Sunday 29 December 2019

ANUAR TERIMA SUMBANGAN KATIL BOLEH LARAS , JINGGA13 PERLIS RAKAM JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PENDERMA


Tanggal 22 Disember 2019 , Jingga13 Perlis ada melawati Sdr Anuar seorang pesakit kanser tulang dan sakit buah pinggang  di Kampung Abi Behor Kebal ,  Bintong  , Perlis yang memerlukan katil boleh laras ( katil seperti hospital ) sepertimana dalam artikel berjudul JINGGA13 PERLIS RAYU BANTU ANUAR , DERITA KANSER TULANG DAN SAKIT BUAH PINGGANG , PERLUKAN KATIL BOLEH LARAS .

Jingga13 Perlis telah mendapat maklumat bahawa Sdr Anuar telah menerima sebuah katil boleh laras sepertimana yang dihajati daripada penderma yang budiman dan prihatin terhadap kesengsaraan Sdr Anuar .


Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan  oleh penderma tersebut semoga dapat memberikan keselesaan serta meringankan penderitaan yang ditanggung oleh Sdr Anuar . Semoga Allah membalas jua jasa penderma tersebut dan memberikan kesembuhan kepada Sdr Anuar ..


Menurut Koordinator  Jingga13 Perlis , Sdr Khairudin Mohd Yusof , " Jingga13 Perlis akan membuat lawatan susulan ke rumah Sdr Anuar tidak lama lagi ".