewangan di Maybank 156114152583 di atas nama Zainol Abidin bin Abdullah


Atau menghubungi Sdr Shahril , Koordinator Jingga13 Pahang untuk sebarang pertanyaan dan bantuan barangan di talian 0199224822